BAB 19

4.4K 345 5
                                    

SEMBILAN BELAS
BERCUTI

Cuti sekolah kini bermula. Maira mereput di dalam rumahnya. Kebosanan melanda diri. Syahira dan keluarganya pergi melancong ke Pulau Langkawi. Bestnya! 

Nak pergi mana- mana pun susah. Papa bukannya boleh hantarkan. Silap hari bulan ada yang kena sepak. Nak pergi dengan adik beradik, sorang pun ta wujud.

Hidup memang bosan.

Sedang asyik menonton drama, tiba- tiba telefonnya berdering. Ada notifications masuk jawabnya.

Ting!

Maira mengambil telefonnya yang berada di tepi sofa. Dilihat siapakah gerangan yang menghantar mesej kepadanya pada waktu begini.

Tertera nama Naufal di skrin telefon itu. Maira melihat mesej yang disampaikan kepadanya.

Naufal
Assalammualaikum Maira.
8.00 pagi

Waalaikummussalam. Ye ada apa?
8.01 pagi

Abang nak tanya, cuti ni ada pergi mana- mana tak?
8.05 pagi

Tak ada. Kenapa?
8.05 pagi

Ermm tak ada apa.
8.06 pagi

Kalau free, Maira nak tak ikut abang pergi bercuti? Jangan risau, abang bawak adik abang sekali.
8.07 pagi

No problemlah bang. Okeylah bye. Nak tengok drama. Assalammualaikum.
8.10 pagi

Bye sweetheart. Waalaikummussalam. 💖
8.10 pagi

💓💞💕💖
8.10 pagi

Aplikasi Whatsapp ditutup. Tanpa disedari Maira tersenyum keseorangan. Kini, melayan kembali drama yang tertangguh. Senyum sampai ke telingalah jawabnya bila ada orang ajak pergi bercuti sama.

Dalam masa yang sama, Naufal tersengih- sengih apabila mendapati rancangan percutiannya berjalan lancar. Senang pula si Maira itu memberi kata sepakat.

NAUFAL POV

Aku tersengih gembira apabila Maira setuju untuk bercuti bersama denganku. Entah apa yang best dekat Pulau Langkawi tu. Hoho. Pi jelaa.

Aku mula menelefon seorang demi seorang rakan rakanku. Aku mengajak mereka untuk bercuti bersama. Alhamdulillah mereka semua memberikan kata putus yang cukup membuatkan aku tersenyum lebar. Cuti bersama rakan dan girlfriend cukup membuatkan aku bahagia.

Sakai jer kau ni Naufal.

Dari tadi aku diperhatikan oleh seseorang. Mata seorang gadis muda yang sering membuat aku naik menyampah.

"Emily! Do you heard about everything? Including this smile?" Naufal memarahi gadis bertubuh genit itu. Rambut perang ikal gadis itu membuatkannya serabut. Diingatkan yang memerhati itu 'makhluk allah'.

"with who do you talk about ??" Emily mula mengorek rahsia abangnya itu. Dari tadi asyik tersengih sengih bagai orang gila. Normal lah kalau Emily menganggapnya sebagai orang kurang waras.

"my girlfriend and boyfriends" jujur sahaja Naufal menjawab persoalan adiknya itu. Wajah polos Emily menjadi tatapannya. Adiknya sekarang sudah besar. Pertama kali mereka bertemu ketika Emily baru dilahirkan. Naufal yang ketika itu berumur 5  tahun mendukung adiknya itu. Dahi Emily dikucup lembut sebelum dia berbicara.

"Mum, ni ciapa?" lidah pendeknya menyukarkan diri untuk berkata dengan jelas. Naufal mempamerkan reaksi anehnya.

Kehadiran Emily menjadi tanda tanya. Yang lebih menghairankan, mamanya menangis tidak berhenti. Peluh memenuhi ruangan dahi.

"Ini adik kamu, Emily. Kamu kena jaga dia, kamu kan lelaki?"

Naufal senyum gembira. Akhirnya dia merasa untuk hidup berdua. Berkongsi ibu bapa yang sama dengan insan yang baru melihat dunia.

"Biarlah tak ada pertalian darah. Asalkan kita semua saling menjaga antara satu sama lain. Boleh janji tu Naufal?"

Walaupun sukar untuk memahami kata-kata mum nya, Naufal mengangguk.

Emily yang berada di muka pintu ditenung lama. Sekarang dia tahu apa maksud mum ketika itu. Meskipun mereka tiada pertalian darah, hubungan kasih sayang itu terus terjalin biarpun masa memisahkan mereka.

"Yelaa tu kawan perempuan. Ingat adik tak tahu ke. Yang abang telefon tu, pujaan hati abang?" Emily mengusik Naufal yang sudah tertunduk malu.

"Hurm, yela dik. Dah habis packing ke belum?" tangan sibuk mengemas barangan yang perlu dibawa bersama nanti. Mulut pula daripada tadi membebel.

"Dah," jawab Emily selamba. Budak ni kalau bab bercuti nombor satu.

"Bersemangat gila kemas awal-awal. Setakat Langkawi, bukannya best pun. Kalau pergi London or Paris tu best la jugak"

Naufal membebel detected.

Emily memekakkan telinganya. Malas nak dengar burung abang tua ni membebel. Bising saja kerja.

Membebel dah dia ni. Lebih baik aku pergi sebelum bertambah-tambah dia punya hujah. Emily mengundur beberapa langkah secara perlahan supaya Naufal tidak menyedarinya namun gagal.

"Nak pergi tu, pergi sajalah. Tak  perlu terjongket-jongket. Macam pencuri saja  abang tengok" Naufal smirk.

Emily sengih.

Kantoi pula dah.

××××××

B E R S A M B U N G

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now