Part 14

138 10 1
                                    


Keesokannya cerita tentang mayat Ari,Ad dan Ai tersebar. Pihak polis masih tidak menjumpai suspek mahupun bukti dalam kes ini. Sao,Shin dan Sora hanya mendiamkan diri. Mereka tidak berani untuk bersuara. Pihak polis menutup kes ini.

Selepas beberapa minggu.

Sao,Shin dan Sora berkumpul diperpustakaan sekolah. Mereka mengemas buku-buku disetiap rak. Suasana disitu sangat sunyi. "Weh...." kata Shin memecah kesunyian. "Hm?" jawab Sao. Dia tidak mengalihkan pandangannya dari rak buku itu. "Kau rasa apa yang kita buat nie betul ker?" tanya Shin. Sao dan Sora terkedu. Mereka terhenti dari menyusun buku.

Sao memandang Shin. "Habis tu kau nak suruh kita cakap kat polis tu yang diorang mati sebab kita main chess yang disumpah oleh bekas pelajar sekolah nie??" kata Sao. Shin hanya diam. "Bukan macam tu...." kata Shin perlahan. "Jadi apa???!!" marah Sao. "Korang diam boleh tak??!" marah Sora sambil menghempaskan buku yang dipegangnya tadi. Sao dan shin memandang Sora.


"Kita semua salah dalam hal nie.... Kita tak patut diam masa polis tanya time tu" kata Sora. "Sekarang nie diorang mesti kecewa dengan kita..." kata Sora lagi. Sao dan Shin terdiam. Mereka memandang kearah lantai. "Aku nak balik dulu.." kata Sora lalu pergi meninggalkan Sao dan shin. Dia berlari keluar. "Haihh... betul juga kata Sora tadi.." keluh Sao. Dia duduk diatas kerusi yang berhampiran. "Aku rasa bersalah pulak diam masa polis tanya...." kata Shin pula. Mereka kembali senyap.


Sora P.O.V

Aku menuju kearah kantin. Suasana sekolah sangat sunyi kerana ramai pelajar telah pulang kerumah. Aku duduk diatas kerusi menghadap kearah padang. Air mata mula turun apabila aku teringat akan Ari,Ad dan Ai. Perasaan bersalah mula menghantui aku. "Aku minta maaf korang" tangisku.

Tit....Tit.....

Telefon aku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku berasa pelik lalu mengluarkan telefon bimbitku. Tiada nama penghantar. Aku mula berasa ragu-ragu untuk membaca mesej itu. Tetapi aku memberanikan diri. Tiada sebarang perkataan yang tertera. Aku bertambah pelik. Tiba-tiba telefon ku mengeluarkan bunyi yang pelik.

Lama-kelamaan terdapat beberapa buah huruf muncul. "Apa bende nie??!!" aku mencampakkan telefon ku. Bunyi pelik itu hilang dan telefonku telah mati. Jantungku berdegup dengan laju. "Apa tadi tu??" tanyaku. Aku menghampiri telefon bimbit ku yang berada diatas lantai. "Haih.... rosak lagi telefon aku.... Mama mesti marah nanti" keluhku lalu mengambil semula telefonku tadi. Aku memasukkan telefon itu kedalam poket bajuku.

Aku meninggalkan kantin lalu berjalan pulang kerumah. Apabila tiba dihadapan pintu pagar telefon aku bergetar. "Eh? Bukan tadi dah mati ker??" tanyaku sambil mengeluar kan telefonku. Terdapat perkatan yang tertara pada skrin.
"Hati-hati?" bacaku. Aku berasa pelik tetapi takut. Tiba-tiba aku dapat rasakan seperti seseorang berada dibelakangku. Dengan segera aku menoleh.

Tetapi tiada sesiapa yang berada disitu. Aku
menghembuskan hafas lega. "Jangan rase lega sangat..." kata suatu suara dari belakang aku. Apabila aku menoleh aku dipukul dikepala dan ia menyebabkan aku tidak sedarkan diri. Benda terakhir yang aku ingat ialah suara seseorang ketawa.



Keesokan Harinya

Sao dan Shin mendapat berita bahawa Sora tidak pulang kerumahnya semalam. Mereka terkejut kerana mereka menyangka bahawa Niel tidak akan apa-apakan sesiapa yang menang. "Kita kene selesaikan kes nie juga..." kata Sao pada Shin,Kaito,Io,Shuji dan Mitsu. "Kalau macam tu kita nak mula dari mana??" tanya Shin. Sao diam seketika. Dia berfikir. "Aku tak berapa pasti...... tapi yang aku tahu kita mesti ade terlepas pandang something..." kata Sao lagi.

"Kalau macam tu kita berkumpul esok dekat sini....." kata Kaito. Mereka semua setuju lalu pulang kerumah masing-masing. Tanpa mereka sedari terdapat seseorang dari kegelapan sedang tersenyum sinis. "Esok korang akan terima balasan" kata orang itu lalu pergi.






********************************************************









Bloody ChessWhere stories live. Discover now