BAB 10

5.9K 386 13
                                    

SEPULUH
FAKE GIRLFRIEND

Dalam perjalanan mereka ke kantin sekolah, berpuluh-puluh pelajar perempuan meluru lalu merempuh mereka. Hadiey sesak nafas dan cuba meminta pertolongan Zarief namun Zarief lebih parah. Mereka tenggelam dalam lautan peminat.

Farith tergelak kecil. Dia bergerak melepasi zon bahaya dengan berhati-hati supaya tidak disedari peminat namun langkahnya terhenti apabila Zarief memanggil namanya. Cis.

Tak guna kau Zarief.

"Wahh.. Wuuu.."

Zarief termenung. Kenapa aku rasa macam diperkosa oleh manusia-manusia ni? Zarief terlihat kelibat Maira dan Syahira yang lalu di hadapan mereka.

"Guys, aku ada benda nak cakap.."

Mereka semua berhenti. Zarief membetulkan baju seragam sekolahnya yang sudah berkedut bagaikan kulit nenek tua.

"She's my girlfriend. So, stop fucking me up" Zarief menghalakan jarinya ke arah Maira.

Syahira dah mula mencucuk Maira. Suka benar dia menyakat.

"whatta? Perempuan kampung ni? Low gila taste" kata seorang perempuan yang berada di situ. Maira mengetap gigi menahan geram.

"watch out your mouth.. Kutuk dia lagi, dan aku akan pastikan kau tak akan bernafas lagi di dunia ni" Zarief menjeling perempuan tu dan terus menarik tangan Maira pergi dari situ.

Hadiey terus mendapatkan Syahira. Hanya tinggal Farith saja yang masih terkial-kial melepaskan diri dari serbuan peminat. Terlampau fangirling mereka ini.

S K I P

Maira memandang Zarief kekok. Dia relakan Zarief menarik lengannya yang berlapik dengan lengan baju. Hanya satu perkara saja yang dia keliru.

"sejak bila abang minat kat Maira?"

Zarief berhenti melangkah. Soalan itu benar-benar menganggunya.

"sejak kali pertama kita terserempak. Abang ingat abang dah nak sakit jantung bila nampak Maira tenung abang. Fuhh" Zarief melepaskan luahan hatinya.

Maira hanya diam. Otak blank. Tak tahulah nak kata apa.

"Maira, abang nak mintak tolong boleh tak? Sudi tak kalau abang mintak Maira jadi fake girlfriend abang? Tak apalah kalau abang tak dapat jadi milik Maira. Asalkan abang dapat penuhkan memori bersama Maira" Zarief memerhati wajah manis gadis di hadapannya itu.

Sejuk mata memandang.

"urmm, Maira tak tahulah bang. Maira perlukan masa"

"hurmm.. Okay. Kalau dah fikir masak-masak, lepas tu mesej abangnya. Abang sentiasa setia menunggu" Zarief memberikan nombornya kepada Maira. Maira hanya angguk perlahan sebelum beredar daripada situ.

××××××

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia dan Syahira melalui laluan yang sama seperti selalu. Sedang sibuk dia berbual, Maira dikejutkan dengan bunyi hon secara tiba-tiba daripada belakang.

"ehh nampak macam kereta bapak aku" Syahira menoleh. Matanya menjadi kecil setiap kali melihat sesuatu di jarak yang jauh.

"memang bapak kau pun"

"ohh ya eh? Maaf ya Maira. Aku tak dapat nak teman kau hari ni"

Maira senyum. "tak apalah. Pergilah cepat. Kesian bapak kau tunggu" Syahira membalas senyumannya sebelum berlari menuju ke arah kereta Honda milik ayahnya.

Senyuman menjadi kelat apabila teringatkan perangai panas baran ayahnya di rumah. Maira tiada mood setiap kali melihat anak anak orang lain semuanya bahagia bersama keluarga tercinta. Kebahagiaan yang selama ini dicari sukar didapatkan.

Dia meneruskan perjalanan dan ternampak kelibat Naufal. Niatnya untuk menyapa terbatal apabila ternampak seorang gadis genit dipeluk Maira erat.

"siapa dia?"

Cemburu? Mungkin.

Maira terus beredar tanpa menoleh ke arah Naufal. Mungkin dia tak akan sedar sekalipun aku berjalan depan mata dia sebab sibuk berpelukan.

"dah macam haremm"

××××××

Maira merenung nombor telefon itu lama. Daripada tadi dia masih memandang angka-angka yang tersusun di kertas putih bersih itu.

Ingat Maira, Naufal dah berpunya.

Di dalam fikiran, benda yang sama asyik berulang tanpa berhenti.

Call jelaa..

"Assalammualaikum? Haaa Maira, ada apa call?"

"Waailaikumsalam. Maira setuju nak jadi fake girlfriend abang"

"seriously?"

"I'm serious"

"okay-okay. Esok abang ambik ehh?"

"okay"

Maira membalas tanpa perasaan. Dia sakit hati. Dengan Naufal. Kalau dah berpunya tu buatlah cara berpunya. Tak perlulah nak mengurat perempuan sana-sini. Ahh, kenapalah aku terjebak dengan dia? Maira membaling telefon di bawah bantal.

S K I P

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan Maira ke sekolah bersama-sama dengan Hadiey dan Zarief. Dalam sebuah kereta yang sama, mereka tiba di kawasan sekolah yang biasanya akan disambut peminat tak kehabisan.

Pada mulanya mereka baik-baik sahaja menerima kehadiran peminat, namun tidak apabila cermin tingkap kereta dibaling sesuatu.

"buk!"

Hadiey dan Maira memandang Zarief serentak. Apa yang lebih dirisaukan adalah reaksi Zarief.

Kalau dia mengamuk apa satu pun tak jalan. Menempah maut sungguhlah, tukang membaling pun.

××××××

B E R S A M B U N G

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now