Part 48

5K 154 9
                                    

Daniel berdengus kasar taktala bebola mata hitam miliknya melihat figura yang di kenali itu. Dia terus berjalan mendekati wanita yang sedang di sofa menunggu itu. Setiusaha yang berada di meja itu segera bangun dan menunduk hormat kepada Daniel. Daniel hanya mengangguk kepala sambil jarinya menunding ke arah wanita yang sedang tidur itu.

"Maafkan saya Encik Daniel, saya sudah minta dia balik sebab encik sibuk tapi dia tetap berkeras mahu menunggu encik. Sehingga dia tertidur di sofa itu. Maafkan saya Encik Daniel." Ujar setiusahanya itu.

Daniel hanya mengangguk kepala sahaja tanda faham apa yang di sampaikan oleh setiusahanya itu. Matanya melihat ke arah Elis yang sedang tertidur dengan majalah di atas ribanya. Nampak cantik pulak si Elis ini, maklumlah selepas beberapa minggu tidak berjumpa akibat pergaduhan dalam kereta tempoh hari.

Ada juga si Elis ini telefon, mesej, whatsapp tapi satu habuk pun Daniel tidak balas. Masih lagi terasa hati dengan tunangnya ini kerana berkata sedekimian terhadap Salwa. Mungkin Elis ke sini mahu berbincang dengan dirinya atau mungkin jugak mahu memujuk dirinya.

"Hmmm..macam mana nak bangunkan dia ni." Kata Daniel sendirian. Kemudian, Daniel mendapat idea bagaimana mahu bangunkan Elis dari tidur.

Daniel keluarkan sapu tangan miliknya lalu di ambil bahagian hujung sapu tangan itu. Dia memintal-mintal bahagian hujung sapu tangan itu. Bahagian hujung hujung itu di masukkan ke dalam lubang hidung Elis. Lalu dia memusingkan bahagian hujung itu di dalam hidung Elis.

"Hmmm..janganlah." kata Elis dengan mata masih lagi tertutup. Dia menolak tangan Daniel. Daniel hanya tersengih dan meneruskan lagi kerjanya itu.

"Hey!" Jerit Elis tetiba. Terbuka luas matanya melihat Daniel di hadapannya itu. Jarak wajah mereka rapat membuatkan jantung Elis berdegup laju.

Daniel hanya menayangkan sengih yang lebar. Dia memuncungkan mulut tanda mahu mencium bibir Elis tapi cepat-cepat Elis mengelak. Daniel hanya tersenyum lalu dia kembali menjarakkan tubuh daripada Elis. Sapu tangan miliknya di jatuhkan di atas riba Elis.

"Ambiklah sapu tangan ni." Kata Daniel. Elis terus ambil sapu tangan itu lalu masukkan ke dalam beg silang miliknya. Dia terus berdiri.

"Awak, saya..."

"Awak datang sini naik apa?" Soal Daniel.

"Taxi sebab kereta saya rosak."

"Rosak?"

"Haah. Rosak, tak hidup."

Daniel terus menarik pergelangan tangan Elis supaya mengikut langkahnya. Daniel terus menolak tubuh Elis ke dalam satu bilik hotel yang sedang di bersihkan oleh pekerja hotel itu. Mak cik itu terus kaku melihat Daniel dan Elis di dalam bilik ini.

"Boleh keluar sekejap. Saya ada benda nak bincang dengan gadis ini." Kata Daniel kepada mak cik yang memakai mask sambil memegang vakuum itu. Mak cik itu hanya mengangguk kepala lalu berlalu dengan vakuum.

Setelah mak cik itu keluar, Daniel terus mengunci bilik hotel itu. Dia melonggarkan sedikit tali leher miliknya dan butang lengan kemeja miliknya di buka lalu di lipatkan sehingga ke lengan. Elis hanya diam dan memerhatikan sahaja kelakuan Daniel itu.

"Duduk!" Arah Daniel.

"Hah!?" Soal Elis dengan mata terkebil-kebil.

"Duduklah, takkan nak berdiri."

Elis terus melabuhkan punggung di hujung katil itu. Dia memandang Daniel yang sedang berdiri di hadapannya itu sambil bercekak pinggang.

"Kenapa datang sini?" Soal Daniel.

Maafkan Khilaf Semalam ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora