PART 03

177 6 2
                                    

____________________________________

Bibirnya yang dilumuri darah dijilat dengan rakus.Matanya tajam memandang yeoja yang terbaring dilantai.

Kulit yeoja itu memucat kerana kehilangan darah yang banyak.Senyuman sinis terlakar di bibirnya.

"Manusia bodoh."kata namja itu sambil mengelap bibirnya yang comot dengan pakaian yeoja itu.

Tali tie merah jelas tersarung dilehernya manakala yeoja itu memakai tali tie berwarna putih.Wajahnya terus dipalingkan ke luar tingkap.

Malam yang indah bagi dia tapi malam yang menakutkan bagi manusia dan makhluk lain kecuali Demon dan Werewolf.Vampire sepertinya langsung tidak takut akan demon dan werewolf.

Makhluk seperti dia sudah biasa hidup dimusuhi oleh makhluk lain tambah-tambah makhluk seperti manusia.Kerana kebanyakan manusia menjadi target utama makhluk seperti mereka untuk terus hidup.

Kepalanya terus mengingati seorang yeoja.Sayangnya yeoja itu seorang demon.

Kalau yeoja itu manusia sudah pasti dia menjadi mangsanya.Masih diingatannya,senyuman manis milik yeoja itu.

Seolah-olah yeoja itu tidak pernah ada masalah.Matanya memandang kearah langit yang jelas kelihatan bulan sabit.

"Tak salahkan kalau aku jadikan demon sebagai makanan aku."kata namja itu bersama senyuman sinis.

"Jangan buat kerja bodohlah,sial!!"kata satu suara memecah kedamaian namja itu.

"Kau jangan nak menyibuklah,devil.Ni hidup aku bukan kau.Kau hanya menumpang dalam badan aku."balas namja itu dengan kasar.

Jelas kelihatan wajah seorang namja yang serupa dengan nya kecuali warna mata mereka.Pemilik tubuh itu warna matanya ialah kelabu asap manakala wajah yang terbias dicermin,warna matanya ialah merah hitan.

"Kau mesti cari pemilik darah suci bukannya sibuk nak jadikan demon tu sebagai target kau."kata suara itu lagi.

"Kau boleh diam tak!?Menyemak betullah!!!"tengking namja itu kepada suara itu.

"Hahahaha dasar vampire bodoh hahahah."ejek suara itu bersama ketawa yang menyakitkan telinga.

Cermin ditumbuk dengan kuat sehingga hancur berderai.Darah mengalir keluar dengan laju.

Wajahnya bengis menahan amarah.Senyuman sinis terukir dibibirnya.

____________________________________

Cawan berisi air kopi dibawa ke mulutnya.Matanya memandang pemandangan di hadapannya.

"Vampire hunter,huh."kata namja itu bersama senyuman sinis.

"Aku tak tahu pula pasal pergaduhan keturunan Vampire dengan Demon."kata namja itu lagi.

Matanya tajam memandang kearah semak dihadapannya.Seekor serigala keluar dari semak membuatkan senyuman sinisnya mati.

"Apa kau buat dekat sini,Kai?"soal namja dengan nada suara terkawal.

Serigala itu terus berubah menjadi seorang manusia.Manusia itu merupakan seorang namja.

"Makan malam dah sedia."kata namja itu sebelum telepot dari tempat itu.

"Aku nak tengok sejauh mana kau nak bertindak.Rasanya tak salahkan kalau aku sertai."kata namja itu lalu bangun dari duduknya.

Kakinya dibawa masuk ke dalam rumah.Api yang terdapat di kawasan yang dia duduk tadi terus terpadam.

____________________________________

To Be Continue♠

♠Vote

♠Comment♠


Vampire Hunter|Jung Kook|Where stories live. Discover now