DUA TUJUH
• JUMPA LAGI •Kring!
Bunyi loceng bergema di seluruh pelosok sekolah. Buku-buku dan barang-barangan yang berselerak di atas meja pantas disusun rapi sebelum dimasukkan ke dalam beg. Botol air kaca berwarna merah itu disambar sebelum mereka melangkah keluar dari kelas.
MAIRA POV
Melihatkan Syahira yang berjalan lenggang kangkung itu, aku terus mengambil tindakan tepat dengan menarik lengannya. Walaupun dia marah-marah dengan aku sekarang, aku pasti dia akan berterima kasih juga nanti.
"Fuhh, nasib baik barisan tak panjang. Kalau tak lenguh kaki nak beratur sepanjang jalan" bisik Syahira di cuping telingaku. Aku senyum.
"Itulah faedah datang ke kantin awal. Tak perlu beratur panjang-panjang semata-mata mahu membeli makanan." Syahira hanya mengangguk mendengar kata-kataku.
Lama kelamaan, barisan semakin panjang. Aku memerhati seorang pelajar lelaki di hadapan. Disebabkan berlainan jantina, aku menjarakkan jarak di antara kami. Tiba-tiba, seseorang datang memotong barisan aku dalam sekelip mata.
Apa lagi? Terus mengamuklah aku di situ juga. Bahu pelajar lelaki yang memotong barisan itu ditolak kasar olehku. Terkejut dia dengan perlakuanku itu.
"Kau dah tak reti nak sabar ke? Kau boleh je beratur kan? Bukannya patah kaki pun!" kata-kataku terbukti mengundang rasa malu pada diri pelajar itu.
Dia bertindak mempertahankan diri sendiri. Kecoh suasana kantin apabila pergaduhan kami didengari oleh pelajar-pelajar lain.
"Kau senior tak akanlah tak mahu mengalah? Sepatutnya yang tualah mengalah."
Aku berdecit geram. Sekarang baru nak guna pangkat senior junior bagai. Kalau dah tahu aku ni senior, dah tak tahu nak hormat ke? Fikir aku ni berdiri sini untuk jadi pameran saja ke?
"Kau nak mati ke?"
"Woii Maira.. Rilekslah." Suasana agak tegang di situ. Dengan Syahira yang daripada tadi hanya tahu menyuruh aku untuk bertenang, memang serabut kepala. Sel-sel darah terasa seperti menyerbu muka. Mukanya yang putih sudah bertukar kemerahan-merahan akibat bengang.
"Ada apa bising-bising ni?" satu suara menyapa kami. Aku terdiam. Bukan kerana aku takut tetapi kerana aku tahu siapakah gerangan itu.
Zachary.
S K I P
Zachary mengambil tempat di hadapanku. Syahira pula berada jauh daripada kami. Enak sungguh dia menikmati makanan sementara kami disini mengadakan sesi kaunseling. Yang pelik, mengapa bukan guru disiplin yang nasihat dan bukannya pengawas poyo seperti dia?
Sesekali jariku bermain-main di meja. Jari telunjukku melukis bentuk bulatan berulang kali. Walaupun sudah selalu bergaduh dengan Zachary, aku tetap rasa gementar. Kalau Naufal membuatkan hati aku berdebar-debar kerana cinta, dia membuatkan hati aku berdebar-debar kerana menyampah. Andai dia sebuah beg tinju, bukan sahaja akan aku tumbuk bahkan tendangan padu juga dihidang.
Dialah pengawas paling poyo di dalam sekolah ni. Organisasi pengawas memang huru-hara dengan adanya dia sebagai ketua pengawas.
"Umur kau berapa?"
"Kau ni bodoh ke buat-buat bodoh? Dah terang lagi bersuluh aku sama umur dengan kau. Itu pun nak tanya lagi" kataku, menghamburkan segala kegeraman yang bertakhta di hati.
"Kau tahu pun. Tapi kenapa perangai kau tak berfikir secara rasional dulu? Kau dah besar. Tak akan aku nak kena cakap lagi. Pasal beli makanan pun nak bergaduh. Tak matang betul!" kali ini aku pula yang terkena.
YOU ARE READING
Gangster Ke Cute ✓
Teen Fiction[Gangster Ke Cute?] Dia mungkin tidak seindah putera lain dalam pelbagai cerita novel. Mempunyai kisah silam yang tersendiri dan adakalanya sukar untuk difahami. Muhd Naufal Iskandar, seorang anak yatim piatu yang diambil menjadi anak angkat oleh s...