BAB 36

3.6K 298 3
                                    

TIGA ENAM
• PLAN TAK JADI •

Setibanya mereka di perkarangan hospital, bilik 101 dicari sehingga dapat. Maira dan yang lain masing-masing bagaikan diserang sakit jantung apabila dapat khabar berita Naufal kemalangan.

Entah sekarang sedang menahan kesakitan pun entahlah. Kasihan Naufal. Dalam kekalutan mereka mencari bilik 101, mereka bertembung dengan seorang jururawat muda. Alangkah baiknya hati jururawat itu sanggup menangguh tugas semata-mata mahu menunjuk keberadaan bilik 101.

"Terima kasih, nurse." 

Jururawat itu terus menghilangkan diri apabila tundukan kecil diberikan. Mereka semua pantas masuk ke dalam untuk melihat keadaan Naufal. Segala kegelisahan di hati akhirnya melayang pergi apabila melihat Naufal hanya terbaring di atas katil.

Kepalanya berbalut dengan kain kasa dan ada sedikit tompokan darah pada kain kasa itu. Maira menekup mulutnya. Tergamam dengan apa yang dilihatnya.

"Abang...."

"Maira, he's gonna be alright. Don't worry," Zarief cuba menenangkan Maira. Haura yang bersama dengannya mengusap belakangnya perlahan.

"That's right. I know him, Maira. He's a strong man." Farith menyambung dengan senyuman nipis. Jauh di lubuk hatinya, terasa seperti sesuatu menghentam dadanya apabila melihat Naufal terlantar di atas katil.

"Maira.. Maira bersalah sangat sebab buat abang macam tu. Maira tak patut pinggirkan abang tadi. Maira-- Maira sayangkan abang sangat."

Tangisan beralun dengan sendirinya. Kesedihan di hati sudah tidak lagi mampu dibendung. Maira akhirnya menangis teresak-esak, memikirkan dirinya bakal kehilangan insan tercinta.

Emily yang memerhati turut menahan air mata daripada melimpah keluar. Rancangannya bersama Naufal sebentar tadi hancur lebur apabila kemalangan tanpa disangka berlaku semasa dalam perjalanan pulang.

"Aku dekat mana ni?"

Satu persoalan dijawab dengan jeritan orang sekeliling. Naufal memerhati sekeliling dengan pandangan berpinar-pinar. Keadaan bilik 101 agak riuh-rendah dengan bunyi kepoh dari penghuninya.

Naufal yang tidak memahami keadaan, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dalam masa yang sama, dia dapat merasakan kepalanya berpusing-pusing. Pening.

"Kenapa korang menangis?"

Pandangan teralih pada Maira yang semakin rancak pula menangis. Naufal tersenyum melihat wajah gadis itu. Merah bak tomato mukanya. Comel saja apabila diperhatikan.

"Ishh, abang tak ingat ke abang kemalangan tadi?" soal Emily seraya menumbuk perlahan dada Naufal.

Naufal membuat bentuk O menggunakan mulutnya. Perlahan-lahan dia tersenyum sumbing. Farith, Hadiey dan Zarief memandangnya tak puas hati.

"He's a strong man... Wuuu tak pernah aku sangka bruh.." Naufal mengajuk semula kata-kata Farith. Ketawa kecil dihambur pada temannya yang seorang itu.

Farith menggepal penumbuk. "Kau nampak ni? Aku bagi juga kat kau kang!"

"Leklaa.." ujar Naufal, masih berbaki sisa tawa.

"Maira sayangkan abang sangat--- auch.. So sweet! Kalau macam ni abang nak sakit hari-hari laa. Boleh Maira cakap Maira sayang abang setiap hari," Naufal berkata dengan nada mengada.

Maira mengesat air matanya.

"Hishhh.. Penampar jugak kang. Tahu tak orang risau?" ujarnya seakan-akan merajuk.

"Alalalala... Risau ke? Terima kasih sebab risaukan abang. I'm sorry for make you worry about me. I won't do it again, okay babe?" dengan senyuman melebar dia berkata.

Maira tersenyum.

"Ohok! Ohok! Gatal pula tekak titew. Sayang nak air.." Farith tiba-tiba merosakkan suasana.

Naufal pandang tak puas hati. Mereka bertikam anak mata. Akhirnya Farith terpaksa mengalah bila Haura mencubit lengannya. Mengada sungguh orang tua ni. Dah dewasa pun masih nak bergaduh macam budak 2 tahun.

"Padan muka."

"Sweet jer kan Naufal ngan Maira." Syahira berbisik di telinga Hadiey. Hadiey menjeling pasangan bahagia di hadapan mereka. Bahagiakah mereka?
'Alamak, ayat watak antagonis betul Hadiey ni'

"Kita lagi sweet lah sayang"

Berasap terus Syahira dibuatnya. Mukanya serta merta merah apabila Hadiey membisikkan kata-kata azimat itu. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui perasaanku ketika itu. Fuhh. Hampir meletup.

"Sya.. Kenapa muka kau merah?" tiba-tiba Maira menyoal.

"Ermm.. Ap-- tak ada apa." Kalut Syahira menjawab.

"Oh okay."

Hadiey hanya memerhati pasangannya itu. Muka dah merah sebab malu. Nak buat macam mana. Dia tak boleh nak control gedik depan Syahira. Inilah jadinya.

B E R S A M B U N G

a/n : i'm sorry for a late update. Vote and comment. Follow my instagram @nftahzukfli and @nftahgmz I do followback.

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now