Salwa tersenyum manis ke arah Khai yang baru sahaja tiba di perkarangan rumahnya itu. Khai keluar dari perut kereta dan menghadiahkan senyuman buat Salwa. Senyuman Khai mati apabila bebola matanya menangkap figura Ku Shahrizal di belakang tubuh Salwa.
"Kenapa lambat?" Soal Salwa kepada Khai sebaik sahaja Khai mendekati mereka.
"Oh, singgah kedai beli buah tangan sedikit."
Khai menghulur plastik yang berisi buah pisang itu kepada Salwa. Salwa menyambut dengan senyuman lebar.
"Thank you." Ujar Salwa.
"Macam mana? Nak pergi dengan abang atau suami?" Soal Khai lembut.
Khai memamdang ke arah Ku Shahrizal yang sedang merenungnya tajam. Maklumlah, selama 5 bulan ini hanya dia sahaja menemani Salwa buat check up doktor ini.
"Err.." Salwa memandang ke arah suaminya itu.
"Kau baliklah. Tak malu ke keluar dengan bini orang." Kata Ku Shahrizal sinis.
Khai hanya ketawa sinis.
"Oh, baru sekarang kau sedar Salwa itu bini kau. Semasa kau kahwin dan abaikan Salwa lima bulan ini kau tak nak menpersoalkan?" Soal Khai kasar.
"Aku tak pernah abaikan Salwa."
"Kau abaikan Salwa. Kau kahwin dengan Lisa lepas tu kau tinggal serumah dia. Kau biarkan Salwa terkontang-kanting menangis setiap hari rindukan kau! Tapi kau, apa kau buat? Kau hanya biarkan Salwa macam tu je." Jelas Khai.
"Abang.." kata Salwa kepada Khai.
"Kau tak puas hati apa dengan aku? Aku suami Salwa dan aku ada hak ke atas Salwa. Aku takkan izinkan Salwa keluar dengan kau." Kata Ku Shahrizal kasar.
"Kau gunakan 'jawatan' suami itu untuk halang Salwa dari jumpa aku. Kadangkala aku tertanya suami jenis apa kau ni membiarkan isteri mengandung tanpa sedikit pun datang menjenguk?"
Buk!
Satu tumbukan hinggap di muka Khai menyebabkan Khai tersungkur di atas tanah. Salwa terkejut, ingin di bantu tetapi dia tidak boleh membongkok dengan perut memboyot seperti ini apatah lagi duduk mencangkung.
"Kalau aku tahu Salwa mengandung, setiap hari aku akan datang jenguk dia dan aku takkan abaikan dia."
"Kalau? Kalau? Hahahahahaha." Kata Khai sambil ketawa yang di buat-buat.
"Dahlah, Rizal. Aku malas nak bercakap dengan orang bodoh macam kau. Aku rasa kalau arwah Lisa hidup lagi, sampai Salwa beranak kau takkan datang jenguk!"
"Kau!" Ku Shahrizal mengetap giginya menahan geram.
"Salwa, abang balik dulu. Duduk sini bikin panas je. Abang balik dulu."
"Tapi abang.."
Khai terus membolos tubuhnya ke dalam kereta Audi miliknya. Segera dia beredar dari situ.
"Apa masalah awak sebenarnya?" Soal Salwa kasar. Dadanya berombak menahan marah. Matanya memandang tepat ke wajah suaminya.
"Salwa, abang cuma.."
Pang!
Ku Shahrizal terkejut. Pipinya terasa pijar dek tamparan dari isterinya. Ini kali pertama Salwa menampar pipinya. Jelas terpancar kemarahan di seraut wajah Salwa.
"Saya rasa kalau arwah Lisa masih hidup, awak masih lagi abaikan saya.
Betul kata abang Khai. Kenapalah aaya tak terfikir langsung sebelum ini. Huh!" Kata Salwa sedikit kasar.Terus Salwa meninggalkan Ku Shahrizal terpinga-pinga sambil memegang pipinya di pintu utama itu. Lantaklah apa yang mahu di fikirkan oleh suaminya itu. Hatinya sudah mati buat lelaki itu sementara ini.
STAI LEGGENDO
Maafkan Khilaf Semalam ✔️
Casuale"Sudi tak awak jadi isteri saya?"- Ku Shahrizal Highest rank: #1 in random Cover book by gadisbukudanpen