Selepas Festival di Melbourne. Tengku Nazrin terus membawa Salwa menuju ke Puffing Billy Steam Train. Menurut Tengku Nazrin, kalau pergi Melbourne mesti wajib pergi Puffing Billy Steam Train. Sebab ini adalah kereta api lama dari zaman 1900 tahun. Dan yang paling tidak di sangka, dah lebih 1000 tahun umurnya! Walaupun dah tua tapi mampu membawa beribu-ribu penumpang setiap hari.
Tengku Nazrin terus menarik pergelangan Salwa supaya masuk ke dalam Puffing Billy Steam Train. Memang ramai pengunjung yang datang ke sini. Dari jauh lagi Salwa melihat, kereta api yang di maksudkan oleh Tengku Nazrin itu.
"Sayang tunggu sini ya, abang nak pergi buat bayaran untuk kita berdua."
Salwa hanya mengangguk kepala sahaja. Matanya mula terpaku pada mat salleh yang sedang bersama keluarganya itu. Terdapat dua orang anaknya yang sedang berdiri di sisi mereka. Comel!
Tiba-tiba mat salleh iaitu bapa mereka berpaling ke arah Salwa. Salwa terkedu apabila mata hijau milik mat salleh itu melihat ke arahnya. Dia menelan air liur sekali.
"Hey you!" Jerit mat salleh itu. Salwa sudah membulat matanya melihat ke arah mat salleh itu. Lalu Salwa menunding jari telunjuk ke arah dirinya.
"Yup! You, come here." kata mat salleh itu.
Salwa mengeleng kepala beberapa kali. Dia berpaling mencari Tengku Nazrin kerana perasaan takut mula menguasai dirinya.
"Hey, if you don't want to come here, I will fuck you." Kata mat salleh.
Salwa terus terkedu, dengan langkah laju Salwa mendekati mat salleh itu. Mat salleh tadi terus menghulur kamera kepada Salwa yang bersaiz petak segi empat yang kecil. Kamera macam ni baru aku pandai guna, desis Salwa.
Isteri mat salleh itu hanya ketawa kecil melihat wajah cuak Salwa.
"Please take a picture of us."
Salwa hanya mengangguk kepala kepada lelaki mat salleh itu. Dia menjarakkan dirinya dengan keluarga mat salleh itu. Keluarga mat salleh itu hanya menunggu sahaja Salwa merakam gambar mereka di tembok yang tertulis Puffing Billy Steam Train itu.
Klik! Klik! Klik!
"Done." Kata Salwa.
"Oh, thank you very much."
"I want to see a picture..." rengek anak mat salleh itu. Salwa terus menghulur kamera itu kepada ayahnya.
"It's beautiful. Thank you." Ujar ayah budak itu. Ayah budak itu terus menunjukkan gambar itu kepada anaknya. Anaknya itu hanya ketawa melihat gambar mereka.
"Sayang!" Jerit Tengku Nazrin.
Salwa berpaling ke arah Tengku Nazrin yang sedang melambai tangan itu. Segera Salwa mendekati tubuh suaminya.
"Jom beratur. Kita nak naik dah."
Hampir 20 minit mereka beratur untuk menaiki kereta api panjang tersebut. Salwa dan Tengku Nazrin terus naik ke atas kereta api itu, pegangan tangan Salwa tidak lepas oleh Tengku Nazrin. Mereka mengambil tempat di atas kereta api itu. Selepas 10 minit menunggu, kereta api itu mula bergerak perlahan-lahan.
Salwa terus memegang lengan Tengku Nazrin. Dia memang takut dengan tempat tinggi. Tengku Nazrin mencerita pelbagai tentang kereta api ini di sisinya.
Pastu kereta api kat sini ada keluar asap kepol-kepol dari serombong! Memang klasik sangat. Paling best boleh julur-julur kaki sambil layan scenery hutan Australia yang lawa giler dan angin sejuk dingin menyapu-nyapu pipi Salwa dan Tengku Nazrin.
YOU ARE READING
Maafkan Khilaf Semalam ✔️
Random"Sudi tak awak jadi isteri saya?"- Ku Shahrizal Highest rank: #1 in random Cover book by gadisbukudanpen