Part 15

110 8 0
                                    

Mereka berkumpul dihadapan pagar sekolah. "So? semua dah ada kan??" tanya Sao. "Yupp..." jawab mereka yang lain. "Jom..." katanya lalu masuk kedalam kawasan sekolah. Mereka berkumpul dikantin. "Kita akan berpecah dan cari sebanyak mana maklumat pasal Niel or Chess tu.... and kita akan berkumpul sebelum hari gelap.." kata Kaito. Mereka semua hanya mengangguk. "Kita akan mulakan carian dari sekarang..." kata Shuji.

Mereka mula berpecah dan mencari bukti diserata sekolah. "Kaito....... kau rase Sora hilang sebab chess tu ker??" tanya Sao sambil berjalan di taman sekolah. Kaito memandang Sao. "Aku pun tak tahu...... lagipun kita tak ada bukti" kata Kaito. Sao hanya diam. "Aku rase bersalah" kata Sao. "Kenapa pula?" tanya Kaito pelik. "Sebab sebelum Sora hilang kitorang ada bergaduh....." kata Sao lagi.

Kaito hanya mengeluh. "Sora hilang bukan sebab kau..... berhenti salahkan diri kau" kata Kaito lalu memegang bahu Sao. Sao hanya mampu diam. Mereka mencari bukti diserata tempat. Tetapi tiada apa yang dijumpai. Mereka mula berkumpul di kantin.

"Arghh!!!! tak ada apa punn" keluh Io. "Kitorang dah cari kat sume tempat... tapi tak ada" kata Shuji pula. Mitsu memandang kearah jam tangannya. "Weh.... dah pukul Enam lah..... aku kene balik" katanya. "Eh??!! dah pukul enam ker???" kata Shin terkejut. Mereka bersetuju untuk pulang.

Apabila mereka ingin pergi Shin teringat akan sesuatu. "Ah! aku tertinggal something dekat perpustakaan..." katanya. "Seriously???" kata Sao. "Sorry.... korang baliklah dulu...." kata Shin lalu berlari kearah perpustakaan. "Haih~ Shin.... tunggu aku..." kata Sao lalu berlari mengikut Shin. Kaito dan Shuji hanya mampu mengeluh tetapi masih mengikut Shin dan Sao.

Apabila tiba dihadapan pintu perpustakaan Shin hanya diam. Dia hanya berdiri disitu. Sao memandang Shin pelik. "Yow... kau kenapa??" tanya Sao. Shin memandang Sao. Dia menangis. "Shin?! kau okey tak nie??" tanya Sao dengan cemas. Shin hanya diam. Dia mengelengkan kepalanya. "Aku just rasa bersalah....." katanya. Sao berasa pelik. "Bersalah? maksud kau??" tanya Sao. "Kita tak dapat apa-apa bukti pun..... lepas tu kita balik macam tak ada apa jadi" kata Shin lagi.

Sao mengeluh. "Yeah..... aku pun rasa bersalah..... tapi kita dah cari kat semua tempat kan??" kata Sao. Dia memegang bahu Shin. "Janganlah risau..... kita mesti dapat cari petunjuk untuk selesaikan kes nie..." katanya lagi sambik tersenyum. Shin membalas senyuman Sao. "Okey...." kata Shin. Apabila mereka ingin meninggalkan perpustakaan tiba-tiba mereka terdengar bunyi dari dalam perpustakaan.

Sao dan Shin memandang sesama sendiri. "Apa tu?" tanya Shin. Sao hanya diam lalu membuka pintu hadapan perpustakaan itu. Mereka berdua masuk kedalam. Kelihatan beberapa buah buku berterabur diatas lantai. Mereka berdua menghembus nafas lega.

"Buku rupanya...." kata Sao sambil menggosok mukanya. Mereka mengemas kembali buku yang berada dilantai itu. Apabila selesai mereka terdengar bunyi bising dari arah bilik APD. "Haih~ kali nie apa pulak.." rungut Shin. Mereka menuju kearah bilik itu.

Apabila tiba mereka terlihat tv didalam bilik itu terbuka. "Eh? apahal tv nie terbukak??" tanya Shin lalu mendekati tv itu. Dia ingin menutupnya tetapi secara tiba-tiba tv itu mengeluarkan sesuatu bunyi yang pelik. Shin segera menjauhkan dirinya dari tv tersebut.

Dia memandang Sao yang diam. Mereka melihat tv tersebut. Lama-kelamaan dari kaca tv itu kelihat seorang gadis. Dia terikat kerusi dan tidak sedarkan diri. Mereka berasa pelik. "Drama apa pulak nie??? Siapa yang main dalam bilik nie??" kata Shin lalu menuju kearah tv itu semula tetapi dihalang oleh Sao.

Shin berasa pelik. "Kau cuba tengok perempuan tu betul-betul...." kata Sao. Dengan perasaan yang pelik Shin memerhatikan gadis yang diikat itu. Dia terkejut apabila mendapati gadis itu adalah salah seorang dari kawan baik mereka. "Sora!!" jerit Shin. Dia terkejut melihat keadaan Sora.

Badannya penuh dengan luka yang berdarah. Dia juga tidak sedarkan diri. "Sora dh kene culik.... kita kene lapor kat polis..." kata Shin cemas. Dia ingin keluar dari perpustakaan. "Tunggu!" kata Sao sambil memegang tangan Shin. Shin menoleh. "Sa-o......... Shi-n...... Ha-hati..... Ha-ti....." kata Sora dari dalam tv itu. "Pem-bu-bunuh tu...... D-dia.... di-a....." sewaktu Sora ingin menghabiskan ayatnya kelihatan kelibat seseorang dibelakangnya."Sora!!" jerit Sao dan Shin serentak.



********************************************************

Bloody ChessWhere stories live. Discover now