BAB 25

4.1K 323 14
                                    

DUA LIMA
TIGER TUMPAS

Hadiey, Zarief dan Farith terbeliak mata. Mata mereka terbuka pada diamater luas. Farith mencengkam kolar baju doktor itu sekuat hati.

"Doktor kan doktor? Kenapa doktor tak boleh selamatkan dia?" ujar Farith melepaskan kegeramannya.

Kalau mahu diikutkan hati, mahu sahaja dia tumbuk tendang doktor tu. Tiba-tiba dia terlebih beremosi.

Hadiey mengelap air matanya yang kian tumpah menggunakan lengan baju Zarief. Zarief mencerlung ke arah Hadiey. Nasib baik adik. Kalau orang lain dah lama kena penampar.

"Dok.. Betul ke dia dah--" belum sempat Maira menghabiskan kata-katanya doktor itu pantas memintas.

"Kamu semua ni cuba bagi saya cakap sampai habis dulu. Pesakit selamat menjalani pembedahan dan hanya memerlukan rehat yang mencukupi untuk proses penyembuhan. Lain kali dengarlah dulu orang cakap sampai habis. Tak pasal-pasal kolar baju saya yang jadi mangsa" doktor menjeling Farith.

Farith memalingkan wajahnya ke tempat lain. Urm, I feel embarrassed so what?

"Boleh kami melawat?"

"Boleh tapi seorang ja"

Mereka saling berpandangan. Mata Maira tak menentu seolah-olah dia kehilangan hala tentu.

Mereka semua saling mengangguk. "Kau masuklah dulu Maira.. Tak apa, kami faham situasi kau" ujar Hadiey.

"Betul ni?"

Mereka semua mengangguk.

"Cukuplah kami tahu yang dia selamat" kata Puan Lydia sambil tersenyum.

"thanks guys!"

Tanpa menunggu dengan lebih lama, Maira terus masuk ke dalam bilik di mana Naufal dipindahkan. Tubuh jejaka itu tak berbaju namun berbalut dengan kain kasa. Kesan darah dapat dilihat dengan jelas.

Maira duduk di sebelah Naufal.

Hatinya sayu apabila melihat Naufal masih terlantar di atas katil. Bangunlah abang, I miss your voice, I miss your cheerful face, I miss all about you.

Air matanya jatuh menitik di atas tangan Naufal. Hampanya dia melihat Naufal dalam keadaan sebegini. Rasa bersalahnya semakin membuak-buak menerpa diri.

Titisan permata yang jatuh membasahi tangan Naufal seolah-olah memberi kesan mendalam kepada jejaka itu. Perlahan-lahan jari jemari Naufal bergerak-gerak.

Maira tersentak. Dia segera bangkit untuk memanggil doktor namun seseorang lebih pantas menangkap pergelangan tangannya.

Maira menoleh. Mata Naufal terbuka. Mulut terbuka seolah-olah mahu mengatakan sesuatu.

"Stay"

Hanya itu yang didengarinya. Maira senyum. Tangan Naufal diraihnya.

"Okay. Don't ever sick again. I'm sick looking at you try to hold on the pain"

Naufal senyum. Wajahnya pucat. Disebabkan tembakan Tiger, dia kehilangan banyak darah.

S K I P

Naufal menarik hujung baju Maira seperti anak-anak kecil. Maira pantas menoleh.

"Ya?"

Naufal tak kata apa. Yang Maira nampak Naufal hanya menggosok perutnya tanda lapar. Maira tersenyum.

"Lapar eh?"

Laju sahaja Naufal mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Nanti Maira pergi beli"

Gangster Ke Cute ✓Where stories live. Discover now