↓Sepuluh↑

66 4 0
                                    

Dia berjalan menyusuri pantai menenangkan hati yang bergelora. Angin laut bertiup bayu. Terasa angin menyapa di pipi. Hatinya tenang. Fikiran yang kian serabut dengan masalah rumahtangga kini kembali reda. Dia harus fikir jalan untuk memikat suaminya lagi. Pelbagai cara dia sudah buat tetapi satu pun tidak melekat. Tiba-tiba kejadian yang berlaku tadi menjengah ke dalam fikiran.

Kotak yang terjatuh itu diambil lalu diletakkan di atas rak itu. Dia menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya dia ternampak seorang lelaki yang dia amat kenali sedang memerhatikannya. Mata mereka bertentangan. Dugaan apakah ini? Mengapa dia muncul dalam saat aku telah melupakannya? Mujurlah suaminya tidak ada kerana bekerja. Kalau ada mahunya suaminya itu mengesyaki sesuatu.

Dia segera berjalan keluar. Popular ditujunya. Buku novel dibelek-belek. Tiba-tiba ada suara yang menegurnya dari belakang.

"Lama tak jumpa,Anna"

Alanna menoleh kebelakang dek terkejut. Matanya membuntang. Nazrul kini berhadapan dengannya.

"Oh, Hai" Alanna senyum bagi membuang rasa gugupnya.

"Free? Rul nak ajak makan" Dia masih membahasakan dirinya seperti dahulu.

"Saya patut balik. Lagipun kalau kita keluar sama-sama nanti ada orang syak apa-apa pulak. Awak kan dah kahwin" Alanna menolak. Dia senyum sedikit.

"Apa? Rul kahwin? Mana ada" Dia ketawa kecil." Marilah Rul cerita, kejap sahaja pun tak apa" Dia masih memujuk Alanna.

Dahinya berkerut seribu. Dia mengangguk perlahan tanda setuju. Dia harus tahu apa yang terjadi.

Lalu mereka berlalu ke food court dan mengambil tempat duduk yang hujung sekali.

"Sekejap saja ya?" Dia mengingati janji itu. Dia harus segera pulang. Takut jikalau suaminya pulang awal dan berasa hairan jika dia tidak berada di rumah. Itupun suaminya memberi kebenaran setelah dia memujuk suaminya itu banyak kali.

"Sebenarnya Rul lari malam sebelum kahwin tu"

"Rul gila?!" Matanya membuntang setelah kenyataan itu disebut. Dia memang gila sanggup lari.

"Ye, Rul gila Anna"

"But, why?"

"I love you. I want your love back into my heart"

"Rul sanggup lukakan hati mak ayah Rul dan Rul sanggup malukan diorang demi Anna?! Ini kerja gila! Rul tak fikir hati diorang?"

"Rul sayang Anna lebih dari apa pun. I really really really love you dear"

Gila."Kalau bukan jodoh, Rul nak jugak?"

"What do you mean?"

Alanna menunjukkan cincin perkahwinannya kepada Nazrul.

"Anna, don't say you are already married"

"Yes, I already married 2 months ago. Dan Anna isteri orang. Behave yourself"

"Anna kahwin dan waktu tu kita dah putus? Senangnya move on" kedengaran seakan menyindir.

"Ada orang masuk meminang. Apa salahnya kalau Anna terima? Benda baik bukan?"

"So, sekarang bahagia? Mesti tak kan? Rul tahu la Anna tu macam mana. Anna bukan jenis senang jatuh hati" ujarnya dengan yakin. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

"I already fall in love. Sejak dulu lagi. He is my crush"

"Bukan ex crush? Anna kan ada cakap yang ex crush Anna tu orang yang benci Anna. Mustahil lah kalau dia pun fall in love dengan Anna" Dia senyum sinis.

"Enough! Anna balik dulu" dia segera angkat kaki lalu pergi.

Dia menghela nafas berat. Awan yang berarak tinggi di angkasa dipandang hiba. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia menjawab.

