Tengku Isya keluar dari lift sambil menarik beg bagasinya.
Tiada senyuman pada mukanya. Riak wajahnya seakan tidak berpuas hati.
Di meja makan, Tina menghidangkan makanan. Tengku Isya mengambil tempat di hadapan Tina.
Harini dia bakal berangkat ke Hawaii, itu pun Tengku Ariff yang mengeluarkan perintah berkenaan. Jika tidak dia takkan menjejakkan kakinya ke sana.
"Pagi Tengku" ucap Tina. Tengku Isya hanya tersenyum tawar.
Roti bakar dicapai. Jem strawberi disapu ke atas permukaan roti bakar itu.
Tengku Ariff juga senyap menjamu makanannya.
Tengku Isya mengambil sekeping roti bakar itu lalu disapu jem perisa strawberry.
Selepas itu disuap ke dalam mulutnya. Tina meninggalkan mereka di meja makan.
Tengku Isya melihat Tengku Ariff.
"Boleh tak kita tak payah pergi. Just waste my time and you too mesti banyak benda lagi you nak buat. Membazir je nak pergi" pujuk Tengku Isya. Hanya ingin mencuba nasib. Mana tahu jika lelaki itu tiba-tiba sahaja mengubah fikirannya.
Tengku Ariff mengabaikan pujukan Tengku Isya. Sedikit pun dia tidak termakan dengan kata-kata perempuan itu.
Dia hanya memekakkan telinganya.
"Ariff you dengar tak ni?" Soal Tengku Isya geram.
Tengku Ariff masih diam. Terus Tengku Isya meletakkan baki rotinya di atas pinggan..
Tengku Isya mula geram.
Tengku Ariff terus meninggalkan meja makan. Tindakan Tengku Ariff itu membuatkan air muka Tengku Isya berubah. Suaminya itu benar-benar tidak mempedulikan pendapatnya.
'Ish mamat ni sabar je la'
Tengku Isya mengambil beg tangannya lalu mengekori langkah Tengku Ariff.
Mereka sudah bersedia untuk berangkat ke Hawaii pada pagi ini.
Dengan langkah yang berat, Tengku Isya masuk ke dalam kereta Alphard yang sudah disediakan di perkarangan rumah.
Tina berada di hadapan. Tempat penumpang di sebelah pemandu. Manakala Tengku Ariff memberi fokus kepada iPad Air miliknya.
Tengku Isya hanya menahan kemarahannya. Keadaan di dalam kereta itu sunyi.
Perjalanan ke airport mengambil masa 30 minit.
Ikutkan Tengku Isya mahu sahaja dia menaiki jet peribadinya tetapi dihalang oleh ayahnya atas sebab-sebab tertentu. Jadi terpaksa la dia mengambil business class untuk kapal terbang biasa.
Skip
Airport
Keadaan di pintu masuk lapangan terbang itu sesak dengan para wartawan dan jurukamera.
Tengku Isya memakai sunglasses miliknya sebelum turun daripada kereta.
Pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan sudah bersedia dalam bentuk barisan untuk menghalang para wartawan itu.
Bob membuka pintu mereka sebelah Tengku Ariff. Kemudian Tengku Isya turun lalu memaut lengan Tengku Ariff.
'Lakonan semata-mata. We can be great partner huh Ariff'
Keadaan amat huru-hara, dan menyebabkan Tengku Isya terpisah daripada Tengku Ariff. Mujur dia bersama Taufiq.
Tengku Ariff melihat sebelah.
Kosong.
Dia melepasi kawalan pengawal dahulu dan masuk ke balai pelepasan.
Langkah Tengku Isya terhenti apabila dirasakan ada sesuatu diletakkan di dalam begnya. Dia menoleh.
Seseorang yang memakai serba hitam keluar dari lapangan terbang itu. Taufiq mengarahkannya supaya cepat.
Tengku Isya menyerahkan passport dan tiket penerbangan kepada pengawal yang berada di situ. Kemudian dia masuk ke dalam.
Sampul surat yang terkeluar itu dimasukkan kemas ke dalam beg tangannya.
"Tengku ok?" Soal Tina.
Tengku Isya tersentak.
"Hah. Ye saya ok" balasnya.
"Boleh la kita masuk sekarang" tutur Taufiq.
Tengku Isya hanya mengangguk.
Mereka masuk ke dalam perut kapal terbang itu.
Kelas perniagaan hanya ada beberapa penumpang sahaja dan selebihnya ditempah buat pengawal peribadi Tengku Ariff.
Tengku Isya membuang pandangannya ke luar tingkap.
Beberapa ketika, juruterbang mengumumkan penerbangan mereka akan berangkat sebentar lagi.
Tengku Ariff pula sibuk dengan kertas kerjanya. Tengku Isya tidak menghiraukannya langsung.
Masih geram dengan sikap lelaki itu terhadapnya.
Lama-kelamaan dia tertidur.
TBC
YOU ARE READING
The Greatest Marriage Secret✔
Romance"Kahwin??? Zaman bila yang kena kahwin pilihan keluarga ni, kuno betul. It's nonsense okay. I'm not a child anymore" Bagi Tengku Isya Dahlia perkahwinan tanpa cinta pasti tidak akan menemui penghujung yang bahagia. Cinta? Bagi dia itu tidak wujud d...