Part 49

5.6K 201 24
                                    

Ku Shahrizal mengaminkan doa setelah selesai menunaikan solat subuh berjemaah bersama isterinya. Dia terus berpaling ke belakang mencari wajah Salwa. Salwa hanya tersenyum manis lalu menghulur tangan untuk menyalami suaminya.

Ku Shahrizal membalas senyuman isterinya dan huluran tangan Salwa di sambut. Kemudian, dia mengucup lembut dahi Salwa. Wajah Salwa dilihat sekilas, nampak bersih sahaja wajah Salwa dalam telekung itu. Cantik.

Baru sahaja Salwa ingin bangun, Ku Shahrizal memegang lengan Salwa. Salwa melihat ke arah suaminya itu. Dia menjongket keningnya ke arah Ku Shahrizal.

"Duduklah dulu." Kata Ku Shahrizal. Salwa kembali duduk bersimpuh di hadapan Ku Shahrizal atas lantai berkayu itu. Matanya memandang tepat ke wajah suaminya.

Songkok berada di atas kepala di tanggalkan lalu Ku Shahrizal meletakkan kepalanya di atas paha Salwa. Songkok pula di letakkan di atas dadanya. Dia memejam matanya rapat.

"Abang, kalau abang nak tidur balik, tidur atas katil ya. Bangun, tidur atas katil nanti sakit badan." Kata Salwa.

"Sekejap je. Abang nak cakap dengan Salwa."

Ku Shahrizal mencapai kedua belah tangan Salwa lalu di bawa ke bibir. Tangan itu di kucup. Salwa hanya tersenyum melihat perlakuan suaminya itu. Tangan Salwa mula mengusap lembut rambut Ku Shahrizal.

"Sayang, terima kasih." Kata Ku Shahrizal.

"Terima kasih for what?" Soal Salwa.

"Last night." Ku Shahrizal mendongak memandang wajah Salwa. Dia tersenyum nakal. Manakala muka Salwa sudah bertukar merah dek malu apabila teringat peristiwa semalam.

"Sama-sama." Kata Salwa perlahan. Ku Shahrizal tersenyum melihat wajah isterinya yang malu-malu itu. Ku Shahrizal kembali memejamkan mata.

"Letihnya~" kata Ku Shahrizal sambil menghembus nafas panjang.

"Kalau letih bangun, tidur atas katil."

"Letih sebab 'kerja' kuat semalam, sayang. Sakit badan abang tau, Salwa kerjakan."

"Abang!" Terus Salwa menolak tubuh Ku Shahrizal.

"Aduh!" Belakang kepala Ku Shahrizal terhantuk pada lantai. Ternganga mulut Salwa.

"Abang, sorry. Mintak maaf, sorry." Kata Salwa. Dia membantu Ku Shahrizal bangun. Ku Shahrizal menggosok belakang kepalanya yang terhantuk sebentar tadi.

"Sorry~" kata Salwa lagi.

"Tak apa. Tak sakit pon." Balas Ku Shahrizal. Terus dia mengucup pipi Salwa laju. Bibir Salwa juga dikucup.

Salwa tersenyum manis. Dia turut sama mengucup pipi Ku Shahrizal. Salwa terus bangkit menanggalkan telekungnya lalu di sidai di tempat penyidai. Sejadah turut sama di sidai. Ku Shahrizal meletakkan songkoknya di atas meja.

Baru sahaja kaki Salwa ingin melangkah ke slading hotel itu, Ku Shahrizal terus memeluknya dari belakang. Tepi leher Salwa dihidu dan di kucup. Wangi sahaja bau yang terbit dari tubuh Salwa. Maklumlah mereka sudah mandi bersama sebelum solat subuh sebentar tadi.

"Abang~" Salwa bersuara.

"Sayang, you want to know something? You're so beautiful last night. Seksi sangat sampai abang tak boleh tahan."

"Abang, abang nak apa ni?" Soal Salwa terus berpaling menghadap Ku Shahrizal. Ku Shahrizal hanya menayang sengihnya.

"I want you." Kata Ku Shahrizal.

"Abang, semalam..." belum sempat Salwa menghabiskan kata-katanya, Ku Shahrizal terus mencempung tubuhnya menuju ke katil.

"Jangan membantah, berdosa." Kata Ku Shahrizal lalu mengucup pipi Salwa. Salwa hanya ketawa sahaja melihat perangai suaminya itu.

Maafkan Khilaf Semalam ✔️Where stories live. Discover now