→Lapan←

58 4 0
                                    

Girl you know I want your love,
Your love was handmade for somebody like me,
Come on now follow my lead,
I may be crazy don't mind me,
Say boy let's not talk too much,
Grab on my waist and put that body on me,
Come on now follow my lead,
Come come on now follow my lead,
I'm in love with the shape of you,
We push and pull like a magnet do,
Although my heart is falling too,
I'm in love with your body,
Last night you are in my room,
And now my bed sheets smell like you,
Every day discovering something brand new,
I'm in love with your body,
Oh I oh I oh I,
I'm in love with your body,
Oh I oh I oh I,
I'm in love with your body,
Oh I oh I oh I,
I'm in love with your body,
Every day discovering something brand new,
I'm in love with the shape of you.

Lagu Shape of you - Ed Sheeran berkumandang di corong radio. Lagu tu jugalah menjadi suara latar dalam kereta. Harapkan manusia yang dalam kereta tu? Memang tak la nak riuh. Di rumah jarang bercakap apatah lagi dalam kereta.

"Awak?" Alanna menegur lembut. Dipandang suaminya di sebelahnya yang sedang fokus memandu itu.

"Apa?" Afiq menjawab malas. Aku tak ada mood ni nak borak. Aduhai.

"Hm, kita balik rumah awak ke?" Soalan disoal dengan berhati-hati.

"Dah tu? Kau nak tinggal kat hutan?" Sinis sekali jawapannya.

"Tanya je" wajahnya ditundukkan.

"Soalan tu biar logik sikit bukan soalan bodoh. Simpan bodoh tu sikit" pedas sahaja jawapan. Kereta dibelok ke kiri. Berehat sekejap lah di RnR.

"Ala, sikit-sikit nak marah je kerja!" Gumam Alanna perlahan tetapi dapat didengari Afiq.

"Apa?!" Matanya mencerlung tajam ke arah Alanna.

Alanna terkejut dek suara Afiq. Lantas dia menggeleng laju.

"Dah aku nak turun nak solat Asar jap. Tak nak solat ke?" Kini Afiq bersuara mendatar. Wajah polos itu dipandang bersahaja.

Alanna mengangguk lalu terus keluar. Surau ditujunya tanpa menoleh ke belakang. Malas la nak ambil tahu. Pikir dia kesah?

***

Usai solat dia ke tempat makan. Kelibat manusia yang ramai tidak menyukarkan dia untuk mencari isterinya.

Eh tapi, kenapa macam tak ada je budak ni.

Telefon dikeluarkan dari dalam poket seluar. Didail nombor isterinya.

Panggilan dijawab.

"Kau kat mana? Jangan cuba nak lari eh? Kalau lari kau tahu la nasib kau nanti" Afiq menggertak kasar. Kedengaran Alanna mengeluh.

"Saya dekat surau lagi ni. Kenapa?"

"Kau nak makan tak? Kalau..."

"Saya tak nak makan. Awak makan lah. Nanti saya tunggu dekat kereta je" belum sempat Afiq menghabiskan kata-katanya Alanna sudah memotong.

"Kereta kunci la"

"Pandai-pandailah saya guna otak nak tunggu macam mana. Bye" segera talian ditamatkan.

Afiq memandang telefonnya lama. Budak ni kenapa? Gila? Merajuk? Marah? Biarlah dia!

Afiq segera bangun untuk membeli makanan. Usai makan, dia terus bergerak ke keretanya.

Punat kunci kereta ditekan. Lalu dia masuk ke dalam perut kereta.

Dia melihat sekeliling. Mana pulak perempuan ni?

Nombor isterinya didail.

Panggilan tidak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Tak jawab jugak?

Aku call tak angkat. Buang duit aku je.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama yang tertera itu dipandang sekilas. Lalu dia menyahut panggilan itu.

"Kau nak apa lagi?!" Alanna terus memarahinya. Lupa sudah yang dia sedang bercakap dengan suaminya.

"Nak kena 'cop' dengan gelaran isteri derhaka ke?! Masuk kereta cepat!" Afiq melenting. Okey memang seram.

"Awak tak faham!" Alanna memberontak. Panggilan ditamatkan lalu dia segera menuju ke arah kereta dan memasukinya.

"Melampau kau eh? Baru berapa hari jadi isteri aku dah melampau? Betul-betul kau dah tergolong dalam isteri derhaka. Aku biarkan kau lama-lama sikit dalam neraka tu. Aku tak maafkan kau!"

Malas untuk bertekak Alanna keluar lalu duduk di belakang. Tangannya disilangkan ke dada. Matany dihalakan keluar.

"Eh, duduk belakang pulak. Anna! Duduk depan! Nak buat apa duduk belakang pulak?!"

"Awak bawak je la kereta tu" suaranya mendatar sahaja. Membebel macam makcik-makcik je.

Afiq malas untuk membebel lagi. Biarlah dia. Afiq meneruskan perjalanan. Masih jauh lagi rasanya. Tadi gerak pukul 4:30 mungkin sampai dalam pukul 7:30.

Afiq melihat isterinya melalui cermin pandang belakang. Muram saja mukanya. Ada apa-apa yang tak kena gamaknya. Mungkin sebab tu isterinya badmood.

"Kalau ada apa-apa, ceritalah" ujar Afiq memecah kesunyian ada nada seperti memujuk di situ. Lembut sahaja tutur katanya.

Diam.

"Anna?"

Diam lagi.

Tidur ke? Cermin pandang belakang dikerling sekilas. Tak tidur, marah? Tak apalah. Biarlah. Malas aku macam ni. Emosi tak pandai kawal dan tak bertempat betul la budak ni.

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now