MS09 | Fxxt it

512 54 0
                                    

Hujung kuku diketuk atas meja tersebut. Matanya hanya memandang keluar dan kadangkala melihat jam tangannya.

" Dia tak datang ke? " soalnya agak sedikit kecewa. Mana tidaknya, dah sejam lebih dia tunggu namun tiada pun kelibat Aileen datang ke situ. Taehyung mengeluh berat dan mencapai kunci keretanya. Air choco cup itu dihabiskan sebelum dia beredar dari situ.

» Semasa dalam perjalanan..

Taehyung berhenti dihadapan butik perkahwinan iaitu butik milik ibunya. Ibu Taehyung seorang pemilik butik perkahwinan dan bapa Taehyung seorang pegusaha syarikat yang terpengaruh di Korea.

Taehyung menutup pintu keretanya dan mengunci. Setelah itu dia masuk kedalam butik tersebut. Kebetulan, di hujung bahagian baju pengantin perempuan dia ternampak seseorang. Tetapi agak kurang dikenal pasti siapa kerana tempat orang itu agak jauh sedikit dari dia berdiri. Tambahan lagi ada kawasan itu banyak pelanggan yang sedang memilih.

" Eoh Taehyung ah, baru balik? " tiba tiba Puan Kim iaitu ibu kepada Taehyung menegur. Taehyung berpaling dan senyuman terukir dibibir.

" Eoh. Banyak pelanggan omma hari ni kan? Hahah " usik Taehyung . Puan Kim hanya tergelak dan menepuk bahu Taehyung.

" Ramai .. Nasiblah ramai juga omma ambil pekerja. Tak juga penat sangat.. Anak omma sorang ni, kenapa tak balik terus? "

" Nak bersua muka dengan omma tersayang lagikan Taehyung cinta ini salah? " lengan Puan Kim dipaut manja.

" Bodek omma ke apa? Dah dah.. Orang nampak ni.. "

" Eung.. Yelah.. Taehyung pulang dulu.. Annyeong.. Jangan lupa kirim salam kalau ada yeoja cantik ya, omma.. " pesan Taehyung nakal. Puan Kim tersenyum melihat Taehyung yang keluar dari butiknya.

***

Hoseok tercungap cungap kepenatan. Dia membongkokkan badannya dihadapan rumah Aileen. Tangannya diletakkan diatas lututnya.

" Huh.. Huh.. Aileen ah!! Aileen!! Jeon Aileen!!! " panggil Hoseok. Daun pintu diketuk. Namun tiada sesiapa membuka pintu tersebut. Hoseok melihat rumah tersebut seperti tiada orang.

" Takkan dia jalan? Haa.. Penatnya.. Panas.. " Hoseok mengipas² wajahnya dengan tangan. Dia berjalan kearah pokok dihadapan rumah Aileen dan duduk bersandar di pokok tersebut.

" Aku tunggu kau, Aileen.. " tekad Hoseok sambil tersengih. Dia memandang langit yang berubah warna suram.

» Fast Forward

Kereta hitam berhenti tepat tepat dihadapan rumah. Mrs Jeon terlebih dahulu keluar dari kereta, malahan Jungkook dibelakang memandang Aileen yang tertidur disebelahnya.

Habis rambut panjangnya serabut menutup wajah.

" Oi bangun. " kepala Aileen ditolak sehingga kepala Aileen terhantuk di cermin tingkap kereta. Jungkook tergelak melihat Aileen yang mengaduh.

" Dah sampai? Hmm.. Nyenyak nya aku tidur.. " kata Aileen kecil.

" Nyenyak sangat.. Sampai berliur tepi bibir kau.. " ejek Jungkook. Mata Aileen membesar. Cepat cepat dia menyentuh bibirnya dan ternyata ada sedikit saliva melekat disitu. Jungkook sempat tergelak sebelum keluar dari kereta.

Marriage Siblings || jjkWhere stories live. Discover now