SEBELAS
• CEMBURU •Tanpa melengahkan masa, pintu dibuka dan kaki melangkah keluar daripada kereta. Cermin hadapan kereta direnung lama sebelum amukannya meletus.
"siapa buat?"
Okay, tenang Zarief. Tenang.
Para peminat saling berpandangan sebelum salah seorang daripada mereka menunduh pelajar perempuan bercermin mata yang nampak agak pendiam.
"Dia buat bang. Saya nampak di yang baling telur tu" kata Jamilah seorang pelajar tingkatan tiga yang baru sahaja berjinak-jinak dalam alam baru ; pusat sumber.
Zarief cuba untuk bertenang.
Wajah muram gadis itu dipandangnya lama. Dia mula rasa tak selesa apabila Zarief merenungnya. Yang pasti hot stuff sekolah tu sedang marah.
"apa jadi ni bang?"
"budak ni haa. Dia yang buat" Zarief memuncungkan bibir ke arah gadis di hadapannya. Maira mengeluh perlahan.
"adik, adik memang ada niat nak baling ke?" soal Maira lemah-lembut. Zarief menjeling sambil berpeluk tubuh. Itu hanya menambah kegusaran di hati gadis itu.
"urm.. Saya--"
"Kalau dah bersalah tu, salah jelaa. Tak perlu beralasan bagai. Menyampah" sindir Zarief.
Wajah si gadis bertudung labuh itu semakin menunduk dan Maira sedari air mata mengalir deras. Dia faham perasaan gadis itu kerana dia juga sudah melalui semua perkara tu. Ketika Naufal menuduhnya memulakan pergaduhan bersama junior, dia hanya mampu bersabar.
"Haish, maafkan jelaa dia bang"
Zarief mengeluh.
"dengar sini budak. Sekali lagi kau buat macam tu lagi, aku akan pastikan kau tak kekal lama dalam sekolah ni" Zarief masuk semula ke dalam kereta. Maira bersimpati dengan nasib gadis yang muda setahun daripadanya itu.
Zarief meletakkan kereta di parkir sekolah seperti biasa. Kelihatan Hadiey sudah tertidur.
"woii, bangunlah"
"huh? Dah habis drama? Alhamdulillah" Hadiey meraup wajahnya tanda bersyukur.
"lol"
S K I P
Waktu balik semalam...
Kaki dihayun pantas seperti biasa dalam perjalanan ke rumah. Entah mengapa beban di bahu semakin lama semakin berkurangan apabila waktu pulang menjelang.
Naufal membebel di hati, kerja sekolah berlambak pada hari itu.
Tiba-tiba dia ternampak dua orang wanita yang amat disayangi dan dirinduinya keluar daripada sebuah kereta dengan senyuman terukir di bibir. Naufal jadi tidak keruan apabila melihat ibu dan adik perempuannya yang sudah lama menginap di luar negara.
Naufal merangkul tubuh genit Emily seperti yang dilakukannya sewaktu kecil-kecil dahulu. Rindunya pada hang. Getus hati Naufal sewaktu melihat perubahan ketara Emily. Nampaknya Emily semakin cantik dan wajahnya juga tampak lebih matang daripada sebelum ini.
"mum, sis... Bila balik? Kenapa tak cakap pun dengan Naufal?" soalnya seolah-olah merajuk.
"Dah nama pun surprise. Mana boleh bagitahu" Emily ketawa sementara mamanya hanya senyum.
××××××
"Sayang, nak makan apa?"
Bergetar tulang rusuk Maira apabila Zarief memanggilnya sebegitu. Sudahlah Hadiey ada bersama. Hadiey mempamerkan muka toya.
"urm.. Apa-apa sajalah"
"okay, kejap ehh abang pergi beli"
Maira mengangguk.
"wehh Zarief!"
"apa?" Zarief menoleh.
"Tolonglah belikan untuk aku sekali. Jangan lupa, aku ni kembar kau. Sepatutnya kau sayang aku lebih dari segalanya" Hadiey membuat muka comel.
Kali ini giliran Zarief pula mempamerkan muka toyanya.
"Penumbuk nak?"
Penumbuk diacu. Hadiey berdecit geram. Ceh, minta sayang lebih tapi penumbuk lebih yang dapat. Apa kes ni?
Maira tergelak kecil sebelum Farith tiba dengan sapaan bahasa Koreanya. Tak pernah jemu menonton drama Korea yang bertaraf antarabangsa bagi Farith.
"Annyeonghaseyo"
"annyeong"
Hadiey berkerut dahi. Macam manalah manusia-manusia ni boleh berkomunikasi dalam bahasa Alien? Monolognya di dalam hati.
"ani make sayo?"
"bana mu"
"Dahtu?"
"annyeonghaseyo"
"Ouhh, kawe tok make sayo"
Farith mencerlung ke arah Hadiey. Aku bunuh juga budak ni kan.
"bongok"
Mereka bertiga tergelak besar apabila satu perkataan dikeluarkan dari mulut Farith. Bekeng abe ni pon..
"makanan dah sampai. Untuk sayang" Zarief meletakkan sepinggan nasi ayam di hadapan Maira sebelum gadis itu mengangguk kekok.
"wuu.. Sayang"
"tah Farith. Daripada tadi dok bersayang-sayang. Menyampah aku dengar" Hadiey meluahkan rasa tak puas hatinya.
Farith memahami.
"alahh tahulah korang jealous"
"tak hingin aku" jawab Farith dan Hadiey serentak. Mereka semua tergelak lagi.
Daripada jauh mereka diperhatikan seseorang. Seseorang yang dihuni rasa cemburu yang amat.
"kenapa?"
"mereka bahagia tanpa aku.."
×××××××
TBC
YOU ARE READING
Gangster Ke Cute ✓
Teen Fiction[Gangster Ke Cute?] Dia mungkin tidak seindah putera lain dalam pelbagai cerita novel. Mempunyai kisah silam yang tersendiri dan adakalanya sukar untuk difahami. Muhd Naufal Iskandar, seorang anak yatim piatu yang diambil menjadi anak angkat oleh s...