-DUA-

99 4 6
                                    

Nazrul💕~ Anna, Rul minta maaf. Rul terpaksa putuskan hubungan kita. Rul terpaksa, Anna. Rul sayang Anna sangat-sangat. Jangan benci Rul. Anna tetap dalam hati Rul. Rul terpaksa berkahwin dengan pilihan mama. Sekali lagi. Rul minta maaf. Rul sayang Anna💕😢

Alanna terkedu membacanya. Setitis air mata tumpah. Hancur hatinya. Baru sahaja dia hendak memberitahu tentang hubungannya dengan Nazrul yang kini sudah mencecah 8 bulan kepada Puan Kalsom.

Mia yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu berasa hairan dengan Alanna. Laju sahaja dia menegur.

"Anna, kau kenapa nangis ni?" Kepalanya dipusing memandang Alanna yang di tempat duduk belakang.

"Naz...Naz...rul" tersekat-sekat suaranya menahan air mata yang kini sudah menitis. Perlahan-lahan iPhonenya dihulurkan kepada Mia.

Dengan muka hairan Mia lantas menyambut huluran Alanna. Abang Iman dari tadi hanya memfokuskan perhatian di jalan raya. Ada juga dia sekali-kali memandang Mia. Mia melihat dan membaca sekilas.

"Anna, are you sure he will married?" Soal Mia dengan nada terkejut. Terbeliak biji matanya.

"Kahwin? Siapa kahwin ni?" Abang Iman bertanya kerana terkejut. Fuh, kahwin sia. Aku pun tak kahwin lagi. Hm, sentap boh.

"Abang sibuk la. Ni hal Mia dengan Anna" bidas Mia sambil menjeling tajam ke arah Abang Iman disebelahnya. iPhone milik Alanna dipulangkan.

"Yeah. I'm fucking disappointed with him. Tak ada jodoh nak buat macam mana, kan?" Alanna menunduk. Kegembiraannya serta merta hilang bagai dibawa angin dan digantikan dengan kekecewaan yang amat pedih.

"Let me talk to him" Mia sudah mencari nombor Nazrul. Tidak sempat untuk menekan punat untuk membuat panggilan, laju sahaja tangan Alanna merampas iPhone milik Mia.

"No! I'm okay. We don't need to discuss anything. Aku... redha" ujar Alanna sambil memandang Mia dengan muka penuh berharap.

***
"Mama! Ada tetamu datang!" Jerit Abang Iman yang sedang membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.

Puan Kalsom yang berada di dapur segera memakai tudung dan berlalu pergi menyambut kedatangan tetamu yang hadir di depan pintu.

Alanna dan Mia diarah untuk membuat air dan sediakan sedikit makanan untuk para tetamu.

"Eh, Puan Shida dengan Encik Rashid. Masuklah" pelawa Puan Kalsom. Pintu ditutupnya dan Puan Kalsom mengajak mereka duduk di ruang tamu khas untuk tetamu yang datang.

"Eh, mana Khairul?" Soal Encik Rashid yang duduk bersebelahan dengan Puan Shida.

Puan Kalsom mengambil tempat duduk di sebelah anaknya, Abang Iman. "Dia ada hal dekat restoran. Maklumlah sekarang kedai dah maju!" Puan Kalsom tersenyum bercerita. Bersyukur juga kerana Restoran suaminya sudah maju!

Encik Rashid mengangguk faham.

"Ouh. Wah, Alhamdulillah dah maju restoran awak. Jadi mana anak kamu ni?" Puan Shida melihat sekeliling. Hm, ni Iman anak teruna nya. Mana anak dara dia?

"Di dapur" senyum. Disikunya Abang Iman tanda 'pergi tengok adik-adik kamu!' laju sahaja Abang Iman menapak ke dapur. Nanti mesti kena 'ketam' mama, fuh.

"Ni second time saya datang rumah awak. Bertambah cantik rumah awak kat luar tu dengan pasu bunga!" Ujar Puan Shida sambil tersenyum manis.

"Serikan rumah dengan pokok-pokok yang menghijau" Puan Kalsom ketawa kecil dan diikuti dengan Puan Shida.

"Hah, masa first time saya datang sini dia kan tak ada. So, saya bawak la dia sekarang. Senang sikit, anak awak pun ada kan? Boleh lah kenal-mengenal sikit" tangannya memegang bahu anak lelakinya itu.

"Wah, baguslah!" Tersenyum ceria dibuatnya.

Alanna, Mia dan Abang Iman menapak ke ruang tamu.

"Fuh, siapa pulak tetamu kali ni. Macam someone special jek. Seram benau aku dibuatnya" Getus Alanna di dalam hati.

Air dan kuih diletakkan dengan berhati-hati di atas meja kaca. Mia dan iman duduk di sebuah kerusi yang lain manakala Alanna di sebelah Puan Kalsom.

"Jemputlah makan" ujar Puan Kalsom.

"Ni anak awak? Cantiknya! Kerja apa ni? Ke still belajar?" Soal Puan Shida teruja. Wah, menantunya kali ini cantik dan nampak sopan!

"Photographer je makcik" tersengih Alanna yang menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Panggil mummy je sayang.Tak apa lah tu. Rezeki orang kan berbeza. Janji kamu tak bekerja tempat yang mendatangkan dosa"pesan Puan Shida sambil tersenyum manis memandang Alanna. Alanna membalas senyuman wanita itu.

"Ni anak mummy, Afiq Hanif. Berkenalanlah baik-baik" Alanna memandang Afiq yang disebelah Puan Shida. Ye?! Dia ni kan Afiq Hanif a.k.a ex crush aku yang terlalu kejam! No! Aku tak rela tengok muka dia. Tapi, aku dah tertengok! Handsome pulak. Eh, tak! Apa aku ni. Jangan ulang balik benda dulu!

Senyuman paksa terukir di bibirnya. Huhu. Entah dia kenal ke tak aku ni.

" Kamu terima ke?" Soal Puan Shida sambil memandangnya serius.

***

Terima atau tak nak terima? Kalau fikirkan balik fasal mummy kesian la. Muka berharap agar dia terima lamarannya. Mama pulak cakap kalau tak nak tak apa la cakap elok-elok. Esok ada date dengan Afiq. Hm, mama dengan mummy suruh bincang dua. Lahai, susah la macam ni.

Bzzt, bzzt. Getaran telefon membuatkan Alanna terkejut. Mode ditukar menjadi silent. WhatsApp dilihat sekilas. Nombor yang tidak dikenalinya.

~ Aku ambil kau esok. Pukul 11 kau mesti dah tercongok depan rumah tahu!

SweetieAnna🍂~ Eh kau siapa nak arah orang ni?

~ Bakal suami kau yang kemungkinan mungkin bukan bakal suami kau.

SweetieAnna🍂~ Yelah.

Afiq meninggalkan bluetick. Fuh, kenyang makan nasi dia sumbat dengan makan bluetick dia tu!

Maaf, author dah lama tak update. Sebab banyak hw la 😹. Sorry👌



Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now