❤Enam Belas❤

48 4 11
                                    

Ketawa memenuhi ruang tamu. Kali ini, yang ada ialah Alanna, Afiq, Mummy, Mama, Afiqa, Faqrul dan keluarga abangnya iaitu Adi dan isterinya, Lisa bersama anak sulung mereka yang ada di riba Lisa, Daniel. Anak kecil itu comel sekali. Baru 5 bulan.

"Anna, mummy teringin nak timang cucu dari kamu. Mesti comel kan?" Puan Shida menukar topik perbualan dari masakan terus ke dia! Fuh! Ipinya merah menahan malu.

Alanna memandang suaminya. Suaminya hanya membisu seribu bahasa. Haih, bukan nak tolong. "Belum ada rezeki lah mummy, in Shaa Allah kalau ada, adalah cucu mummy yang kedua" Alanna senyum tipis.

"Cepat-cepat lah sikit ye kamu tu dah 3 bulan kahwin, takkan tak ada hasil? Afiq pun satu, ni mesti busy kerja lah apalah. Sekali sekala bawaklah pergi honeymoon. Ambil cuti panjang sikit" Puan Shida sudah membebel panjang. Sekali sekala dia menjeling anaknya. Mata berlaser Puan Shida memang seram. Huhu.

"Yelah, nanti Fiq ambil cutilah"balas Afiq acuh tak acuh.

Ding! Dong! Bunyi loceng berbunyi. Siapa agaknya ya?

Afiqa bangun lalu membuka pintu. Oh, akak! Dia menekan punat di tepi dinding agar pintu pagar terbuka.

Gadis itu masuk ke perkarangan rumah. Dia tersenyum melihat Afiqa di hadapannya.

"Aunt Shida ada tak Iqa?"

"Ada, marilah masuk!" Afiqa segera menarik tangan gadis itu supaya masuk ke dalam.

"Fifi! Eh marilah. Duduk sini" Puan Shida ramah mengajak.

"Eh, tak apa aunt. Saya menganggu je. Saya nak bagi ni" bungkusan itu ditunjukkan kepada Puan Shida lalu diberikan kepada Afiqa.

Afiq yang asyik dengan telefonnya memandang ke arah siapa yang datang tadi. Matanya membulat. Gadis itu, dia kan Fea! Fea hidup lagi kan?

Afiq bangun lalu menghampiri gadis itu. Alanna hairan. Mengapa suaminya menuju ke arah gadis itu?

"Fea, abang ingatkan Fea dah tak ada. Rupanya Fea ada lagi. Abang rindukan Fea" ucap Afiq dihadapan keluarganya dan gadis itu. Kelihatan semua yang berada di situ terkejut.

Gadis itu terkejut. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. "Saya bukan Fea. Saya tak kenal awak pun. Kita jumpa hari tu pun kebetulan je" lagi sekali dia menggeleng.

"Fiq, kamu pernah jumpa dia?"

Angguk. "Saya nak dia jadi isteri saya, mummy tolong masuk meminang dia boleh?" Afiq merayu.

Jantung Alanna bagai direntap mendengar kenyataan itu.

"Kamu ni gila ke? Isteri kamu campak mana?" Membantah. Puan Shida bangun mendekati anaknya.

"Come on lah mummy, Fiq boleh je jaga dua-dua. Fiq mampu" Afiq tetap dengan pendiriannya ingin mengahwini Safiya.

Safiya terkaku.

"Dua tahun arwah pergi Fiq. Takkan kamu tak boleh move on? Jadi selama ni kamu tak cintakan isteri kamu? Patutlah tak ada hasil" Puan Shida sudah meninggikan suaranya. Dia memegang dadanya. Sakit benar hatinya.

"Mummy, please. Fiq merayu. Rumah tangga Fiq biar Fiq uruskan"

"Mummy malas nak cakap apa-apa dah. Kamu tanya lah isteri kamu tu sendiri" Puan Shida terus berlalu ke atas.

"Fiq, betul ke kau ni? Fikir hati isteri tu jugak. Hati mummy tu kena pandai jaga juga. Haih" Adi terus berlalu bersama isteri dan anaknya ke atas.

Puan Kalsom juga terkilan dengan apa yang terjadi. Jadi, anaknya tidak bahagiakah? Ya Allah. Dia tidak sanggup melihat adegan ini lagi lalu dia berlalu pergi meninggalkan Alanna keseorangan di ruang tamu.

Iqa dan Faqrul yang berada di dapur hanya memandang biasa dan terus masuk ke dapur.

Alanna hanya kaku. Matanya kaku melihat Afiq yang sedang melihatnya. Sampainya hati awak.

"Saya balik dulu" Safiya meminta diri. Belum sempat dia keluar Afiq memanggilnya.

"Jangan keluar lagi, abang nak cakap dengan Fifi tapi kat luar. Pukul 3 Fifi datang rumah ni abang bawa Fifi keluar" sesudah berkata Afiq terus naik ke atas.

***

"Aku tetap nak kahwin dengan dia!" Afiq tajam melihat Alanna yang dari tadi membantah.

"Kalau awak nak kahwin dengan dia, ceraikan saya" Alanna membuat keputusan sendiri. Ya, dia rela diceraikan dari dimadukan dan disakiti apabila melihat kemesraan suaminya dengan madunya nanti.

"Kau jangan sebut pasal cerai!" Tangannya sudah meninggi tinggal sahaja saat untuk melempang wanita dihadapannya itu.

"Sanggup awak kan? Tampar saya demi perempuan tu? Saya siapa? Dia siapa? Tolonglah Fiq, tinggalkan masa silam awak" Alanna merayu. Air mata yang ingin menitis sejak tadi ditahan.

"Kau jangan melampau eh?" Afiq menjeling tajam. Hatinya membuak-buak untuk mencaci wanita itu. Tangannya kebas ingin melempang wanita itu. Tapi ditahannya kerana masih ada lagi rasa kasihan terhadap wanita itu walau sebesar zarah.

"Terima qada' dan qadar awak. Apa kurangnya saya ni berbanding kembar dia?" Alanna terduduk lemah.

Afiq terkedu. Dia juga tidak pasti apa kurangnya Alanna dan Fifi. Sesungguhnya, Alanna sudah cukup sempurna baginya. Tapi, hatinya ingin memiliki insan yang dia jatuh cinta pada pandangan pertama walaupun dia bukan Fea tapi kembarnya sudah mencukupi.

"Aku keluar dulu. Malam ni kita gerak ke rumah" Afiq terus melangkah keluar.

Sorry laluko tak update semalam sebab lupa nak siapkan hoho😂 so nak tanya pada readers, Alanna patut diceraikan atau dimadukan?😂 Cadangan!❤


Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now