Part 20

105 9 0
                                    

Shin terkaku. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. "Apa dah jadi dekat kau?" tanya Shin pada Ari. Di bahagian kepalanya terdapat beberapa batang paku yang telah tertusuk. Darah kering masih lagi kelihatan. Dibahagian lengan dan kaki juga. "Kau boleh tanya lagi??!! Kalau korang dah selesaikan kes nie... tak adanya aku jadi macam nie..... Tak ada nya diorang jadi macam tu!!!!" marah Ari.

Dia mencekak kolar baju Shin. "Aku akan buat korang mati bagi pihak aku.." kata Ari lalu melepaskan kolar baju Shin. Dia kemudian keluar dari bilik itu. Shin masih lagi terkejut. Air mata mula mengalir. "Ari masih hidup..... apa yang dah jadi nie??" kata Shin sambil menangis. Dia menoleh kearah Sao dan Sora. 'Kalau korang tahu apa yang jadi nie mesti korang akan rasa bersalah.....' kata hatinya. Shin menundukkan kepalanya.

"Argh..." kedengaran seseorang mengerang kesakitan. Shin menoleh lalu terlihat Sao mula sedarkan diri. "Aduh.... aku dekat mana nie??" tanya Sao. Sao memandang sekelilingnya. Dia ternampak Shin sedang menangis. "Shin?! kau okey tak??!" tanya Sao cemas. Dia cuba untuk bangun tetapi tali yang melilitnya terikat kuat. "Apahal pulak nie?!" marah Sao. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi tidak berjaya.

"Sao..." kata Shin perlahan. Sao yang tadi sibuk untuk melepaskan diri berhenti. Dia memandang Shin pelik. "Kau pernah tak terfikir nak bunuh diri?" tanya Shin lagi. Sao terkejut dengan pertanyaan Shin itu. "Apa yang kau merepek nie??" tanya Sao. Shin menundukkan kepalanya. "Aku rasa bersalah sangat...." kata Shin. Sao hanya diam. Dia faham dengan perasaan Shin. "Yeah..... aku pun.. tapi diorang dah ada kat tempat yang lebih baik sekarang" kata Sao.

Shin hanya ketawa kecil. "Yeah.... diorang kat tempat yang lebih baik sekarang..." katanya lagi. Sao mula berasa pelik. Dia cuba untuk berkata sesuatu tetapi terhenti. Kedengaran pintu bilik itu terbuka. Mereka berdua diam. Kelihatan bayang-bayang yang tinggi masuk. Jantung mereka berdegup laju. Bayang itu menuju kearah Sao dan Shin. Cahaya yang terhad menyukarkan mereka untuk mengecam siapakah bayang itu.

Bayang itu telah berdiri dihadapan mereka. Sao dan Shin menghela nafas lega. "Kau rupanya.... Io" kata Sao. Io hanya tersenyum. Dia terus membuka ikatan tangan Sao dan Shin. Dia pergi kearah Sora lalu melepaskan tali yang mengikatnya. Shin mendokong Sora dibelakangnya. "Kau boleh ker dokong die??"tanya Io bimbang. Shin hanya mengangguk. "Anyway.. Korang okey tak nie??" tanya Io. Sao mengeluh manakala Shin hanya diam.

"Macam mana kau tahu kitorang dekat sini??" tanya Sao pelik. Dia memandang Io. Io hanya diam. "Emm..... sebenarnya aku dah perhatikan korang dari mula lagi..." kata Io sambil menggaru belakang kepalanya. Sao dan Shin terkejut. " Apa maksud kau nie??!!" marah Sao. Dia mencekak kolar baju Io. "Aku perhatikan korang dari Cctv" kata Io lagi. Dia memandang kearah lain. Sao menolak Io jauh darinya. "So.... selama nie kau memang dah tahu siapa pembunuh tu?? ke kau bersubahat dengan die??!" marah Sao. Io hanya diam.

Flashback~

Io dan Mitsu mencari bukti. "Weh.... kau tak penat ker??" tanya Io. Dia terduduk diatas lantai. Peluh membasahi dahinya. Mitsu memandang sahabatnya itu. "Penat lah..... siapa yang tak penat" katanya lalu duduk disebelah Io. "Kalau macam nie lah.... sampai esok pon tak jumpa...." kata Io lagi. "Jangan kata esok.... gamaknya tahun depan pun tak habis..." kata Mitsu pula. Mereka berdua mula ketawa.

