_Sebelas_

63 5 1
                                    

Bunyi sesuatu seakan benda pecah yang kedengaran di dapur menghentikan aktivitinya. Jam di laptop dilihat, 1:13 pagi. Dari bilik kerja dia turun ke bawah ingin melihat apa yang terjadi.

Dia menjenguk sedikit kepala. Ada sesusuk tubuh yang sedang membongkok mengutip serpihan kaca mungkin. Takkan lah isterinya belum tidur.

"Apa yang kau buat tu?" Dia menegur.

Alanna berpaling dek terkejut. Kerana terkejut kaca itu tertusuk ke dalam jari telunjuknya. Dia menjerit kecil.

Afiq cepat-cepat mendapatkan isterinya. Tangan Alanna ditarik lembut menuju ke arah ruang tamu. Afiq menyuruh Alanna duduk. Alanna akur. Afiq menekan suis lampu. Terang. Kotak first aid diambil dalam almari.

"Tahan tau. Aku nak keluarkan kaca ni" Alanna mengangguk perlahan. Afiq mengeluarkan kaca itu dengan berhati-hati. Alanna mengetap bibirnya menahan sakit.

"Apa yang kau buat tengah malam kat dapur tu?" Soalan diajukan sambil tangannya lincah melekatkan plaster di jari kecil itu. Tangan itu dipegangnya lembut.

"Saya nak buat kopi untuk awak. Yela awak kan tengah buat kerja. Mana tahu awak ada banyak kerja lagi saya nak tolong awak berjaga. Kalau boleh nak teman sekali sebenarnya" dia tunduk malu. Malu sebab rancangannya tidak berjaya untuk menemani suaminya itu. Tapi tidak mengapa dia perasan dari riak wajah suaminya itu dia sedang risaukannya. Dia mampu senyum di dalam hati sahaja. Ya, dia masih ada peluang untuk membuat suaminya jatuh cinta padanya.

"Haih, tak perlu buat. Aku pun nak tidur dah. Dah siap dah pun. Kau pergi la naik dulu. Aku nak kemas dapur jap" kotak first aid itu dipegang kemas. Belum sempat dia hendak berjalan tangannya sudah ditarik.

"Saya tolong awak ye" dia sudah bangun menuju ke dapur sebelum sempat Afiq berkata apa-apa.

***

"Hari ni saya buat nasi goreng je" Alanna menghulurkan pinggan nasi goreng yang sudah dicedoknya tadi.

"It's okay. Petang ni aku nak gerak ke Langkawi. Kau jaga rumah ni aeh"

"Berapa hari? Seminggu?"

Dia mengangguk.

"Kalau kat sana jangan buat perangai macam-macam sangat"

"Asal pulak?"

"Yela, cari perempuan mana-mana ajak teman lunch ke apa ke"

Matanya tajam memandang gadis itu.

"Apa?"

"Tengoklah kalau aku baik hati nak bawa balik kawan baru untuk kau"

Alanna sudah menjeling tajam ke arah lelaki itu. Gedik. Kau buat kau tahu la nasib kau.

Afiq ketawa kecil. Lucu pula gadis itu.

"Tapi kan, tak boleh ke kalau saya nak ikut?" Alanna berkata sayu.

"Arh, tak payah. Buat kerja aku hancur je"

"Yela. Hm, kalau macam tu dalam seminggu ni boleh lah saya pergi mana-mana ye. Bosan la duduk rumah. Lagipun nak beli barang dapur lagi ni"

Afiq berfikir sejenak. Tak boleh jadi ni. Kalau dia keluar sorang-sorang, mesti ada ex dia ambil kesempatan. Kalau apa-apa jadi dekat dia. Mampus aku. Aku yang kena tanggungjawab jaga dia.

Afiq mencapai telefonnya yang berada di sebelah pinggannya.

"Lily, tempah lagi satu tiket ke Langkawi"

Alanna sudah tersenyum riang. Nampaknya dia boleh sertai bersama.

"Awak, ni bukan honeymoon ye"

"Kalau honeymoon sekali pun apa salahnya" selamba.

Pipi Alanna sudah terasa bahang. Tak payah penat-penat goda macam ni. Hm.

"Pergi la packing baju" Afiq menyuruh. Alanna bangun lalu mengemas meja makan. Pinggan dicuci. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Bahagia weyh!

Dia bergegas ke atas untuk mengemas baju. Jam dinding dikerling sekilas. Pukul 9:30 pagi. Lagi empat  jam tiga puluh minit untuk bertolak ke sana.

"Awak! Boleh tak nak minta satu permintaan?" Alanna senyum manja.

"Apa?"

"Saya nak awak tukar panggilan tu. Aku, kau tu tak sweet la. Macam kejam sangat"

"Dah tu? Aku nak panggil apa? Nenek?"

Alanna menggeleng. "Saya panggil awak abang, awak panggil saya Anna. Awak kena gelarkan diri awak tu abang ye. Saya Anna"

"Hmmm" Afiq bergumam perlahan memikir.

"Tak boleh tak apa lah" suaranya mengendur, tanpa memandang Afiq dia terus berlalu keluar dari bilik.

"Haih budak ni memang selalu buat aku stress" omel Afiq seorang diri. Dia mengangkat beg roda ke ruang tamu. Persediaan sahaja.

Isterinya dicari. Luar agaknya, pintu terbuka tu.

Di atas kerusi batu dia melihat Alanna sedang termenung. Dia menghampiri lalu menegur.

"Buat apa kat sini? Tak panas ke?"

Tanpa memandang ke belakang Alanna menjawab. "Tak"

"Dah, jangan merajuk lagi. Nanti aku nak marah dengan siapa? Nak gaduh dengan siapa? Nak sakitkan hati siapa? Tambahan lagi, siapa nak jaga anak aku? Siapa nak lahirkan anak aku kalau bukan kau" bisik Afiq di telinga Alanna.

Meremang bulu roma Alanna dibuatnya. Alanna lantas pusing ke belakang lalu menarik tangan Afiq menyuruh dia duduk di sebelahnya.

"Sejak bila pandai berkata-kata ni?" Alanna memandang Afiq tanpa riak.

"Hm, entahlah" dia menjawab acuh tak acuh.

"Huh, susah la cakap dengan awak. Permintaan senang pun susah nak tunai" Alanna menyilangkan tangan ke dada. Lalu matanya melihat ke hadapan.

"Mana ada"

"Awak selalu hambar"

"Sehambar aku pun, tetap kau sayang aku kan?" Dia senyum nakal.

Alanna hanya menjelirkan lidahnya.

"Nak bawa Fluffy sekali boleh?"

Si buntat tu, habislah isteri aku nanti dia kebas. Tak boleh jadi ni. "Hm, tak payah. Upah je orang jaga dia"

"Ala, kenapa pulak?"

"Nak aku batalkan flight untuk kau ke? Tak nak, dengar cakap aku"

"Okey okey! Awak jomlah hantar dia ke pusat penjagaan haiwan. Nanti tak sempat pula"

"Mana dia? Tidur lah tu. Pemalas betul"

Tiba-tiba kucing itu keluar dan menyerbu ke arah Afiq. Panjang umur kau buntat.

"HAHAHAHAHA! Panjang umur dia tu lah awak kutuk dia lagi" Alanna ketawa besar. Lawak nya lahai.

Afiq buat muka menyampah. Perut kucing itu dicucuk-cucuknya. Rasakan hah buntat!

Atas permintaan kawan😂 kalau macam typo tu paham-pahamlah tau😂


Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now