LAPAN
• SALAH FAHAM •Setelah Maira berjalan pergi daripada tempat beradanya Naufal dan Syafina, dia membebel sendiri di dalam hati. Punggung ada jugalah yang terasa sakit lagi.
"Macam manalah aku boleh terlanggar dia?"
F L A S H B A C K
Dalam perjalanan ke kelas, Maira mendaki anak tangga dengan kelajuan maksima. Tanpa disedari dia terlanggar seorang pelajar lelaki berkaca mata.
Akibatnya dia jatuh terduduk di hadapan lelaki itu. Maira mengaduh kesakitan apabila punggungnya mencium lantai.
Maira merenung tag nama lelaki tu. "Zarief"
"maaf. Tak sengaja" ucapnya tanpa perasaan.
Maira hanya mengangguk. Kalau dipandang lama-lama, handsome pulalah lelaki nerd ni. Walaupun dengan cermin mata bulatnya, lelaki bernama Zarief masih tampan kelihatan.
Maira menunduk. Shy shy cat.
"tak apa."
Kalau nak diikutkan, ini salah dia. Siapa suruh dia naik guna arah orang turun tangga? Amik hang. Cikgu dah letak arrow tak akanlah tak nampak lagi.
"Hurmm.. Pergilah masuk kelas. Loceng dah berbunyi tu" katanya tanpa tersenyum. Maira hanya mengangguk seraya melihat jejaka tinggi lampai itu berjalan melepasinya.
"fuhh"Dia kembali menaiki anak tangga. Cuma, kali ini dengan lebih berhati-hati. Bak kata orang, belajar dari kesilapan.
××××××
Apabila kaki melangkah masuk ke dalam kelas, Maira memanjatkan syukur kerana kehadirannya tidaklah terlalu lewat kalau mahu dibandingkan dengan cikgu yang selalu lewat datang ke kelas.
Dia bergerak ke mejanya dan meletakkan kepala di atas meja. Lelah masih terasa. Lain kali, dalam mesyuarat PIBG aku nak cadangkan bina lif dalam bangunan sekolah. Tak payahlah kena daki tangga hari-hari. Maira menggerutu di dalam hati.
"Kau kenapa?"
"aku apa?" soal Maira kembali tanpa melihat ke arah Syahira.
"Runsing semacam jer aku tengok. Ada masalah rumah tangga apa kau ni?" Syahira tertawa kecil. Maira tersenyum walaupun tidak mahu. Haih, Sya.
"aku penatlah. Aku nak tidur" katanya.
"Tidurlah.. Nanti cikgu masuk aku kejutkan" Syahira menepuk belakang Maira perlahan.
Mata dipejam erat.
Tidak lama kemudian, Syahira menepuk-nepuk bahu Maira dengan kuat.
"wehh cikgu dah sampai"
"hah? Mana? Mana?" Maira kelam kabut cover air liur yang meleleh semasa terlelap tadi.
Bukan sahaja kelibat cikgu tak kelihatan, batang hidung pun tak nampak. Maira merenung Syahira dengan perasaan marah. Sanggup kau buat aku macam ni?
Syahira tertawa kecil. Ehh aku sanggup.
"Huahaha.."
"main-mainlah kau ni"
S K I P
Kring!
Loceng berbunyi menandakan rehat sudah bermula. Maira mengambil botol airnya dan terus ke kantin. Alangkah baik kalau Syahira turut bersama. Malangnya Syahira kena bertugas di koperasi hari ini.
Dengan langkah yang membara, semangat berkobar-kobar untuk bertemu dengan seseorang. Seseorang yang selalu membuatkan dia terasa tertanya-tanya. Dalam kata yang lain memang menanti kehadiran jejaka itu.
Siapakah?
Yang berjaya menawan gadis kacukan Korea-Melayu ni? Disebabkan ibu Maira sudah memeluk Islam ketika mengahwini ayahnya, dia mendapat kacukan sebegitu.
90% mirip ibu dan 10% lagi mirip ayah. Cuma perangainya saja yang agak kelelakian.
Mana tidaknya, ketika ibu Maira melahirkannya, mereka mengharap anak yang dikandung itu lelaki. Tapi hampa, mereka mendapat anak perempuan dan dinamai Nur Maira Aleesya.
Biasalah kalau keluarga mahukan anak lelaki itu mewarisi harta peninggalan. Pemikiran orang dahulu memang kolot.
"orang perempuan duduk rumah jaga anak saja. Tak perlu belajar"
Ceh, kau fikir perempuan tak boleh berjaya ke apa? Zaman 2017, ada saja wanita yang bekerjaya bahkan lebih sukses daripada lelaki. Jangan kata akak tak payung.
××××××
Setibanya dia di kantin, mata terus meliar mencari seseorang. Dalam hati selalu berharap mereka akan berjumpa selalu.
"mana dia ni? Selalunya bertugas dekat kantin. Tak nampak batang hidung pun" Maira tercari-cari.
Dia meletakkan botol airnya di atas meja dan mula mencari lagi. Matanya bagaikan mengescan seluruh tempat.
Dan akhirnya dia berjaya apabila kelibat Naufal Iskandar, pengawas paling tinggi pangkatnya kelihatan. Maira berlari menuju ke arah Naufal. Kebudak-budakkan sungguh.
"hai" sapanya.
"...."
"abang.."
"...."
"Muhd Naufal Iskandar" seraya nama disebut, Naufal menoleh ke belakang.
"panggil ke? Maaf-maaf tak dengar" Naufal senyum kelat. Maira jadi kurang selesa dengan sikap Naufal ketika itu.
"memang tak dengar atau buat-buat tak dengar?" soal Maira yang lebih kepada menyindir.
"tak dengar" pendek dan ringkas saja jawapannya.
"okay"
Maira terus beredar pergi dari situ. Botol air di atas meja diambilnya tanpa teragak-agak. Hancur lebur mood nya untuk makan.
Kenapa Naufal layan aku macam ni? soalan itu terus-terusan bermain di dalam fikiran.
××××××
NAUFAL POV
Aku bukannya sengaja layan dia macam tu. Aku cuma sedar diri aku siapa. Aku nampak reaksi Maira terhadap Zarief. Tidak dinafikan Zarief memang kacak orangnya.
Sampaikan Maira tertunduk malu macam tu sekali.
Ya, kejadian di tangga tu memang aku nampak semuanya. Aku malas nak bahas apa. Cuma aku musykil satu perkara.
"dia suka Zarief ke?"
××××××
TBC
YOU ARE READING
Gangster Ke Cute ✓
Teen Fiction[Gangster Ke Cute?] Dia mungkin tidak seindah putera lain dalam pelbagai cerita novel. Mempunyai kisah silam yang tersendiri dan adakalanya sukar untuk difahami. Muhd Naufal Iskandar, seorang anak yatim piatu yang diambil menjadi anak angkat oleh s...