"Tak ada cara lain ker??? yang kurang memenatkan?" kata Io. Mitsu diam. Dia memikirkan cara. "Aku ada satu rancangan tau.... tapi takut tak jadi..." kata Mitsu. " Rancangan apa??" tanya Io. "Kau pandai dalam komputer kan??" tanya Mitsu. Io hanya mengangguk. "Apa kata kau heck cctv yang ada kat kawasan sekolah nie..." cadang Mitsu sambil menunjuk kearah cctv yang berada tidak jauh dari mereka.

Io terdiam buat seketika waktu. "Nanti kalau diorang cari kau...... aku cakap lah kita terpisah" kata Mitsu lagi. " Tapi kau nak aku heck dekat mana?? pejabat sekolah kan bertutup" kata Io. " Kau guna komputer dekat bilik lama cctv perpustakaan.." kata Mitsu lagi. Io terdiam. Dia mengangguk anguk dengan cadangan dari Mitsu itu. "Okey gak..." kata Io. "Kalau macam tu kita set ye.... kau pergi tengok" kata Mitsu. Mereka mula berpecah.

Tanpa mereka sedari sebenarnya terdapat seseorang yang sedang dengar perbualan mereka dari tadi. Setibanya Io di perpustakaan dia terus kebilik cctv. Apabila selesai mengheck dia dapat lihat semua benda. "Okey sakarang apa?" tanya Io. Dia ingin menalefon Mitsu tetapi terhentI apabila dia mendapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. "Tengok cctv tempat air (?) ?" baca Io. Dia berasa pelik tetapi masih melihat rakaman cctv dibilik itu.

Dia terkejut apabila terlihat Shuji terkapai-kapai manakala Kaito memandang Shuji dengan muka yang panik. Selang beberapa minit Kaito dibunuh dihadapan Shuji yang telah mati. Io terkedu. Pembunuh itu memandang kearah cctv. Mukanya tidak dapat dilihat. Pembunuh itu tersenyum sinis lalu meninggalkan tempat kejadian. Io tidak dapat berkata apa-apa. Die memandang kearah phonenya.

**********Time Skip**********

Selepas Sao pergi meninggalkan perpustakaan. Io kembali ke bilik cctv. Dia melihat rakaman lain pula. Tiba-tiba telefon dia berbunyi lagi. Dia mendapat mesej dari nombor yang sama. Kali ini dia menyuruhnya melihat rakaman cctv di tempat perhimpunan. Tanpa berfikir panjang dia melihat rakaman itu. Io terkedu. Dia terlampau terkejut sehingga tidak dapat mengerakkan badannya. Dalam rakaman itu dia terlihat Mitsu sedang diseret oleh seseorang. Waktu itu juga kelihatan Sao mendekati tempat kejadian.

Sao terhenti begitu juga dengan pembunuh itu. Sao mula mengundur sedikit demi sedikit. Tetapi akhirnya dia dipukul sehingga tidak sedarkan diri. Pembunuh itu memandang kearah cctv. Dia membuka hood yang menutup wajahnya itu. Dia tersenyum kearah cctv itu lalu mengangkat Sao. Dia pergi meninggalkan tempat itu.

********************************************************

HALOOOOOO!!!!!

Im really sorryyyyyyy....

Dh lama aq x update cite nie.....and aq pon dh terlupa cite nie mcm mana actually.......

Sbb aq dh lama x update ialah.

a) Aq agak busy dgn kelas tambahan sbb dh nk SPM.

b)Mak aq had kn penggunaan telefon aq... yg aq x tau kenapa.... (sejak bile undang2 x benarkan pelajar yg amik SPM main phone!)

c)and yg last is Aq kekeringan idea....

Itu ialah sbb knp aq dh lama x update.... anyway aq akan cuba untuk habiskan cite nie dgn cpt... Sooo.... besabarlh reader sekalian...

BUBBBYYYEEEEEEEE

Bloody ChessWhere stories live. Discover now