Part 9

281 24 0
                                    




Ari dan Sao terus memandang kearah belakang apabila nama Mitsu disebut.
Mereka berdua ternampak Io dan Kaito dibelakang mereka.
"Apa korang buat dekat sini?"
tanya Sao."Mak ayah korang telefon kitorang....katanya korang tak balik dari petang tadi....so diorang risau"kata Kaito.

"Dah malam ker?" tanya Sao. "Yelah...kau fikir apa?" kata Mitsu."Huh....buat terkejut aku aja" kata Ari sambil menghembuskan nafas lega.
"Betul tu....aku ingat siapa lah yang tarik tadi"kata Ai pula.
Mereka terus pergi ke kaunter dimana Shin,Sora dan Ad ditinggalkan.

Apabila tiba dikaunter,Ai,Ari dan Sao ternampak Shuji."Eh?
Shuji pun datang?"kata Sao.
"Yo.."kata Shuji sambil membuat peace."asal korang tak balik lagi?"tanya Mitsu.
Ad,Ai,Ari,Sao,Shin dan Sora menunduk kan kepala mereka."Dah kenapa pulak nie?"tanya Kaito."Jangan cakap korang lari rumah" kata Io pula.

"Jangan nak mengarut lah.."marah Ari."Kitorang ada kerje sikit...tu je"jawab Sora perlahan."heh?kerja ape?.... dah jangan nak mengarut jom balik"kata Shuji.Mereka hanya diam dan tidak bergerak walaupun seinci.

"Woi!..cepat lah.."marah Kaito "Korang balik lah....kitorang ada benda yang perlu diselesaikan"kata Shin pula.
"Apahal korang nie sebenarnya?"tanya Mitsu pelik."mana ada ape ape" kata Ai sambil memandang ketempat lain."Kitorang tak akan balik selagi kau tak bagi tahu ape jadi"kata Io serious.
"Kau pernah dengar cerita tentang Bloody Chess tak ?" Tanya Ad.Mitsu,Kaito,Io dan shuji hanya mengangguk tanda 'Ya'."Kitorang main permainan tu"kata Ad lagi.
Mereka berempat terkejut.
"Korang biar betul?"tanya Shuji terkejut.Shin hanya mengangguk lemah.
Mitsu,Kaito,Io dan Shuji mengeluh.

"Korang nie memang tak pernah berubah lah...." kata Mitsu sambil menggaru kepalanya."So??....apa korang nak buat sekarang?"tanya Kaito."Kitorang nak selesaikan kes ni"kata Ai sambil memandang muka Mitsu.

"Nie bukan benda main main lah"kata Io risau."Alah....dulu kita selalu berangan nak jadi detective kan."kata Ari sambil ketawa."I....itu dulu" kata Io malu. "Ha'ah....sekarang tak payah lah kita nak berangan lagi...."kata Sora pula.

"Yelah.....yelah...habis tu apa plan korang sekarang?........ Maksud aku korang nak mula dari mana?"tanya Kaito . "Heh? korang tak nak balik ker?" Tanya Shin pula."Balik?? Lepas tu bagi korang je seronok??aku tak rase macam tu"kata Mitsu  bersemangat.

Ad,Ai,Ari,Sao,Shin dan Sora memandang sesama sendiri lalu tergelak."Okey kalau macam tu kita mula dari......."mereka semua berbincang.Masa terus berlalu.Setelah habis berbincang mereka berpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan satu:Ai,Ad,Kaito, Mitsu dan Sao.Manakala kumpulan dua:Ari,Io,Shin, Sora dan Shuji.Mereka mula pergi ketempat yang berkemungkinan berkait dengan Niel.

"Kumpulan aku akan cari dekat kelas dengan stor tempat kita jumpa meja Niel" kata Sora."Kalau macam tu kitorang cuba tengok dekat perpustakaan kalau ada pertunjuk yang masih tertinggal"kata Shin.Mereka mula berpecah.

(Kumpulan Satu)

Dalam perjalanan ke kelas lama Niel.Ai,Ad, Mitsu dan Sora hanya diam."Korang rase ade lagi ker pertunjuk nya....dah hampir 14 tahun kot kes nie" kata Sao memula kan Topik. "Entah ..... aku pun tak tahu....tapi mungkin ada..
Macam majalah dalam kelas ker??...atau ape-ape barang lama yang kemungkinan ada kaitan dengan Niel"terang Ai.
Mereka kembali senyap.

Apabila tiba dikelas lama Niel mereka terus mencari apa-apa barang yang lama atau berkaitan dengan Niel. "Tak ada apa-apa pun"keluh Kaito.
"Mungkin sebab dah lama.... jadi petunjuk nya dah hilang" kata Ad."Mungkin juga....tak apa aku cuba telefon Shuji... mana tahu diorang jumpa sesuatu."kata Mitsu lalu mengeluarkan telefon bimbit nya.

(Kumpulan dua)

Ari,Io,Shin,Sora dan Shuji mula mencari diseluruh pelosok perpustakaan.Selepas seminit berlalu."Tak ada apa-apa lah...."keluh Sora.Mereka semua hanya diam."Apa kata kita cuba cari dekat bilik kawalan cctv?"cadang Shin.
"Bilik ape??"tanya Shuji kurang faham."Bilik cctv.."kata Ari."Dekat mana bilik tu?"tanya Io."Tu"kata Shin sambil menunjuk kearah belakang.Shuji dan Io menjenguk kebelakang.

"Tu bukan stor ker??"tanya Io pelik."Ha'ah....aku ingat tu stor"balas Shuji."Bukan lah" kata Sora."Ouhhhh......"kata Io dan Shuji serentak."Jom lah masuk"kata Ari."Tunggu..." kata Shuji."Huh??kau dah kanapa?"tanya Shin."Biar kitorang yang masuk"kata Shuji lagi."Biar lah kitorang ikut sekali..."kata Shin."Tak apa biar lelaki yang masuk" lagak Io."Hmm....pergi lah" kata Ari selamba.

Io dan Shuji masuk kedalam bilik itu.Tiba-tiba mereka berdua menjerit.Ari,Shin dan Sora terkejut lalu berlari masuk kedalam bilik itu. "Korang okey tak?"tanya Shin risau.Apabila Mereka masuk Io dan Shuji telah hilang. "Eh? mana diorang pergi?"tanya Sora pula."Tak kan lah"kata Ari risau.Shin terlihat terdapat bayang bayang hitam dibelakang nya.Dia mula memberitahu kepada Ari dan Sora.Mereka berdua bertekat untuk menoleh kebelakang."Dalam kiraan tiga.Satu.....dua.....tiga!!" Mereka menoleh.

Bloody ChessWhere stories live. Discover now