Part 19

119 7 1
                                    

Shin P.O.V

Flashback~

Mitsu dan aku sedang mencari Kaito dan Shuji disetiap pelosok sekolah. "Kat mana diorang nie??" keluh Mitsu. Aku hanya menggeleng. "Tah-tah diorang dah balik!!" kata Mitsu lagi. Aku cuba untuk menenangkan Mitsu. Selepas beberapa minit mencari kami pergi ke kantin. "Penatlah..... kita pon patut balik..." kata Mitsu lalu duduk diatas kerusi. Dia meletakkan kepalanya diatas meja. Aku hanya diam. Ada sesuatu yang bermain didalam fikiran aku sejak dari tadi.

'Kenapa agaknya Sao pergi macam tu jer? Dia mesti ada sorokkan something dari aku..... Tapi apa agaknya?' tanyaku didalam hati. Aku teringat akan kata-kata Sora. 'Agaknya apa yang die cuba nak sampaikan masa tu?' tanyaku lagi.  "Sampaikan apa??" tanya Mitsu pula. Aku terkejut dengan pertanyaan nya. "Apa?" kataku pelik. "Apa?" balas Mitsu. Suasana mula menjadi sunyi dan janggal.

"Tak apalah..... aku nak pergi tandas jap..... Kau tunggu sini tau..." kata Mitsu pada aku. "Hmm... cepat sIkit.... nanti aku nak pergi jumpa Sao pulak.." kataku pula. "Hmm..." itu sahaja yang dibalas oleh Mitsu sebelum dia hilang disebalik kegelapan. Aku memandang sekelilingku. Pada waktu itu aku ternampak suatu susuk badan seperti Shuji berjalan dari jauh. "Eh? itu Shuji ker??" tanyaku. Dengan pantas aku berlari kearah orang itu.

Tetapi belum sempat aku menghampiri orang itu aku ditarik oleh sesuatu dari belakang. "Apakah?!" kataku.

End Flashback~

Aku tersedar. Peluh membasahi mukaku. Aku memandang sekeliling kawasan. Terdapat sebuah meja dihadapanku dan sebuah almari yang dipenuhi dengan alatan tangan untuk bertukang dan berkebun. "Aku dekat mana nie?" tanyaku. Aku cuba untuk menggerakkam badanku. Tetapi tidak berjaya kerana kaki dan tanganku telah terikat pada kerusi. "Apa yang terjadi nie?" tanyaku. Aku cuba untuk menjerit tetapi tidak berjaya. Tekakku terasa amat sakit.

'Aku ada menjerit ke tadi?' tanya hatiku. Aku menoleh kesebelah kananku lalu terlihat Sao telah terikat sama sepertiku. Disebelah kiri pula aku ternampak Sora. Mereka berdua masih tidak sedarkan diri. Aku mula memikirkan cara untuk mengejutkan mereka berdua. Aku cuba untuk membuka ikatan tanganku tetapi tidak berjaya. Selepas beberapa minit aku terdengar bunyi pintu dibuka.

Jantungku mula berdegup dengan laju. Aku segera menutup mataku. 'Apa yang akan terjadi pada aku?? Adakah aku akan mati jugak?' kata hatiku. Aku membuka sedikit mataku. Kelihatan seseorang masuk.Orang itu memakai jubah berwarna hitam.Aku ternampak dia sedang meletakkan beberapa barang. Ia kelihatan berat. Orang itu kemudian menoleh. Dia mendekati aku. Aku berpura-pura seperti masih tidak sedarkan diri. Orang itu berhenti dihadapan aku.

"Aku tau kau dah sedar....." kata orang itu. Aku terkedu. Apa yang aku patut buat nie? kata hatiku. "Lebih baik kau bukak mata or kau nak aku robekkan mata kau..." kata orang itu lagi. Aku membuka mataku lalu mendongak melihat orang itu. Aku cuba untuk melihat wajah orang itu disebalik hoodnya tetapi tidak berjaya. Orang itu menjauhkan diri dari aku. Dia kemudian kembali ketempatnya tadi.

Aku tertanya-tanya siapakah orang itu. "K....kau nie... siapa?" tanyaku sedikit gagap. Orang itu hanya diam. Dia tersenyum dengan soalan aku tadi. "Aku adalah orang yang korang seksa...." katanya. Aku terkejut. "Apa maksud kau kitorang seksa?? Apa yang kitorang dah buat dekat kau??!" marahku. Orang itu hanya ketawa. Dia kemudian mengangkat jubah yang menutup badannya. Kelihatan banyak paku ditangan,badan dan kakinya. Aku terkejut. Luka itu masih berdarah.

Macam mana dia boleh hidup dengan luka yang banyak tu??!! kata hatiku. Orang itu menutup kembali badannya. "Sekarang kau nampak apa yang kau dah buat?? Selagi korang tak selesaikan kes nie.... Ia tak akan berakhir..." kata orang itu lagi. "Aku still tak paham.... apa kaitan kitorang dengan kau??" tanyaku. Orang itu tersenyum lagi. "Macam apa yang aku cakap tadi..... korang dah seksa aku..." katanya.

"Kitorang tak kenal kau lah!" marahku. "Kau tak kenal aku? sedihnya..." kata orang itu lalu membuka hood yang menutup mukanya dari tadi. Aku terkedu. Sesuatu yang aku tak pernah bayangkan sebelum nie berlaku. "Apa yang dah jadi dekat kau???.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ari??" tanyaku. "Aku datang sini untuk balas dendam atas apa yang kau buat dekat aku!" kata Ari dengan senyuman yang sinis.








********************************************************

Bloody ChessWhere stories live. Discover now