°LIMA°

93 7 0
                                    

"Hey, cepatlah!" Jerit Afiq dari bawah.

Alanna segera berlari turun dari tangga menuju ke kereta Afiq sambil menjinjing dua buah beg.

"Pehal lembap sangat?!"Afiq menjerkah. Bonet kereta dibuka. Beg itu dicampak kasar ke dalam bonet.

Muka Afiq yang bengis itu dipandang sekilas. "Maaflah. Tadi aku sakit perut. Salah makan agaknya" Alanna menunduk. Takut jugalah dijerkah begitu. Entah la kenapa tiba-tiba sakit perut.

"Dah la masuk" Afiq bersuara mendatar.

Alanna segera masuk ke dalam kereta. Setelah itu Honda Accord itu meluncur laju membelah jalan raya.

"Kenapa kau sakit perut?" Afiq tiba-tiba menyoal. Risau jugalah dia kenapa.

"Sebab nasi lemak tu kot. Aku beli. Tak masak sebab tak sempat la. Lagipun Mia kan tak ada" terang Alanna.

"Tak sempat ke malas?" Soalan Afiq kedengaran sinis.

"Er, lebih kepada malas" Alanna tersengih menampakkan giginya.

Afiq menggelengkan kepalanya. Oh my god, hujah-hujah akan dimulakan.

"Malas je kerja kau. Kalau jadi isteri nanti kau nak malas jugak? Come on la. Tanggungjawab kau tu. Nanti aku membebel kang kata aku marah la apa la. Dah dia yang malas. Nanti jadi isteri kau jangan macam-macam dengan aku eh? Kau kena taat, jangan jadi isteri derhaka. Layan aku" ayat 'layan aku' diujar secara perlahan. Matanya tumpu sahaja memandang ke hadapan.

"Yelah" Alanna malas hendak meneruskan kata-katanya lagi. Jadi dia hanya membalas acuh tak acuh.

"Kau tak rasa menyesal kahwin dengan aku?" Alanna menyoal setelah lama menyepi.

"Jodoh. Terima je lah" Afiq menjawab acuh tak acuh. Tangannya laju menekan punat untuk menghidupkan radio. Nyanyian lagu dari Ed Sheeran - Shape of You berkumandang di corong radio.

"Come on, jawab la betul-betul" Alanna mencebik dengan jawapan Afiq. Buka lagu favourite aku pula.

"Alah, boleh tak kita cakap fasal ni lepas nikah?" Afiq cukup malas untuk menjawab soalan yang satu ini. Sebab apa? Sebab dia pun tak tahu.

"Cakap sekarang lah. Nanti kau menyesal kahwin dengan aku pulak" suara Alanna mulai kendur. Takut jugalah kalau dia melenting.

"Nak aku lempang kau ke? Ke nak kaki?!" Afiq sudah melenting. Hadumakk, ni seram ni. Punat radio itu ditutupnya kasar. Hilang serta-merta lagu dari Ariana Grande - Side to Side.

Alanna menunduk. Hampir menitis air matanya.Laju tangan mengesat air mata yang menitis sedikit. Fuh, serius seram kalau face to face. Dalam chat tak sangat.

Alanna dan Afiq menyepi di dalam kereta sehinggalah mereka sampai ke rumah Puan Kalsom dan Encik Khairul.

Bukan nak minta maaf balik ni yang geram ni. Salah dia juga tak boleh kawal emosi. Gumam Alanna seorang diri. Dijeling sekilas ke arah Afiq yang sedang bersalaman dengan Encik Khairul. Bagasi dan beg kecilnya dijinjing ke rumah.

Ramai orang yang telah hadir. Sepupu sepapat dan sedara mara yang terdekat bermalam di rumah Puan Kalsom. Rumah banglo besar kan, muat lah juga manusianya. Huhu. Alanna menyalami orang tua nya dan juga beberapa orang Mak saudaranya.

"Hey, Anna!" Alanna menoleh empunya suara. Eh, Hakim. Hakim sepupu Alanna anak sulung Maklong. Umurnya tua setahun dari Alanna.

"Hakim! Kau balik?" Alanna menyoal spontan teruja. Satu senyuman ikhlas diberikan.

"Eh, mestilah aku balik. Kau kahwin kot takkan tak balik" Hakim mendekati Alanna. Dia ketawa kecil.

