Part 17

116 7 2
                                    

Sao dan Shin tiba dihadapan stor. Mereka hanya berdiri di hadapan stor itu. Sao mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Kaito. Tetapi tiada sebarang jawapan. "Argh! asal ngan dia nie?? kenapa tak angkat phone?" kata Sao. Shin berasa pelik. Dia cuba untuk menalefon Shuji pula. Tetapi hasilnya sama seperti Kaito. "Eh? Shuji pun tak angkat telefon die.." kata Shin pelik. Mereka berdua mula risau.

"Kejap..... apa kata aku telefon Mitsu pulak..." kata Sao. Dia mendail nombor Mitsu pula. Selepas beberapa saat Mitsu menjawab.

Mitsu: Yow... apahal kau telefon aku nie?

Sao: Kau ade dekat mana sekarang?

Mitsu: Aku dalam perjalanan nak ke Stor... kenapa?

Sao: Kaito ngan Shuji ade dengan kau ker?

Mitsu: Aku terpisah ngan diorang tadi....

Sao: Ah... okey

Sao menutup telefonnya. "So? Mitsu ade dengan diorang tak?" tanya Shin. Sao hanya mengeleng. Shin mula risau. "Kita tunggu je sini.... kejap lagi Mitsu sampai..." kata Sao. Selepas beberapa minit Mitsu muncul. "Yow! Asal korang cari Kaito ngan Shuji?" tanya Mitsu. "Diorang tak jawab telefon diorang.... Tu yang kitorang tanya kalau kau ade dengan diorang berdua.." tanya Shin.

Mitsu hanya mengeleng. "kitorang berpecah.... Kaito ngan Shuji and aku ngan Io.... Tapi entah macam mana Io boleh pulak hilang tetiba..." kata Mitsu. Sao terkedu. Dia terfikir sesuatu. "Takkan lah..." kata Sao perlahan. Shin memandang Sao. Dia dapat rasakan yang Sao sedang sembunyikan sesuatu darinya.

"Apa kata kita cari diorang dulu..." cadang Shin. Mitsu hanya bersetuju. "Korang berdua pergi lah.... aku nak duduk dekat perpustakaan sekejap..." kata Sao lalu berlari. Shin hanya mampu diam. Dia dan Mitsu mula mencari Kaito,Shuji dan Io.

Sao P.O.V

Aku berlari kearah perpustakaan. Apabila tiba aku membuka pintu lalu masuk. Aku teringat kembali Segala kenangan aku bersama mereka. Air mataku mula mengalir. 'Kalau kitorang tak main permainan tu..... Semua nie mesti tak akan jadi....' kata hatiku. Aku berjalan menuju kearah kerusi yang berdekatan. Aku mula terfikir akan sesuatu.

'Sa-o......... Shi-n...... Ha-hati..... Ha-ti..... Pem-bu-bunuh tu...... D-dia.... di-a.....'

Sao tersedar dari lamunannya. Ayat Sora itu mula bermain didalam fikirannya setiap masa. "Dia cakap tu macam nak bagi amaran dekat kitoranh... So maksudnya Orang tu salah seorang dari kitorang ker?" tanya Sao perlahan. Dia masih tertanya-tanya. Secara tiba-tiba Sao dapat rasakan seperti diri dia diperhati. Dia cuba untuk berlagak tenang seperti dia tidak mengetahui terdapat seseorang dibelakangnya.

Dia dapat rasakan orang itu mendekati. Apabila sudah cukup dekat dengan pantas Aku menumbuk perut orang itu. "Argh! Aduh!" erang orang itu. Aku melihat kearah orang yang ditumbuk tadi. "Eh? Io?! Alamak?!!! Sorry weh" kataku cemas. Aku tidak sangka bahawa orang yang berada dibelakangku itu Io.

"Tak.... apa.... salah aku juga sebab buat macam tu..." katanya sambil memegang perutnya. Aku membantu Io untuk duduk dikerusi. "Kau buat apa dekat sini?" tanya Io. Aku terdiam. "Um?.... kepala aku sakit sikit tadi..... tu yang datang sini kejap.... nak rehat..." kataku ketawa sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal. "Yang kau pula? bukan kau sepatutnya ada dengan Mitsu ker?? kenapa kau tetiba hilang?" tanyaku.

Io memandang kearah lantai. Dia diam untuk beberapa saat. "Aku just nak cari balik tape tentang kematian Niel tu..." katanya. Aku dapat rasakan yang dia sedang menipu. "Ouh.... untuk apa?" tanyaku lagi. "Nanti senang nak serahkan dekat polis.... ia akan lebih senang kalau kita bukak balik kes tu" kata Io. Aku hanya mengangguk.

Selepas beberapa minit telefonku berdering. Aku melihat terdapat mesej dari nombor yang tidak dikenali. "Hmm? siapa pulak nie??" tanyaku pelik. Aku membuka mesej tersebut. Aku terkejut dengan apa yang aku lihat. Io berasa pelik dengan kelakuan aku. "Kau okey tak nie?" tanya Io. Dia berjalan menghampiriku untuk melihat apa yang berlaku.


Io tergamam. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa setelah melihat mesej yang aku terima. Kandungan mesej  tersebut ialah gambar Kaito dan Shuji. Shuji telah digantung manakala Kaito terbaring diatas lantai. Darah merah berlinangan disekelilingnya. "Diaorang berdua telah mati" kata Io. Dia terduduk diatas lantai. Aku memandang gambar itu. Aku tersedar Terdapat perkataan dibawahnya. "Tanda peringatan untuk korang.." bacaku. Kami berdua terkedu.








********************************************************



Bloody ChessWhere stories live. Discover now