BAB 14

4.8K 377 5
                                    

EMPAT BELAS
MERDEKA

Setelah beberapa minggu dalam bulan peperiksaan, akhirnya kertas terakhir muncul setelah lama menanti. Keadaan di dalam dewan begitu sunyi tanpa sebarang bunyi kerana dikawal ketat oleh lembaga pengawas. Tambahan pula, masing-masing khusyuk menjawab soalan walaupun dalam hati tertanya-tanya apakah jawapan sebenar untuk soalan ini?

Naufal merenung kosong kertas soalan di hadapan. Macam mana aku nak buat soalan ni? Rasa macam dah pernah baca tapi apa jawapan dia erk? Naufal ragu-ragu dalam menjawab soalan terakhir iaitu soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Disebabkan masa tidak mengizinkan untuk berfikir dengan lebih mendalam, dia terus membaca bismillah dan main taram sahaja jawapan. Diharapkan betul. Usai selesai, dia memeriksa kembali kertas soalannya untuk memastikan tiada satu soalan pun yang tertinggal.

Naufal menghela nafas lega dan memanjatkan syukur terhadap ilahi kerana memberi peluang kepadanya untuk menjawab semua soalan sebelum masa tamat. Selepas dia selesai menulis, dia memandang ke arah rakan-rakannya yang lain.

Hadiey, seperti biasa menggelabah setiap kali tak dapat jawab soalan dalam peperiksaan. Ya, reaksi dia masih sama manakala Zarief dan Farith kelihatan lebih tenang. Mungkin mereka 100% yakin dengan jawapan masing-masing.

Well, both of them such a brilliant stuff.

Masa berlalu dengan pantas dan peperiksaan tamat begitu sahaja. Dewan kekal sunyi sehinggalah lembaga pengawas membenarkan mereka untuk keluar daripada dewan. Huru-hara dengan sembang-borak pacak calon SPM.

"wehh sempat jawab tak?" soal Naufal teruja.

"sempat jaa" seperti selalu Zarief hanya dengan riak selambanya. Farith juga begitu apabila ditanya. Hanya Hadiey yang hampir diserang sakit jantung apabila siap menjawab tiga puluh saat sebelum lembaga pengawas mula mengutip kertas peperiksaan.

"yeah, merdeka sia"

Serentak mereka bertiga memandang Naufal. Terpancar cahaya kegembiraan di wajah masing-masing. Hilanglah beban yang menggunung di bahu.

S K I P

Seminggu selepas peperiksaan SPM tamat, Naufal mendapat idea bernas. Bernas yang amat.

We need to rest our mind after these exam.

Dia tersengih memandang telefon. Dah macam orang gila. Nombor Hadiey dihubungi tanpa teragak-agak.

"wehh, nak join aku Sabtu ni?"

"Waalaikumsalam. Untuk apa?"

Naufal merenung skrin telefon. Budak nilah kan. Main perli-perli pula aku.

"Assalammualaikum. Haha. Lupa pula nak bagi salam"

"Waalaikumsalam. Salam jangan lupa bro. Tapi untuk apa join kau Sabtu ni? Nak buat apa?"

"Yelaa. Haa itu, kau tak akan teragak-agak nak jawab. Aku ada idea bernas. Apa kata kita buat party Sabtu ni"

"urm, aku tanya Zarief dulu"

"Okay"

Tak berapa lama kemudian, Hadiey kembali online. Kali ini dia menghantar mesej.

HADIEY SEWEL
Cun, Zarief bagi green light 😌 see you this Saturday bro.

Naufal hanya seen. Ya, jumpa kau Sabtu ni Diey. Tak sabar pula. Disebabkan dia rasa party ni tak seronok tanpa ramai orang, dia menjemput semua pelajar sekolah Victoria Daxwell.

Seperti yang dijangka.

Jawapan "yes, of course, I will" dihantar kembali kepadanya. Naufal tersenyum gembira.

"siapa lagi eh?"

"ahaa"

Maira

Assalammualaikum!
8.30 malam

Waalaikummussalam. Ye ada apa bang? 8.30 malam

Hurmm, abang nak jemput Maira ke parti abang. Sudi tak?
8.31 malam

Parti? Tak takut ke kalau orang fikir Maira ni kalut? Jatuh imej abang nantikan.
8.35 malam

Apa yang kalutnya. Just ignore them and yea, you pretty in your own way.
8.38 malam

Typing...

Hrmm okaylah.
8.40 malam

Ok, cun! Jumpa nanti.
8.41 malam

Assalammualaikum, dear.
8.41 malam

Waalaikummussalam my cutie apple pie. Hahaha.
8.43 malam

Naufal tertawa kecil.

Malam itu, Naufal terlelap awal. Excited punya pasal dia tidur sambil mengukir senyuman panjang lebar yang tidak bisa diruntuhkan.

TBC

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now