Part 23

157 19 2
                                    

Lima Tahun Kemudian~

Seorang gadis berambut hitam pendek memandang kearah luar tingkap hospital. Dia termenung memikirkan masa silam. Dia hanya mampu tersenyum lemah. Dia memalingkan wajahnya untuk melihat seorang lagi gadis berambut hitam panjang sedang terbaring diatas katil hospital. Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Dia mengeluh tetapi tiada bunyi yang keluar. Dia memegang lehernya yang berbalut. Tragedi tentang masa lalu membuatkan dia menggigil ketakutan.

Pintu wad dibuka. Seorang doktor bersama dua orang nurse datang. "Cik Sora... kami datang untuk buat pemeriksaan terhadap Cik Shin.." kata doktor itu. Sora hanya mengangguk. Dia bangun lalu keluar dari wad tersebut. Dia berjalan menuju kearah tandas. Selepas kejadian itu dia tidak lagi dapat bercakap kerana kesan dari tikaman di bahagian lehernya. Dia memandang kearah cermin tandas.

Dia memandang kearah balutan yang membalut bahagian lehernya. Kulitnya yang pucat dan mata yang sembab membuatkan dia kelihatan seperti mayat hidup. Dia membasuh tangannya lalu keluar dari tandas. Dia menuju kearah wad dimana Shin berada. Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Dia memeriksa telefon bimbitnya. Dia mendapat mesej dari salah seorang doktor di hospital gila dimana Sao ditempatkan.

Selepas dari kejadian itu Sao mula menjadi hilang akal. Dia mula bercakap sendirian. Kadangkala dia akan menjerit atau menangis. Dia juga mula phobia apabila orang bertanya kan tentang kejadian itu. Dia juga sentiasa memandang kearah sudut yang gelap. Dia sering katakan  bahawa Ari sedang memerhatikan dia dari situ. Sora tidak mampu berkata apa-apa. Dia juga tidak menyebut tentang chess itu kepada pihak polis kerana dia tahu pihak polis tidak akan mempercayai.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan tentang kes ini. Mereka masih tidak dapat mencari jejak Io dan Ari. Mereka berdua seperti telah hilang dari dunia ini. Pihak polis tidak dapat mengesahkan jika Io telah mati atau masih hidup. Tetapi setelah lima tahun berlalu terdapat suatu persoalan yang masih bermain difikiran Sora sehingga hari ini. Kemanakah Ari pergi bersama Chess tersebut. Selepas dia sedar di hospital dia cuba untuk mencari kotak chess itu. Tetapi ia seperti telah disorokkan oleh seseorang.




Berkemungkinan chess itu telah berpindah ketempat yang lain. Atau lebih tepat bersama Anda~


















Tamat!!!!!!!!!!



********************************************************


Fuh!

penat aq berfikir...... bleh dikatakan bilik aq dh berasap
😂😂😂😂..... Tp x perlh... asalkan cerita nie dh tamat!!!
Yeahhhhhhhhh!!!!!! Finally aq bleh pergi dgn aman
😌😌😌😌😌😌...... Jk

anyway... aq akan berhenti untuk seketika untuk tahun ini.... (atau mungkin tidak) sbb exam nk dkt....
So... aq mungkin ade or x ade cite baru...

Walaupun nie buku pertama aq tp cerita nie lambat habis...... utk reader yg sabar and keep baca cerita nie walaupun lambat update aq nk ucapkan Terima kasih....
Syg korang sume Muahhh ...

Utk kali kedua

Bubbyeeeeeeeeeee

Bloody ChessWhere stories live. Discover now