↑Sembilan↓

71 4 0
                                    

Kreek...

Bunyi pintu dikuak. Alanna menoleh ke belakang. Afiq!

"Erk, kenapa?" Alanna memandang muka polos Afiq. Mesti baru balik. Jam di dinding dikerling. Oh, dah pukul 6. Lama gila aku tatap laptop dari pukul 3. Selamat aku tak solat.

"Tak, aku nak pastikan kau ada ke tak. Bukan apa selalu ada kat bawah. Ni tak ada tu yang aku cari kau. Tak apa lah teruskan" Afiq lantas menutup pintu bilik.

Alanna memadam laptop. Lalu ditutup dengan berhati-hati. Dia turun ke bawah. Mahu mencari Afiq. Matanya tertancap sesuatu di bawah.

Dia mencari Afiq mahu menanya soalan tentang apa yang dibawanya. Di dapur Afiq sedang minum air kosong dengan rakus.

"Afiq!" Dia memanggil lelaki itu dengan sedikit terjerit.

Uhuk, uhuk! Afiq tersedak. Terkejut dek suara Alanna tadi.

Alanna mendekati suaminya yang sedang terbatuk-batuk. Belakang badan suaminya ditepuk lembut.

"Maaf" Alanna menunduk. Harap tak kena bebel la.

"Panggil tu elok-elok lah! Aku bukan dekat Johor! Kau nak apa terjerit-jerit?" Dia meletakkan gelas itu di atas meja. Matanya kembali melihat gadis yang sudah dua minggu menjadi isterinya.

"Apa yang awak bawa balik tu?"

"Bawa apa?"

"Ala, yang kat atas sofa tu apa?"

"Hm, kau nak hadiah tak?"

"Mestilah nak! Siapa tak nak awak!" Alanna sudah melompat keriangan. Hadiah apa la yang suaminya berikan kepadanya.

"Jom" Afiq menarik tangan Alanna menuju ke ruang tamu. Sangkar itu diubah dan diletakkan di atas meja. Lalu dikeluarkannya seekor kucing yang comel. Anak kucing parsi. Bulunya lebat berwarna kelabu. Matanya bulat berwarna biru. Pasti cair sesiapa yang melihatnya. Sungguh mengasyikkan.

Alanna sudah melompat keriangan. Kucing itu dibelainya. Hm, nak bagi nama apa ya?

"Ehem, nak bela boleh. Tapi ada syarat"

"Syarat apa?"

"Nanti aku bagitahu. Tak nak cakap apa-apa ke?"

Alanna memandang Afiq atas bawah. Cakap apa? Oh..!

Dia bangun lalu memeluk suaminya itu. Pipi lelaki itu diciumnya sesaat. Merona kemerahan pipi lelaki itu.

"Thanks awak! I really appreciate it! Hadiah awak sangat berharga!" Alanna tersenyum manis. Bahagia sebentar dengan detik-detik indah.

Afiq tersenyum kecil. 'Hadiah paling berharga adalah hati saya yang saya berikan pada awak sayang. Tapi awak tak akan sedar' ujar hati kecil lelaki itu.

"Awak mandilah dulu. Saya ada masak makanan kegemaran awak. Rezeki saya, rezeki awak. Cukup-cukup je" dia tersengih.

***

Alanna menapak ke ruang tamu. Dilihat suaminya sedang menonton televisyen. Siaran One HD. K-drama yang terpampang adalah cerita kegemarannya, semua apa-apa tentang Korea pasti dia tahu. Entahlah cerita apa. Jiwa kpopers dia masih tak hilang.
Dia mendekati suaminya. Perlahan-lahan dia duduk di sebelah suaminya. Lalu dia menegur lembut.

"Erm, A..."

"Shh!" belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Afiq sudah menyuruhnya diam.

Iklan muncul dan tiba-tiba Afiq menegur.

"Kenapa?" Afiq memandangnya sekilas.

"Apa syaratnya?"

"Syarat apa?" Afiq blurr. Dia memandang wajah isterinya.

Pehal la suami aku ni ada penyakit nyanyuk? "Pasal tadi la. Kucing tu. Ala jangan la nyanyuk sangat awak" Kucing yang diberikan nama Fluffy kerana bulunya yang lebat itu tiba-tiba melompat ke atas meja. Alanna mengusap perut Fluffy.

"Oh, syaratnya adalah... kau jangan la main sangat dengan apa nama tadi? Plugy? Oh, Fluffy. Jangan main selalu sampai lupa aku pulak. Suami tetap suami kau kena layan aku. Erm, dan..." Afiq mendekatkan wajahnya dengan wajah Alanna. Alanna menjarakkan sedikit wajahnya.

"Kau kena jaga kucing tu elok-elok lah. Jangan mendera pulak. Aku dera kau kang" Afiq mengecilkan matanya.

"Iye, saya tau la" Alanna meletakkan kepalanya di atas bahu Afiq.

Afiq terkedu. Ditolaknya kepala Alanna ke tepi.

"Nak tidur pergilah. Tidur dengan Fluffy tu" ujar Afiq. Matanya tertancap pada televisyen.

"Tidur dengan awak lah. Boleh?"

"Erk, pergilah tidur dulu. Aku nak tengok tv ni" Dia menolak.

"Ala... boleh la" mulutnya dimuncungkan. Dia menarik tangan suaminya.

"Diam!" Afiq bengang dengan kegedikan isterinya. Suka sangat gedik terlebih. Menyampah aku.

Alanna diam. Fuh, bapak susah nak pujuk laki aku ni. Dia segera naik ke atas bersama Fluffy. Bukan merajuk, tapi rasa terkilan.

Dia hanya melihat sehingga isterinya hilang dari pandangan.

"Merajuk ke? Aku pun satu terlebih emosi pulak" Afiq meraup mukanya. Rasa serba salah menguasai diri.

Dia bangun lalu menutup suiz tv dan kipas. Dia terus berlalu ke bilik. Pintu dibukanya. Lalu dia mendekati isterinya.

"Eh, tak tengok tv ke? Dah habis?" Soal Alanna. Bukan menyindir tapi kedengaran seperti menyindir.

"Malas la tengok. Mengantuk pulak" Afiq baring disebelah isterinya. Cermin mata ditanggalkannya lalu diletakkan di atas meja. Wahai isteri, belailah suamimu ini. Mengapa kucing itu yang merasa nikmat belaianmu wahai isteriku sayang.

Lampu meja yang samar-samar membolehkan dia melihat wajah suaminya itu. Alahai tergugat iman aku pulak.

Afiq yang tersedar akan ada sepasang mata yang melihatnya menoleh.

"Apa?"

Alanna cepat-cepat menggeleng. Lampu meja ditutup. Lalu dia pun tertidur bersama Fluffy yang tidur di antara mereka.

Afiq mengeluh. Kucing ni lahai mengacau pulak aku rasa. Afiq mencucuk-cucuk perut Fluffy menggunakan jari telunjuknya.

Kucing itu mengiau. Afiq terus menekup mulut kucing itu.

Dipandangnya wajah Alanna yang sedang tidur dengan nyenyak. Fuh, selamat tak jaga. Lalu dia tidur setelah kucing itu tidak mahu berganjak dari situ.

Cruel Crush Annoying Husband [Slow Update]Where stories live. Discover now