"Anna, kau sepatutnya balik kan? Ni kau pergi mana?!!" Di hujung talian itu sudah kedengaran jeritan. Dia menjarakkan telefonnya. Berombak dadanya menahan kejutan.

"Saya balik, saya balik. On the way" dia terus mematikan perbualan. Singa dah marah dah. Mampus aku wei!

Dia masuk ke dalam kereta lalu memecut. Jam di dashboard dikerling.

Aik, baru pukul 5:04 minit. Entah-entah dia balik awal. Hah, mampus. Aku dah agak dia balik awal, tapi kenapa aku pergi pantai? Aku ni pun satu.

Setelah sampai di hadapan rumah, dia segera masuk. Pintu tidak berkunci, maknanya dia memang balik. Mana tau tadi dia hanya gertak sahaja.

Satu langkah masuk. Tiba-tiba ada orang menegurnya.

"Pergi mana?" Tangannya bersilang di dada. Dia berjalan menghampiri Alanna.

"Er, sa... saya..." Alanna gagap. Dia menutup pintu rumah yang terbuka. Takut pula kalau-kalau jiran terdengar saat suaminya membebel.

"Kalau kau nak kata kau pergi Aeon tu beli barang tak akan sampai berjam-jam sangat pun. Kau keluar mungkin pukul 2:05 sebab kau nak bersiap keluarkan kereta kau balik pukul 5:30. Tolak 15 minit untuk kau naik kereta jadi 2:20 sampai 5:15. Kau dekat Aeon 3 jam 35 minit. Tak ke rasa yang kau ni macam enjoy dengan someone atau kau pergi tempat lain? Ni sebab aku tak percaya apa yang kau cakap. Kau bagitau aku dari A sampai Z!" Afiq menarik nafas panjang. Penat membebel. Kalau tak marah nanti dia pijak pulak kepala aku.

Tu dia punya bebel panjang gila. Congak bagai. Ni memang marah betul ni. "Boleh tak lepas ni? Saya nak solat nak mandi nak masak" Alanna meminta diri.

"No!" Dia mendepakan tangannya menahan daripada Alanna naik ke atas.

"Bolehlah, nanti saya cerita ye. Saya janji. Awak kan tak makan lagi. Saya kena la masak" dia mamandang muka Afiq dengan penuh mengharap.

"Yelah" Afiq menjeling.

***

Dia berjalan ke bawah dengan hati yang berdebar-debar. Patutkah dia menceritakan segala-galanya? Afiq tu bukan orang yang boleh dibuat main-main. Dia buntu.

"Sini" ujar Afiq tiba-tiba. Dia lantas menarik tangan isterinya keluar. Meja dan kerusi batu ditujunya yang berada di halaman rumah.

"Kau cerita dari A sampai Z" Afiq memandangnya serius.

"Okey, kalau saya cerita awak jangan marah ya?"

"Okey"

Alanna menceritakan segalanya. Afiq mendengar dengan tekun sekali.

"See? Kau jumpa seseorang dan kau ke tempat lain. Aku dah cakap dah kan jangan pergi mana-mana lepas beli barang tu" dia mengeluh. "Siapa lelaki tu? Korang sembang apa? Kau buat apa dengan dia? Kkau pergi mana dengan dia? Kenapa kau pergi pantai?" Bertubi-tubi soalan.

"Dia bekas kekasih saya. Dia cakap dia nak saya. Dia sebenarnya kena kahwin paksa tapi dia lari sebab demi saya. Tapi, saya tolak lagipun kan saya dah kahwin dan saya dah ada awak pun. Saya tak pergi mana-mana pun dengan dia. Maaflah, saya pergi pantai nak tenangkan diri je. Awak jangan lah marah" Alanna menundukkan kepalanya takut dimarahi.

Kedengaran Afiq mengeluh berat."Okey. Kesimpulannya, lain kali aku dah tak benarkan kau keluar mana-mana tanpa aku. Muktamad"

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now