Prolog

209 12 2
                                    

Alanna mengambil telefonnya di atas meja. Bunyi deringan menandakan mesej baru tiba dipandang penuh teruja.

"Eh, crush aku balas! Fikir kerek tahap dewa. Tu pun aku yang mulakan chat" omel Alanna sendiri.

Afiq_yows🍃~ Waalaikumussalam. Apa kau nak tanya?

SweetieAnna🍂~ Kau kalau jumpa aku depan-depan kau lempang tak?😹🔫

Afiq_yows🍃~ Gila tak lempang. Lempang arh. Kalau tak ada orang. Kalau ada orang tak arh, kang orang kata "muka handsome macam mamat kpop, tapi dayus".

"Nakhareyy, bapak ah. Zalim gila. Aku pun dah rasa macam nak lempang kau jugak. Mulut tak ada insurans!" Omel Alanna lagi.

SweetieAnna🍂~ Zalim nya kau. Dah la perasan.

Afiq_yows🍃~ So? Kalau negara tak ada undang-undang dah lama aku potong tangan kau.

SweetieAnna🍂~ Eh, jap. Kenapa nak potong tangan? Kepala la senang. Ke tangan ke. Bersyukur sikit aku.

Afiq_yows🍃~ Diam.

SweetieAnna🍂~ 😹🔫 Tanak🌚🔫

"Eh, betina ni kang. Rasa nak lempang je. Dasar betina!" Afiq melepaskan amarah.

Afiq_yows🍃~ Diam la pompuan.

"Dia nak cakap betina ni aku rasa. Eiy, bana punya manusia! Aku yang rasa nak lempang kau chelanot!" Alanna mengutuk sambil terjerit-jerit menahan amarah.

"Astaghfirullahalazim apa aku ni" Alanna meraup muka. Mukanya sedikit berkerut. Aku tak ada la kutuk kau macam tu. Dasar crush kejam!

"Anna! Sidai baju ni jap!" Jeritan Puan Kalsom membuatkan Alanna merungut.

"Mama ni pun satu baru nak reply chat kejam sikit. Hm, potong line la!" Lantas Alanna keluar untuk menyidai baju. Malam-malam pun sidai baju. Haih, apa la.

Sesudah sahaja menghabiskan masa dengan baju, penyangkut dan palang di luar rumah, Alanna terus berlari naik ke atas. Dendam harus berbalas wahahaha.

SweetieAnna🍂~ Tak nak.

Afiq_yows🍃~ Chat arh kau sorang-sorang.

SweetieAnna🍂~ Crush kejam🔫

Afiq_yows🍃~ Dah la suka orang sebab muka ni pantang ni.

SweetieAnna🍂~ Berapa kali nak cakap. Kau crush biasa-biasa je.

Afiq_yows🍃~ Crush crush. Aku lempang kang budak ni. Baru umur berapa nak suka suka. Aku ni tak apa lah dah besar.  Dah nak habis sekolah dah.

"Tau la umur 17 aku ni 14 je. Hak alah sekurang-kurangnya aku bukan budak mentah hawau" omel Alanna lagi. Chat dengan crush tak guna ni buat aku omel macam-macam. Bertambah dosa aku.

SweetieAnna🍂~ Padu bhai.

Afiq_yows🍃~ Kau kalau suka orang fasal muka sampai kau tua pun kau tak dapat kahwin lah. Kau jangan macam-macam. Aku tak apa dapat kerja je terus boleh kahwin. Aku senang cari calon sebab ramai perempuan suka aku. Nak buat macam mana. Alhamdulillah lah Allah cipta aku dapat muka handsome.

SweetieAnna🍂~ Jemput la nanti🌚🔫

Afiq_yows🍃~ Tengok, kau dah buat aku dapat dosa. Kau dah buat aku cakap besar. Ni semua salah kau. Crush kau semua kau pandang yang muka handsome je. Mana pandang dalam.

"Haih, dah la bluetick jela. Malas aku layan. Suka membebel. Aku lempang kau kang nanti." omel Alanna sendiri lagi. Ke berapa kali entah Alanna mengomel.

"Kalau jodoh aku ni, siap kau sebab last last aku isteri kau. Sabar Anna sabar! Huh!" Tangan digenggam erat.

"Tak apa la biar aku lawan!" Tangan Alanna cepat menaip sesuatu di telefon.

SweetieAnna🍂~ Aku sepak kau jugak kang.

"Eh budak ni! Nak sepak orang pulak. Ni nak meletup ni!" Mukanya diraup kasar. Perempuan ni gila agaknya. Tak berhenti-henti dari sakitkan hati orang.

Afiq_yows🍃~ Kau jangan cari fasal dengan aku. Berani kau nak sepak aku eh.

"Fikir aku takut ke?! Dasar lelaki durjana!" Alanna terus menerus memaki hamun lelaki itu. Lelaki ni memang gila.

SweetieAnna🍂~ Berani je. Sebab kalau orang tengok orang fikir tu salah kau. Hah, mana ada perempuan dayus. 🌚

Afiq_yows🍃~ Kau jangan macam2 eh. Buat muka kenapa? Ha? Tak puas hati?

SweetieAnna🍂~ Bila masa aku buat muka?😐. Macam-macam apa nya. Aku dah naik geram ni. Jangan sampai tangan ni melekat kat pipi kau!

Afiq_yows🍃~ Tu profil tu. Muka minta pelempang.

SweetieAnna🍂~ Profil tu dah lama gila aku letak. Takkan baru tegur? Kau buta ke sebelum ni?

Afiq_yows🍃~ Aku tau lah! Aku tak tegur sebab jaga hati kau. Kau tu tak pandai jaga hati orang.

SweetieAnna🍂~ Helleh😑🔫 Tembak kang!🔫😑

Dan Alanna terus menukar gambar profil. "Haih, geram pulak aku. Nak cakap aku tak comel la tu. Memang aku tak comel pun. Bukan macam perempuan lain yang suka kau tu!" Alanna terimbas kembali kejadian yang berlaku bulan lepas.

Afiq_yows🍃~ Muka kalau cantik tak apa jugak aku suka.

Afiq_yows🍃~ Ramai perempuan WhatsApp aku. Aku dah jemu dengan perempuan-perempuan mintak couple ni. Aku kalau suka pun boleh pilih je. Sebut nak tu aku dapat je. Alhamdulillah berkat muka handsome.

Ergh! Menyampah pulak aku. Dah la baik aku tidur. Entah-entah dia bluetick je apa.

Mata Alanna tertutup jua. Kegelapan mengisi dunia. Sehingga datangnya cahaya mimpi menguasai tidur. Mimpi indah!

Banyak kan conversation?😹🔫 Saje la nak tunjuk sikit betapa kejamnya crush tu. Dan suka membebel😹🔫 Hah, ni lah berdasarkan pengalaman yang author rasa macam nak lempang muka dia😹🔫 Okeyh, btw cerita ni maybe banyak kejam sikit😹🔫 enjoy !💕🙆

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now