Part 36

5.4K 222 55
                                    

Hilman mengeleng kepala beberapa kali tanda tidak setuju dengan apa yang di katakan oleh Tengku Nazrin. Dia lalu berdiri dan mundar-mandir di dalam pejabat Tengku Nazrin. Bilik pejabat Tengku Nazrin yang besar itu di lihat sebentar sebelum matanya memandang tepat ke arah Tengku Nazrin.

"Kau tak sayang bini ke?" Soal Hilman.

Tengku Nazrin hanya mencebik bibir dan tersenyum sinis ke arah Hilman.

"Walau apapun yang terjadi aku tetap nak teruskan rancangan ini. Tapi aku perlukan bantuan kau."

"Kau gila! Aku tak nak. Aku tak nak terlibat dalam rancangan gila kau ni." Kata Hilman. Peluh mula mengalir di bahagian dahinya.

"Hilman kau jangan lupa, aku dah banyak tolong kau selama ini. Aku hanya minta satu ini sahaja, tolong aku bunuh Salwa."

"Tapi dia isteri kau Nazrin. Sanggup kau nak bunuh dia."

"Aku tak kisah siapa dia. Aku tak cintakan dia, aku cintakan Bella. So, dia hanya penghalang cinta kami. Dia mahu merampas segalanya termasuk harta dan syarikat aku ni."

Hilman menelan air liur laju. Dia mundar mandir di hadapan Tengku Nazrin. Berfikir bagaimana mahu teruskan rancangan gila Tengku Nazrin.

"Hilman, kau nak atau tak nak, kau tetap kena buat. Kalau tak sekelip mata sahaja kau akan hilang benda yang paling berharga dalam hidup kau. Apa eh? Hmmm..Ilya Farisya."

Mata Hilman membulat taktala Tengku Nazrin menyebut nama Ilya. Dadanya sudah mahu pecah menahan debar.

"Ma..macam mana kau tahu?"

"Macam mana aku tahu, itu hal aku. Kau tak perlu tahu."

"Kau..."

"Rancangan kita bermula malam esok!"

"Kau biar betul Nazrin? Sanggup kau nak bunuh isteri kau sendiri? Salwa buat salah apa?"

"Aku sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan harta ayah aku dan kahwin dengan Bella."

"Kau memang gila Nazrin."

"Memang aku gila, aku gila sebab perempuan bernama Salwa tu. Aku akan bunuh dia."

Hilman mengeleng kepala beberapa kali memandang wajah Tengku Nazrin yang merah padam itu.

🌸🌸🌸

"Kau nak balik dah ke?" Soal Ku Shahrizal sambil mengerling ke arah jam tangan miliknya. Pukul 10.00 malam.

Salwa hanya tersenyum manis. Maklumlah, hari ini dia dan Ku Sharizal sama shift. Mereka berdua mulakan shift pada sebelah petang dan tamat pada waktu malam.

"Ya." Jawab Salwa dalam nada gembira. Sejak mengetahui dirinya berbadan dua, Salwa lebih banyak tersenyum sekarang ini. Tapi Tengku Nazrin masih lagi tidak mengetahui dirinya kini berbadan dua.

"Suami awak datang ambik ke?"

"Taklah. Saya drive sendiri. Okaylah, bye Rizal." Kata Salwa. Ku Shahrizal hanya tersenyum sambil mengangguk kepala.

Salwa berjalan perlahan menuju ke arah keretanya. Suasana agak gelap sunyi dan gelap sedikit di kawasan tempat letak kereta. Sampai sahaja di kereta miliknya, Salwa terus menyelongkar beg tangannya untuk mencari kunci kereta.

Tiba-tiba ada kain hitam yang menutup keseluruhan kepalanya. Salwa cuba berlawan tapi tangannya sudah di kunci ke belakang dan tubuhnya di tarik kuat ke dalam kereta.

"Apa kau nak hah?!" Jerit Salwa. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan hospital. Salwa meronta-ronta minta di lepaskan.

"Korang ni siapa?! Kenapa nak culik aku?" Jerit Salwa lagi.

Maafkan Khilaf Semalam ✔️Where stories live. Discover now