"Kenapa, seronok tengok aku cantik-cantik pakai make up eh?" Alanna kembang sebentar. Ketawa besar mereka berdua.

Dari jauh Afiq memandang tidak puas hati. Mesra sungguh diorang berbual. Aku kat sini kau lupa ke Alanna? Afiq mendengus geram.

"Bukanlah, seronok tengok pengapit kau" Hakim malu-malu kucing.

Pengapit? Mia? "Eh kau suka Mia eh?" Alanna sudah senyum nakal. Nak kena heboh ni!

"Apa kau merepek ni!" Lengan Alanna yang berlapik baju itu dipukul lembut."Dah ar aku blah dulu, bye!" Hakim segera beredar dari situ.

Eleh, suka Mia tak nak mengaku. Tiba-tiba Alanna disergah oleh seseorang. Terkejut Alanna dibuatnya. Mia tergelak besar.

"Mia! Aku gigit kau kang!" Alanna mengacah untuk menggigit bahu Mia.

"Eh, apa ni!" Mia menolak bahu Alanna. Barulah Alanna berhenti.

"Dah la. Tolong aku angkat beg ni" Alanna memberikan satu lagi beg kepada Mia.

"Banyak nya beg!"ujar Mia. Tangga didakinya.

"Dua je pun" Alanna menjawab malas. Sampai sahaja di bilik, Alanna meletakkan begnya di sisi katil lalu dia terus baring di atas katil. Fuh rindu gila katil ni! Dua bulan je tak balik.

"Anna aku keluar dulu. Nak tolong mama jap" Mia meminta diri. Lalu Mia keluar dari bilik itu.

Jam di dinding dipandang sekilas. La, pukul 1 dah ke. Patut la aku lapar. Japgi arh makan.

Sedap-sedap baring tiba-tiba pintu diketuk seseorang.

Alanna dengan malas bangun untuk membuka pintu.

Terkejut bukan kepalang lagi Afiq sedang berdiri dan memerhatikannya.

Selamat aku tak buang lagi tudung ni.  " Nak apa?" Alanna menyoal acuh tak acuh. Masih terasa akan hal tadi.

"Turun makan" selepas berkata Afiq terus berlalu turun ke bawah. Erk macam tu je?

Kenapa lah mama suruh dia hantar? Bukan apa buat penat dia je. Aku boleh drive sendiri ataupun balik terus dengan Mia dan Abang Iman. Hm, aku dah la tengah badmood dengan dia. Semak tau tak?

Alanna segera turun ke bawah. Wuisyh! Semua orang makan di ruang tamu buat bulatan besar. Satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita. Maklumlah, ramai kan. Dari jauh Puan Kalsom meggamit Alanna. Alanna segera mendapatkan Puan Kalsom. Dia duduk di situ.

"Eh, tak tukar baju?" Mak ngah yang duduk di sebelah Alanna menyoal.

Alanna menggelengkan kepala sambil tersengih.

Dari jauh di kumpulan lelaki, Afiq memerhati Alanna.

"Banyak benda aku nak luahkan"

***

"Pergi tengok bakal suami tu! Dia nak balik!" Puan kalsim menolak Alanna. Alaanna terdorong sedikit ke depan. Mulutnya dimuncungkan sedepa. Apa ni! Tak boleh ke dia blah je terus? Nak iring bagai. Mengada!

Sampai sahaja Alanna di kereta Afiq, Alanna menjeling.

"Dah blah cepat!" Alanna menghalau Afiq. Pintu kereta dibukanya dan menyuruh Afiq masuk.

"Eh, kau halau aku eh? Jangan macam-macam" Afiq sudah bengang. Nak je dia tengking budak mentah ni. Tapi apakan daya depan orang ramai belah mak mertua pulak tu.

"Blah ah kau. Semak doe" Alanna bersuara kasar tetapi diperlahankan takut ada yang dengar.

"Okey. Bye. Assalamualaikum" Sesudah Afiq memberi salam Afiq terus masuk dan kereta itu keluar dari perkarangan rumah.

"Kau tengok, aku jadi suami kau siap kau nanti kalau tak dengar cakap aku"

Macam ada typo je. Hm, paham2 lah😹 enjoy!💕 Vote la ke komen ke ade semangat sikit author nak buat😅

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now