♣Empat Belas♣

53 3 0
                                    

Seminggu telah berlalu dengan pantas. Tiba masanya untuk pulang ke rumah. Singgah rumah mama dulu. Ingat ke tak akan janji sang suami tu ye.

"Awak, kita balik rumah mama kan?" Alanna menyoal hati-hati. Terasa janggal jugalah kerana dalam seminggu ini mereka jarang bercakap kerana insiden tempoh hari.

Afiq mengangguk mengiyakan kata-kata Alanna.

Alanna memerhatikan ramai orang yang sedang lalu lalang.

Afiq yang berada di sebelah Alanna asyik dengan telefonnya. Dari tadi pandangannya tidak berkalih daripada telefonnya.

"Hey Anna! Tunggu flight juga ke?" Sapa seseorang. Alanna mengalihkan pandangan ke arah sebelahnya. Nazrul?

"Apa Rul buat kat sini?"

"Tunggu flight lah, apa lagi. Tunggu cinta Anna, suatu hari nanti Anna akan beralih hati juga"

Afiq yang terdengar perkataan 'cinta' itu dia segera berpaling ke tepi. Tangannya digenggam kuat.

"Apa kau buat kat sini? Kacau bini aku? Cukuplah dulu kau kacau tunang aku, ni nak kacau bini aku pulak?"

"Hey, bini kau atas kertas je. Bukan kau anggap betul-betul pun. Munafik"

Belum sempat Afiq membalas bicara, kedengaran flight untuk ke Perak diumumkan. Lalu dia segera menarik tangan Alanna pergi secepat mungkin. Alanna hanya akur. Bagasi ditariknya laju.

"Lain kali kalau dia datang tegur kau, kau jangan sesekali jawab dan berpaling"

Alanna hanya mengangguk perlahan tanda mengerti.

Mereka bergerak masuk ke dalam kapal terbang. Dari tadi Afiq tidak melepaskan tangannya sehingga mereka duduk di tempat masing-masing.

Alanna mendengar lagu dengan menggunakan earphone sambil matanya tertutup. Mulutnya menyanyi kecil. Jarinya mengetuk-ngetuk mengikut rentak muzik. Damai, aman sentosa.

Afiq hanya melihat perilaku isterinya lalu menggelengkan kepalanya. Dia melelapkan mata untuk berehat.

Sesudah sampai di Perak, mereka terus mengambil teksi untuk ke rumah mama. Kira-kira pukul 10 pagi mereka sudah tercongok di depan rumah Puan Kalsom.

"Assalamualaikum! Mama!" Alanna terjerit-jerit memberi salam di depan pintu pagar.

"Waalaikumussalam" Puan Kalsom terkocoh-kocoh menyarung selipar dan berlari ke arah pagar. Pintu pagar dibuka kunci.

"Awat mama kunci pagaq?" Alanna sengaja menggunakan loghat Kedah. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Bagasi ditarik dan diletakkan di tepi sofa.

"Baba pergi Johor, mama duduk sesorang je. Hang la lama tak balik jenguk pasaipa? Mia dengan Iman tu pun busy tak balik jugak, cuma kirim WhatsApp je la" Puan Kalsom mencubit pipi Alanna.

"Abang ni la, sibuk sangat. Anna rindu mama ni. Jom kita bermanja!" Alanna memeluk mamanya.

Puan Kalsom hairan. "Beg besar ni, dari mana? Honeymoon ye?" Perut Alanna dipandang dengan senyuman nakal. Lalu pandangannya melirik ke arah Afiq.

Afiq menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum malu.

"Apa ni mama" Alanna menarik hujung baju Puan Kalsom.

"Kitorang dari Langkawi, Fiq outstation. Anna ni mengada nak ikut"

Puan Kalsom tersenyum manis." Mama nak sambung masak kejap. Naiklah dulu" senyum.

Alanna terus berlari ke bilik. Beg? Lupa lah pulak. Biar lah dia angkat. Huhu.

Afiq menggelengkan kepalanya. Aku jugak.

"Fiq, dia tu banyak kali putus cinta. Jangan kamu sebagai suami sakitkan hati dia ye?" Puan Kalsom terus masuk ke dapur.

Afiq terkedu seketika dengan kata-kata ibu mertuanya itu. Afiq terus beredar ke atas.

***

"Sorang-sorang kat sini buat apa?" Afiq menyapa lembut isterinya yang sedari tadi termenung jauh di luar rumah lalu lantas dia duduk atas kerusi bersebelahan isterinya itu.

Alanna tersedar dari lamunan. "Saja, dah lama tak duduk kat luar malam-malam macam ni" dia senyum sedikit. Angin dingin malam sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Esok kita balik rumah mummy ye?"

"Baru saya cadang nak duduk sini nak teman mama. Apa kata awak je lah balik. Nanti minggu depan ke saya balik lah dengan Mia atau Abang Iman" Alanna memandang tepat ke wajah suaminya. Pandangan sayu dilemparkan.

"Takkan aku nak duduk sorang-sorang dekat rumah pulak?"

"Takkan mama nak duduk sorang-sorang dekat rumah jugak?"

Afiq terdiam. Dia tidak mahu berjauhan dengan gadis itu.

"Mama dah tua, dia tu perempuan. Kalau apa-apa berlaku macam mana?"

"Kita bawaklah mama pergi rumah mummy, ada kawan. Papa pun bukannya selalu ada kat rumah"

Kini giliran Alanna pula mendiamkan diri. Berfikir sejenak dengan cadangan Afiq.

"Mama nak ke?"

"Alah, kalau geng bertemu geng memang nak lah jawabnya"

"Awak tanya lah mama nanti, saya masuk dulu"

Pendek je ni, tak banyak sangat scene romantik komedi nye. Kekangan masa dan idea😅 nanti bila2 author update lagi ye😅💕💦🐦 sayang anda💕🙈

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now