"Asalammualaikum." Kata Tengku Nazrin. Tangan Salwa di pegang erat. Lalu kaki melangkah masuk ke dalam rumah Tengku Iskandar.
"Waalaikumussalam." Jawab Tengku Dalili.
"Mama." Kata Tengku Nazrin separuh menjerit.
"Eh, Nazrin. Ya Allah, rindunya mama dekat kamu. Salwa!" Kata Tengku Dalili.
Seusai Tengku Nazrin menyalami Tengku Dalili, terus sahaja mamanya itu mencium pipi Tengku Nazrin. Rindu teramat sangat dengan anak lelakinya itu.
"Mama sihat?" Soal Salwa sambil menyalami Tengku Dalili.
"Sihat, Alhamdulillah." Jawab Tengku Dalili.
"Papa mana mama?" Soal Tengku Nazrin.
"Ada. Dekat dapur tengah minum petang." Beritahu Tengku Dalili.
Tengku Nazrin hanya mengangguk kepala. Mereka bertiga terus berlalu ke dapur bersama-sama.
"Wah! Makin berseri kamu berdua ni." Tegur Tengku Iskandar.
Selesai sahaja menyalami Tengku Iskandar. Terus sahaja Tengku Nazrin dan Salwa melabuhkan punggung di meja makan.
"Papa dengar dari Shahriman, Salwa masuk hospital and then ada pendarahan dalam kepala. Betul ke?" Soal Tengku Iskandar.
Tengku Nazrin dan Salwa saling berpandangan sesama sendiri. Tengku Iskandar ini macam mengungkit kisah hitam dalam diri Salwa lagi.
"Salwa.." Terus kata-kata Tengku Nazrin di pintas oleh Salwa.
"Salwa jatuh tangga papa. Masa tu nak cepat sebab on call, so terjatuh. Nasib baik ada abang Nazrin masa tu." Beritahu Salwa sambil tersenyum.
Tengku Nazrin hanya mendiamkan diri sahaja selepas mendengar kata-kata isterinya.
"Oh macam tu rupanya. Dah sihat ke?" Soal Tengku Iskandar.
"Dah okay dah. Sikit je." Beritahu Salwa.
"Alahai, nasib baik ada si Nazrin ni. Eh, tak ada angin tak ada ribut kenapa datang sini?" Soal Tengku Dalili.
Salwa bangun dari kerusi untuk membantu Tengku Dalili menyediakan minum petang untuk dirinya dan Tengku Nazrin.
"Saja melawat papa dan mama. Lagipun kami nak bagitau sesuatu.." kata Tengku Nazrin dengan menayangkan sengih lebar.
"Bagitau apa? Salwa mengandung ke?" Soal Tengku Dalili dengan nada gembira.
Automatik semua mata memandang ke arah Salwa yang sedang mengunyah karipap itu. Salwa mengerdip matanya beberapa kali.
"Apa?" Soal Salwa. Memang dia tidak mengambil perhatian tadi masa sekeluarga itu berbual.
"Salwa mengandung?" Soal Tengku Dalili.
Salwa mendengar pertanyaan Tengku Dalili terus terbantuk. Cawan yang berisi air teh itu di teguk rakus. Nasib baik air itu suam.
"Sayang okay?" Soal Tengku Nazrin sambil menepuk belakang Salwa. Salwa hanya mengangguk kepala perlahan.
"Mana ada mama. Kami cuma nak bagitau yang kami nak pergi honeymoon je. Dekat Australia ni je." Beritahu Tengku Nazrin.
Segaris senyuman di ukirkan buat Tengku Dalili. Tengku Iskandar sudah ketawa lepas memandang wajah isterinya yang telah bertukar riak itu.
"Manalah mama tahu. Tapi Salwa tak mengandung lagi ke?" Soal Tengku Dalili lagi.
"Tak ada rezeki lagi mama." Kata Salwa. Karipap di ambil lagi lalu di suap ke dalam mulutnya. Sudah empat ketul karipap masuk ke dalam perutnya.
"Hmmm..okay." kata Tengku Dalili.
YOU ARE READING
Maafkan Khilaf Semalam ✔️
Random"Sudi tak awak jadi isteri saya?"- Ku Shahrizal Highest rank: #1 in random Cover book by gadisbukudanpen