Salwa menapak masuk ke dalam bilik pesakit VIP itu. Kelihatan seorang wanita berusia 50-an sedang terbaring lesu di atas katil.
Perlahan-lahan Salwa mendekati wanita itu. Tubuh itu masih kaku dengan bantuan pernafasan di sebelahnya.
Salwa menekup mulutnya menggunakan tangan. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Fikirannya buntu memikirkan wanita di hadapannya kini.
Ibu yang selalu bermain dengannya sewaktu kecil dulu.
Ibu selalu menjaga dan mendidiknya sewaktu kecil dulu.
Ibu yang selalu merawatnya apabila dia demam sewaktu kecil dulu.
Ibu selalu memasak makanan kegemaran sewaktu kecil dulu.
Kini terlantar di hospital tanpa melakukan apa-apa. Di mana silap wanita ini sehingga sebegini rupa yang dia dapat?
"Siapa penjaga dia?" Soal Salwa kepada Khai yang sedari tadi lagi ada di sisinya.
"Seorang lelaki bernama Samad. Tapi itu sejak 3 tahun yang lalu dia datang melawat. Sekarang ini, tiada sesiapa." Beritahu Khai.
Tangan yang sudah berkedut dek dimamah usia itu dipegang. Kemas. Seolah-olah dia tidak mahu melepaskan tangan itu lagi.
"Uruskan dia. Pindahkan dia ke hospital saya supaya senang saya nak jaga dia." Beritahu Salwa.
"Baik boss." Kata Khai.
Baru sahaja Salwa ingin melangkah keluar dari bilik itu, tiba-tiba dia jatuh terjelepok ke lantai.
Ya, dia tidak kuat menghadapi dugaan ini. Kenapa mesti dia? Kenapa?
"Boss!" Jerit Khai.
Khai terus duduk bercangkung di sisi Salwa. Khai memegang bahu Salwa agar gadis itu bertabah dengan dugaan yang menimpa dirinya.
Salwa menangis teresak-esak di dalam bilik itu. Bahunya sudah terhinjut-hinjut menahan tangis. Kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan. Dia menangis semahunya.
"Salwa..." kata Khai perlahan dan lembut.
Khai menarik Salwa ke dalam dakapannya. Diletakkan kepala gadis itu di dada bidangnya. Salwa terus membalas pelukan Khai, melepaskan semuanya.
"Bersabarlah..." Kata Khai sayu.
🌸🌸🌸
"Kau tengok apa yang kau buat!" Jerit Tengku Nazrin nyaring.
Disuakan baju kemejanya yang sudah terbakar itu. Salwa sudah menelan air liur.
Memang salah dirinya kerana asyik berangan teringatkan ibu kandungnya sahaja sehingga lupa iron itu. Bodoh!
"Maafkan saya." Kata Salwa.
Tengku Nazrin terus mencengkam rambut Salwa. Salwa menjerit kesakitan. Dia terus memegang lengan sasa milik Tengku Nazrin.
"Kau tahu tak harga kemeja tu? Kau ni memang menyusahkan aku!" Jerit Tengku Nazrin.
"Awak, saya minta maaf." Rayu Salwa.
Tengku Nazrin menolak kasar kepala Salwa sehingga Salwa jatuh terjelepok ke lantai.
"Perempuan sundal! Aku benci kau!" Jerit Tengku Nazrin.
Dia menanggalkan tali pinggang miliknya. Senyuman sinis mula terlakar di bibir Tengku Nazrin.
"Kau nak buat lagi tak? Kau nak berangan lagi?" Soal Tengku Nazrin.
"Tak..Tak.." Kata Salwa.
Air mata mula membasahi pipi Salwa. Matanya jatuh pada tangan Tengku Nazrin yang memegang tali pinggang itu. Ya Allah, tolong aku.
DU LIEST GERADE
Maafkan Khilaf Semalam ✔️
Sonstiges"Sudi tak awak jadi isteri saya?"- Ku Shahrizal Highest rank: #1 in random Cover book by gadisbukudanpen