←Tujuh→

56 3 0
                                    

Terasa badan digoncang lembut. Dia terus terjaga dan menggeliat. Dipandangnya wajah seorang gadis muda di sebelahnya lebih tepat di atas katil bersamanya! Eh apa aku buat kat anak dara orang ni?! Terloncat dia turun dari katil.

"Kau siapa?" Terkejut besar dia melihat gadis itu yang seakan-akan keliru blur blur gitu.

"Eh, isteri awak lah. Awak lupa yang awak kahwin semalam? Amboi!" Alanna menjeling tajam ke arah Afiq yang sedang tercegat berdiri di sebelah katil. Pehal dengan dia ni? Tak suka kahwin dengan aku cakap je lah! Alanna lantas turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air untuk mandi dan mengambil wuduk.

Author skip arh maleh lak nak tulis pasal deme bersanding ni😅

"Fuh, bapak arh penat giler!" Alanna meregangkan otot-ototnya. Badannya dihempas ke katil.

"Penat tak penat urut aku sekarang!" Afiq duduk di atas katil bersebelahan Alanna.

Alanna lantas bangun dari pembaringan. Apekah? Buat lawak ke? Aku urut? Weyh penat doe.

"Tapi, saya penat jugak" Alanna membantah secara lembut. Takut ditengking pulak tak pun pelempang dihadiahkan di muka. Ufufufu.

Afiq menjeling tajam. Ada ada  pulak alasan budak ni.

"Jangan degil boleh tak? Aku kata urut tu urut la. Nak jadi isteri derhaka ke apa?" Afiq melenting. Mahu saja tangannya melekat di pipi Alanna.

Mahu tak mahu dia terpaksa melakukannya dengan ikhlas. Gelaran 'isteri derhaka' cukup ngeri bagi dirinya.

Tangannya perlahan-lahan mendarat di bahu lelaki itu. Dipicit-picit lembut.

Afiq menghela nafas lega setelah diurut. Baru boleh tidur nyenyak ni! Cermin mata dibuka lalu diletakkan di atas meja lampu.

Dia baring mengiring bertentangan dengan isterinya. Meluat pulak mahu melihat muka perempuan itu. Tanpa diucapkan terima kasih dia sudah terlena diulit mimpi.

Alanna bangun menutup suis lampu. Lalu dia baring menghadap belakang badan suaminya. Dipandang lama badan lelaki itu. Alangkah indahnya jikalau lelaki itu boleh terima dirinya seadanya. Pasti sudah dibelai dirinya itu.

Lama melayan emosi, dia tertidur.

***

Matanya dibuka perlahan-lahan. Sinar mentari pagi menyilaukan matanya. Tangannya menenyeh mata dengan lembut. Wajah gadis dihadapannya itu disapa lembut. Cantik.

"Eh aku tak nak suka dia sebab muka. Dia ni memang sengaja betul goda orang lah!" Dia bangun dari katil. Lalu menuju ke bilik air. Subuh sudah lama tamat. Terlajak tidur terlepaslah subuh. Penat lah katakan.

Usai solat dia memandang Alanna sekilas yang sudah terjaga dari tidur.

"Solat dah ke?" Dia menegur sinis.

"Dah" sepatah dijawab.

Eh biar betul dah solat? Dia tak kejut aku ke?

"Eh, kau solat tak kejut aku pehal?" Afiq bengang. Matanya ditajamkan. Boleh tembus ke otak macam tu.

"Saya dah kejut. Awak yang tidur mati. Sampai awak marah saya tahu? Tu yang saya solat sendiri"

"Memang patut kau kena marah" Afiq bangun menyidai sejadah. Lalu dia keluar turun ke bawah.

Di bawah kelihatan ramai sedang makan dan berbual-bual. Sedara mara yang lain ada juga yang balik semalam. Kini tinggal keluarga mertuanya, keluarganya dan keluarga Hakim.

"Eh, Abang Afiq! Marilah join sekaki. Mana Anna? Membuta lagi?" Hakim menjenguk ke belakang Hakim. Membuta lagi la tu.

"Dia dah bangun. Nanti turun lah dia tu" ujar Afiq acuh tak acuh. Kerusi ditarik malas. Dia duduk berhadapan dengan ibunya.

"Selamat pagi, mum, pa, ma, abah" senyuman ceria terhias diwajahnya. Palsu je tu tak ceria mana pun.

"Mana Anna? Takkan tinggal isteri kot" Encik Rashid menyoal pelik. Takkan hari ketiga pun bergaduh dah? Apacer anak mentua aku ni?

Afiq yang sedang mengunyah nasi goreng berhenti. Dipandangnya ke arah tangga. Hah, tu minah tu baru muncul.

Afiq memuncungkan mulutnya ke arah tangga. Malas pakai jari huhu.

"Kenapa lambat sangat turun? Tu dah merajuk dah tu suami kamu" Puan Kalsom sudah membebel.

Alanna hanya mampu tersengih manakala Puan Kalsom menggelengkan kepalanya.

Kerusi ditarik lalu duduk bersebelahan suaminya.

"Bila korang nak balik?" Hakim mencelah secara tiba-tiba.

"Ayat tu, macam halau aku je" sindir Alanna. Dijeling tajam ke arah Hakim.

"Haah, memang aku halau pun. Pergi la honeymoon ke apa ke" Hakim menjawab selamba.

Alanna menjegilkan matanya. Apa kau merepek Hakim Fiqrul?

"Bagus juga! Nak pergi mana? Kalau nak, abah nak sponser kan" Encik Azman memberi cadangan.

"Tak apa lah, abah. Honeymoon tu biar ada masa yang panjang. Abah tak payah susah-susah nak sponser kan. Fiq boleh tanggung, abah" Afiq menjawab lembut. Honeymoon? Memang tak la.

"Nak tunggu masa panjang, sampai bila tak boleh nak. Baik pergi bulan depan ke" Puan Kalsom mencelah.

"Iyelah mama" Afiq mengangguk perlahan.

"Petang ni, kitorang nak gerak KL dah. Papa dengan mummy nak gerak sekali ke?" Afiq memandang kedua orang tuanya.

"Tak apa la Fiq, kami nak duduk sini dulu esok baru nak gerak" Puan Rashida menolak lembut.

"Mummy, Iqa dengan Faqrul nak jalan-jalan petang ni boleh? Nak pergi Aeon ke mana-mana la" Afiqa tersengih manakala Faqrul sudah tersenyum manja.

Puan Rashida hanya mengangguk tanda setuju.

***

"Ingat Anna, jaga makan minum suami. Taat. Layan suami kamu tu. Jangan buat hal sendiri je tau" pesan Puan Kalsom yang kali ke berapa entah.

Alanna hanya mengangguk malas. Tangan orang tuanya dan mertuanya disalam.

"Weyh Anna! Nanti kirim salam kat Mia! Kalau kau jumpa dia la. Cakap sekali yang aku kirim rindu padanya. Huhu" pesan Hakim. Mia dengan Abang Iman balik semalam. Katanya Abang Iman ada hal penting.

Alanna hanya mengangguk sambil ketawa kecil. Ada-ada saja si Hakim Fiqrul ni. Childish plus jiwang plus pemalu sebab tak nak mengaku yang dia sukakan Mia.

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now