DUA EMPAT
• BEBASKAN AKU! •Angin bertiup lembut di pagi hari itu. Emily pula hanya duduk diam di tepi kerana tidak mahu menganggu drama pagi yang sedang berlangsung secara live.
"Abang, Maira.. Maira minta maaf"
Naufal tersentak. Langkahnya terhenti seraya jantung berdegup kencang. Naufal menoleh ke arah Maira yang mulai menunduk ke lantai. Bersalah yang amat lagaknya.
"Kenapa pulak Maira nak minta maaf. Sepatutnya abang yang kena minta maaf sebab rahsiakan semua ni daripada Maira"
"Tak bang.. Ni salah Maira"
"Tak.. Bukan salah Maira. Ini semua salah abang. Janganlah macam ni" Naufal mendekati Maira yang masih menunduk ke lantai.
Emily menekup telinga dengan bantal. Ya Allah, gelinya aku tengok drama pagi ni. Tadi bukan main 'go away' dia tu. Lastly end up dengan 'abang Maira minta maaf'.
Jadahnya drama Melayu.
"Maafkan abang sebab rahsiakan semua ni daripada Maira. Abang janji abang tak akan buat lagi dah" Naufal memerhati wajah Maira. Serabai sungguh.
"Tapi abang kena janji dengan Maira satu perkara" kata Maira sambil mengelap hingus yang terkeluar ketika berdrama tadi. Jatuh saham.
"Apa dia?" Naufal sengih.
"Jauhkan diri daripada kongsi gelap"
Kata-kata Maira jelas membolak-balikkan hatinya. Air muka Naufal berubah 360° dalam sekelip mata. Keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengangguk setuju. Maira tersenyum lega.
Mampukah aku melawan kehendak Tiger?
S K I P
Naufal duduk melutut di hadapan Tiger. Kedua-dua belah kakinya mencecah lantai dan maruahnya ditundukkan. Kalau tak disebabkan Maira, mungkin selama-lamanya dia akan berada di bawah pengaruh kongsi gelap.
Rata-rata daripada anak buah Tiger memandangnya namun tatapan mereka itu langsung tidak menjejaskan Naufal. Lantaklah kau nak tengok dua hari dua malam pun aku tak kisah. Akukan handsome?
"Apa kau buat ni?" Fang menyentuh bahu Naufal.
Laju sahaja Naufal menepis tangan Fang daripada menyentuhnya. Tiger yang berada di hadapan hanya memerhati sinis.
"Jangan halang aku. Aku nak bebaskan diri daripada semua ni"
Keluhan berat dilepas seketika sebelum mata menatap wajah Tiger. Dengan segala keberanian yang ada, Naufal menyatakan hasrat hatinya.
"Tiger, aku nak bebas"
"Apa maksud kau?"
"Aku nak bebas daripada sini. Aku tak nak buat apa yang kau suruh. Aku budak lepasan SPM dan tak patut terjebak dalam semua ni. Please, Tiger. I'm begging you"
Tiger ketawa sinis. Telinga bagaikan pekak secara tiba-tiba. Tidak pernah-pernah Naufal mengatakan hasrat sebegitu sepanjang tempoh dia membesarkan jejaka itu.
YOU ARE READING
Gangster Ke Cute ✓
Teen Fiction[Gangster Ke Cute?] Dia mungkin tidak seindah putera lain dalam pelbagai cerita novel. Mempunyai kisah silam yang tersendiri dan adakalanya sukar untuk difahami. Muhd Naufal Iskandar, seorang anak yatim piatu yang diambil menjadi anak angkat oleh s...