Part 22

101 7 1
                                    



Sao berlari dengan pantas meninggalkan Io bersama Ari. Dia munuju kearah padang. Dia tidak dapat berfikir dengan betul. 'Apa yang aku patut buat??' kata hatinya.  Tiba-tiba tanpa dia sedari dia tersadung batu lalu terjatuh. "Aduhh!" erangnya. Dia duduk lalu memegang kepalanya. Dia terlihat sesuatu objek berwarna putih telah terkeluar dari poket bajunya. Dia mendekati objek tersebut lalu diambilnya. "Eh? nie buah chess king... Macam mana benda nie boleh ade dekat aku?" katanya.

Tiba-tiba Sao terdiam. Dia seperti ingat sesuatu. Dia mula terkejut. "Tu tak mungkin...." katanya. Dia bangun lalu memandang kearah buah chess king itu. Dia teringat semula dari mana dia mendapat buah chess itu. "Kalau macam tu... aku kene carik benda tu..." katanya lalu berlari menuju kearah perpustakaan. Setibanya dia disitu dia mendapati perpustakaan terkunci. "Dammit!! Tadi mana ada terkunci!" marahnya lalu menendang pintu itu. Dia mula fikirkan jalan untuk masuk.

Dia memandang sekeliling lalu terlihat tingkap kaca berdekatan pintu. "Itu dia!" katanya lalu mengambil sebiji batu yang terletak berdekatan pasu bunga. "Aku harap nie berbaloi" katanya lagi lalu mencampakkan batu itu. Bunyi kaca pecah dapat didengari. Senyuman mula terukir dibibir Sao. Dia masuk melalui tingkap itu.

Dengan segera dia berlari kearah rak dimana Ari meletakkan Kotak chess itu. Dia mengambil kotak itu lalu dibukanya. Dia mengambil semua buah king chess itu. "Aku harap apa yang aku buat nie betul" katanya. Dia kemudian bangun dan tinggalkan tempat itu. Sao terhenti seketika apabila terdengar bunyi tapak kaki berdekatannya. "Tch... aku kene sembunyi jugak" katanya lagi lalu pergi kearah bertentangan. Dia sedar bahawa dia masih perlu menyembunyikan diri.

Sao terus berlari kearah suatu tempat dimana pekerja disekolah selalu membakar sampah. Tanpa membuang masa dia menghidupkan api. Apabila api mula marak dia mencampakkan buah chess king itu kedalam api. Dia memandang buah chess itu mula terbakar. "Untuk menghentikan kematian rakyat... Raja yang tidak berguna perlu dihapuskan.." katanya dengan nada yang serious.

Sao mula tersenyum. "Aku dah tamatkan sumpahan... Kitorang dah bebas!!" katanya sambil ketawa. Sao menoleh lalu terlihat Ari sedang berdiri sambil memegang sebilah pisau yang berdarah. Dia memandang Sao dengan pandangan sedih. "Ari.... aku dah tamatkan sumpahan.... kita dah bebas..." kata Sao sambil tersenyum. Dia ingin  mendekati Ari tetapi terhalang apabila Ari mengundurkan dirinya. Riak wajah Ari berubah dengan serta merta.

"Game over" kata Ari dengan senyuman yang besar. Wajah Sao yang tadi tersenyum mula berubah. Dia memandang Ari dengan penuh tanda tanya. "Malangnya.... kau tak hapuskan 'JANTUNG' yang terakhir" kata Ari lagi. Sao terkedu. "Itu tak mungkin..... tapi chess tu cuma ade tiga.." Sao mula terdiam. Dia teringat kembali tentang masa lampau Niel.

Flashback~

Niel membuka kotak yang diberi oleh Kyo."Chess?"katanya.  pelik.Dia terus membuka kotak chess itu."hmm?? Chess nie ade empat set.....tapi aku mana pandai main"keluh Niel.Tetapi dia amat gembira dengan hadiah yang kyo berikan padanya.

End Flashback~

Sao terduduk. "Jadi apa yang aku buat nie sia-sia jer lah?" katanya. Air mata mula turun. Ari hanya diam. Tiba-tiba kedengaran siren polis dari jauh. Sao mendongakkan kepalanya. Dia terkejut. Ari hanya tersenyum memandangnya. "Aku tak akan bunuh kau sebab kau adalah pemenang pemainan chess nie.... Jadi hargai lah kehidupan kau" kata Ari lalu pergi meninggalkan Sao yang masih dalam keadaan terkejut. "Argghhhhh!!!!!!!" jerit Sao.




********************************************************


HELLLOOOOOOO!!!!!

YUP... MMG BTOL APA YG KORANG FIKIRKN....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
 
.
.
.
.
 
.

AQ UPDATE DUA KALI!!!!! 🎉🎉🎊🎊🎊🎊🎉🎉🎊🎊

Pffttt... sorry aq tau tu bkn apa yg korang fikirkan 😂😂😂😂

BUBBYEEEEE

Bloody ChessWhere stories live. Discover now