Part 17

7.3K 271 12
                                    

Tepat jam 8.00 malam, Salwa tiba di perkarangan rumah Tengku Nazrin. Mata melihat kereta Audi milik Tengku Nazrin di garaj kereta. Mungkin Tengku Nazrin sudah lama tiba di rumah.

Salwa keluarkan kunci rumah dari handbagnya lalu dibuka pintu utama itu. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah lalu ditutup pintu utama itu.

Kelihatan Tengku Nazrin sedang berdiri di tangga sambil berpeluk tubuh. Terlakar senyuman sinis di bibir lelaki itu buat Salwa.

"Abang. Abang dah makan malam ke?" Soal Salwa lembut.

Senyuman manis di hadiahkan buat suami apabila dia masuk ke dalam rumah itu. Salwa mendekati Tengku Nazrin perlahan-lahan.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Tengku Nazrin.

Langkah Salwa terhenti. Dia memandang wajah bengis Tengku Nazrin. Salwa dapat menghidu apa yang bakal berlaku sebentar lagi.

Tengku Nazrin terus menapak mendekati tubuh Salwa. Ditunjal kuat bahu Salwa sehingga Salwa bergerak sedikit. Tengku Nazrin mengelilingi tubuh Salwa.

"Kau pergi mana hah!?" Tengking Tengku Nazrin.

"Salwa pergi jumpa kawan." Beritahu Salwa jujur.

"Kawan? Kau kata kawan?" Soal Tengku Nazrin.

Tengku Nazrin terus mencengkam rambut Salwa lalu di dongakkan kepala Salwa ke arahnya. Salwa menjerit kesakitan sambil memegang lengan Tengku Nazrin.

"Kawan ke? Teman lelaki kau bodoh? Kau ni memang perempuan sundal. Kau ingat aku buta ke? Aku nampak kau berpegang tangan dengan lelaki itu. Kau ingat aku tak kenal lelaki tu? Dasar perempuan sundal. Kalau sundal, semua laki kau nak sapu." Beritahu Tengku Nazrin.

Pang!

Salwa jatuh terjelepok ke lantai. Air mata mula mengalir membasahi pipi. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangis.

"Abang lelaki tu....." kata Salwa.

Tengku Nazrin terus menarik lengan Salwa kuat supaya berdiri menghadapnya.

"Kau memang perempuan tak guna. Kau mainkan perasaan aku. Aku benci kau." Jerit Tengku Nazrin.

Tengku Nazrin terus menampar kedua belah pipi Salwa beberapa kali. Bagai orang gila dia menyakiti tubuh Salwa.

Tidak cukup dengan itu, Tengku Nazrin terus menyepak tubuh kecil itu tanpa sedikit pun ada belas kasihan di hatinya.

Salwa sudah terbaring layu di atas lantai. Dia membiarkan sahaja Tengku Nazrin menyeksa dirinya.

"Abang lelaki itu...."

"Diam!" Jerit Tengku Nazrin.

Rambut Salwa terus di cengkam kuat lalu di bawa ke anak tangga. Diheret tubuh itu naik ke atas.

"Kau nak menyundal sangatkan? Baiklah, malam ni kau layan aku je. Kalau service kau memuaskan, aku akan bayar lebih lima ribu untuk kau." Kata Tengku Nazrin sambil ketawa.

Salwa segera melawan Tengku Nazrin. Dia menolak tangan Tengku Nazrin yang mencengkam rambutnya. Tapi entah kenapa tenaga dia hilang, dan semuanya bagaikan lumpuh.

Apabila berhadapan dengan Tengku Nazrin, semangatnya hilang. Segala ilmu taekwondo yang dia belajar hilang. Dia bagai lumpuh apabila berhadapan dengan lelaki ini.

"Berapa sangat lelaki tu bayar kau? Aku nak rasa jugak. Kaukan cantik, mesti barang tip top jugakkan." Kata Tengku Nazrin.

Bersusah payah dia menarik tubuh Salwa itu menuju ke atas. Sampai sahaja di pintu biliknya, terus Salwa mengigit perutnya menyebabkan cengkaman pada rambut Salwa terlepas.

Maafkan Khilaf Semalam ✔️Where stories live. Discover now