MATA 6

462 41 9
                                    

natasha melangkah keluar dari dalam kereta. dia mengorak langkah menuju ke arah rumah kayu yang terletak agak terpencil dari rumah rumah lain di situ. perlahan lahan natasha mengetuk daun pintu rumah tersebut. pintu rumah itu di buka orang dari dalam. kelihatan seorang wanita sedang berdiri di ambang pintu rumah tersebut. dia memandang wajah natasha dan tengku ryan silih berganti. "ya... ada apa?... cik berdua ni nak cari siapa?", soal wanita itu ingin tahu. "er... tumpang tanya... ini rumah puan rosita binti harun ke?", soal natasha dengan sopan. "ya... korang ni siapa?", soal wanita yang bernama puan rosita itu. "er... nama saya natasha binti dato rashid. yang sebelah saya ni kawan saya... namanya tengku ryan tengku badrul. kami ni datang sebab nak tanya tentang anak puan yang bernama farina tu...", natasha bersuara perlahan lahan. "oh... begitu... masuklah...", dengan pantas puan rosita mempersilakan mereka masuk ke dalam rumahnya. natasha dan tengku ryan pun masuk ke dalam rumah itu. "silakan duduk... er... korang duduk dulu, ya... biar saya pergi ke dapur... saya nak sediakan minuman untuk korang berdua...", kata puan rosita. "Eh... tak payahlah susah susah...", balas natasha. "oh... tak ada apa yang susahnya... korang duduk dulu, ya...", dengan pantas wanita tersebut masuk ke ruang dapur yang terletak tidak jauh dari situ. natasha memerhatikan gambar yang ada di dalam bingkai gambar di atas meja kecil tidak jauh dari situ. kelihatan gambar gadis bernama farina tersenyum manis dalam gambar tersebut. gadis bertudung itu nampak cantik sekali dalam gambar itu. perlahan lahan natasha mengambil gambar tersebut lalu di perhatikannya seketika. tengku ryan di sebelahnya pun turut memerhatikan gambar itu. "dia cantik kan?", kata tengku ryan. "ya... tapi kasihan dia hidup dalam derita...", balas natasha perlahan lahan.

tiba tiba, "er... jemputlah minum...", kedengaran suatu suara bergema di ruang tamu tersebut. cepat cepat natasha meletakkan kembali gambar gadis itu di atas meja. dia lihat puan rosita sedang sibuk menghidangkan minuman untuk mereka berdua. natasha mengambil gelas air teh panas yang di hulurkan oleh wanita tersebut padanya. dia pun minum. begitu juga dengan tengku ryan. "er... macamana korang kenal farina?... korang kawan dia ke? atau korang ada berjumpa dengannya sebelum ini?", puan rosita bertalu talu. "er... sebenarnya kami bukan kawan farina... kami tidak kenal dia pun dan kami tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ni...", jawap natasha. "jikalau korang tidak kenal dia dan korang tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ni, jadi apa yang membuatkan korang datang ke sini?", soal puan rosita kehairanan. natasha pun terpaksa menceritakan segala galanya pada wanita tersebut. tentang mata barunya, tentang mimpinya, tentang bayangan wajah farina yang selalu terbayang di sudut matanya dan juga tentang benda pelik yang di lihatnya. begitu juga dengan tengku ryan. dia pun turut menceritakan apa yang telah terjadi pada dirinya setelah dia mendapat jantung yang baru. setelah puan rosita mendengar semuanya itu dia pun terdiam seketika. wajahnya kelihatan sedih sekali. "mimpi yang awak alami itu benar benar terjadi dalam rumah ini...", kata puan rosita pada natasha. "maksud puan?", soal natasha ingin tahu. "maksud saya, mimpi tentang farina yang pernah berkata bahawa dia di rogol oleh ayah tirinya sendiri... sebenarnya saya tak tahu pun dia di rogol oleh suami saya yang tak guna tu... saya fikir farina cuma berlakon saja supaya saya bercerai dengan suami saya tu... tak sangka pula ianya betul betul terjadi... mungkin ini semua berpunca dari kelalaian saya sendiri...", kata puan rosita dengan sedih. dia kelihatan seperti hendak menangis pula.

"saya tidak menduga yang suami saya akan merogol farina kerana dia seorang saja anak kami... mungkin di sebabkan farina selalu di rogol oleh ayah tirinya maka dia melarikan diri dari rumah ni...", kata puan rosita semakin sedih. "Puan, bila kali terakhir mak cik melihat farina?", soal natasha ingin tahu. "kali terakhir saya melihatnya ialah pada malam jumaat 28hb julai yang lalu. ketika itu saya bersiap siap hendak pergi bekerja di warung pak abu... bila saya balik ke rumah ni dia sudah tidak ada lagi di rumah ini...", kata puan rosita. "di mana perginya suami puan masa tu?", soal natasha ingin tahu. "dia ada di dalam bilik tidur. bila saya tanya dia, dia cakap dia tak tahu ke mana farina pergi... kami pun bergaduhlah kerana farina melarikan diri dari rumah. bila polis datang ke rumah ni, suami saya terus saja melarikan diri entah ke mana. sejak dari hari itu, dia tidak lagi balik ke rumah ini...", kata puan rosita. "jangan jangan suami puan tu ada buat kesalahan kot... kalau tidak masakan dia melarikan diri bila ada pihak polis datang ke sini....", teka natasha. "mungkin betul tekaan awak tu... saya pun ada berfikir macam tu... apa apa pun saya merasa sedih kerana anak saya yang hilang masih belum balik ke rumah ini...", kata puan rosita perlahan lahan. "jangan sedih puan... kami berjanji akan mencari farina dan bawa dia balik ke rumah ini...", pujuk natasha. "macamana korang hendak mencarinya?.... pihak polis pun belum dapat mencarinya...", soal puan rosita. "jangan bimbang, puan... kami akan cari jalan bagaimana hendak mencari dia...", kata natasha perlahan lahan. puan rosita terdiam selepas itu. "er.... hari dah jauh malam dah ni... kami balik dulu ya puan...", kata natasha. "eh... korang nak balik ke mana malam malam buta begini?", soal puan rosita ingin tahu. "kami nak balik ke bandar jerjak...", jawap tengku ryan. "tak payahlah korang balik ke bandar di malam buta begini... korang bermalamlah kat sini malam ni...", kata puan rosita. natasha dan tengku ryan saling berpandangan seketika. "er... tak apalah puan... kami nak balik...", kata natasha seraya bangkit dari tempat duduknya. "hm.... baiklah...", balas puan rosita perlahan lahan. mereka bersalaman seketika sebelum bertolak dari situ.

MATA (P13)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang