" Doktor, dah sihat?"
" Ye, kaki saya sakit sangat bekas tendang tu lebam teruk, saya tak boleh nak angkat kaki"
" Hari ni saya di hospital, file pesakit letak dalam bilik saya"
" Nurse Zaiton mana?"
"Kerja petang" Saya nak lawat, Laila, Sufian, tiga orang wad 4 dan brother."
" Hati hati doktor, Laili semalam kita karen otak dia, hari ni dia slow sikit. Prepare lagi satu treatment, sebab keadaan dia tak dapat nak diselamatkan, kalau tak karen dengan ubat yang tinggi steroik sahaja dapat tenangkan dia."
" Ya. Saya sediakan sekarang"
"Ya. Saya melawat Sufian dulu"
Nadya lalu dihadapan cell brother, Nadya berhenti melihat brother duduk di sudut tepi dinding ditutup kepalanya dengan kedua tangan. Seakan dia cuba mengelak sesuatu.
Kenapa dia jadi begitu, he seems to protect himself. His body language telling something is not right. Aku kena tahu kenapa?Terus Nadya masuk kedalam wad 4.
" Hi, Sufian selamat pagi. Sedap makan roti? Doktor nak minta sikit boleh" Nadya senyum bila Sufian sembunyi roti dibelakang.
" Ala, sikit saja, doktor ada gula gula, cuba buka mulut, doktor nak tengok lidah, cepat dapat lolipop sedap"
Sufian membuka mulut dengan besar, ketawa Nadya. Diperiksa mulut lelaki berumur 30 tahun, yang sakit mental depression akibat tekanam perkerjaan sebagai akauntan. Kadang kadang Sufian akan marah dan bercakap sendirian, apa yang dicakap semua berkaitan matematik, buku diberi semua di catit kiraan masuk dan keluar duit.
" Okay Sufian, sekarang kita gosok gigi nak, lepas tu doktor bagi makan ubat dan kitkat satu nak"
" Boleh, berapa harga keseluruhannya. Saya bayar pakai matawang Amerika" ketawa Nadya. Dilayan Sufian dengan baik.
" Nanti bagi ubat ni, kurangkan 2ml ubat untuk suntikan. Yang lain macam biasa. Kalau ada perubahan seminggu dua dia boleh keluar"
Satu demi satu katil Nadya melawat bersama dua nurse dan dua pengawal. Enam orang pesakit dengan pelabagai masalah yang dihadapi. Selepas selesai Nadya menuju ke bilik Laili untuk treatment seterusnya.
Sebaik sampai di depan cell Laili, Nadya dan pengawal berhenti.
" Aduih saya takut tengok keadaan dia macam ni. pengawal pakai straitjacket ketat kan. Nurse kita tungg diluar cell."

Nadya melihat, Laili menjadi begitu kuat, pengawal terpaksa menguna kekerasaan untuk memakai jaket." Laili, maaf ya awak akan rasa sakit, saya nak awak sembuh" dua kali Nadya membelai rambut Laili terus memulakan treatment. Menjerit Laili, diletak besi dimulut Laili. Dua kali di karen Laili menjadi lembik dibuka ikatan mereka menolak masuk semula kedalam cell.
" I ada kaunselling dengan pasakit luar nanti saya nak lawat Brother"
"Jumpa pesakit dulu. Dah habis bagitahu"
"Kak Ton, saya nak lawat brother." Nadya melangkah masuk kedalam cell.
" Seharian dia duduk disini dari pagi tadi." Perlahan lahan Nadya menghampiri. Di pakai sarung tangan Nadya menyentuh lengan brother. Tiada reaksi. Walau pun takut, tapi Nadya beranikan diri, mengangkat wajah brother. Brother diam. Tiada apa yang dapat Nadya lihat pada raut wajah brother selain dari jambang yang lebat bagaikan hutan. Jambang yang melekit sambung dengan rambut yang melekit dan tebal.
" Mata dia masih bengkang merah lagi. Nurse pagi tadi bersih tak mata dia?"
" Pagi tadi Hamzah yang bertugas. Kejap saya cek rekod."
" Pinpim brother ke katil. Nadya bangun berdiri jauh ditepi pintu. Takut jika brother meronta atau naik angin.
Selepas tangan di ikat. Nadya kembali ke katil di bersih mata, di sapu ubat mata.
" Dalam kurang sikit merah. Dia dah makan?"
" Malam belum, pagi tadi pun dia tak makan. Tak apa nanti kak ton bagi"
" Okay Nadya keluar dulu"
" Doktor Nadya, tak balik lagi dah pukul 8"
" Nak balik kak ton, saya tengok file brother, tak ada banyak information pasal dia, yang doktor balan tulis semua pasal dia jadi ganas, bagi ubat, karen otak, itu saja. Kenapa doktor balan tak cuba behaviour procedure. Sejak seminggu ni tak ada pulak ganas. Saya tak pelik, tapi saya nak tahu"
" Doktor Nadya, perlu tahu sesuatu, tapi jangan lah kata Kak ton yang cerita. Kasihan juga kak ton tengok brother tu, masa dalam jagaan doktor balan, Mereka kasar dengan dia, tambah tambah si Hamzah, selalu pukul dia, lepas tu bila brother mengamuk, dia report kat dr. Balan, Dr balan tambah kan ubat lagi, Kak Ton tengok si hamzah tu memang pukul dia teruk teruk, dulu si Hamzah tu cabut kuku kaki doa, mahu dia tak belasah Hamzah. Dia dah gila, buat sakit sakit, dia pun manusia walau tak betul. Mata dia tu dulu dr. Balan nampak si hamzah tonyoh dengan pembasmi kuman, mahu tak pedih, sejak tu dia tutup mata tak buka. Masa Dr. Shuib di sini, Dr. Shuib letak cctv nak tengok apa brother buat nak bantu, tapi lepas dr. Shuib berhenti, Dr.Balan ambik alih tak apa yang dia bantu selain bagi makan ubat karen otak"
" Kasihan nya. Sekarang masih ada cctv?"
" Tak ada lagi. Dr. Balan suruh buka. Dulu nurse Wong nak complain pasal Hamzah suka pukul pesakit, tapi Dr. Balan tolong dia, last nurse Wong kena tukar ke tempat lain"
" Bagi saya sampai minggu depan, saya nak potong rambut dia, saya tahu nak buat apa dengan Hamzah.
Mungkin kita boleh bantu dia. Lagi pun dia manusia juga. Mesti ada kisah dia sampai jadi macam ni."" Mana tahu Doktor anak raja ke."
" Ya lah tu. Kejap saya nak lawat dia sebelum saya balik"
" Jom doktor. Bagai mana agaknya rupa brother. Kena polish semua sekali. Kalau doktor nak suruh Ramli yang buat, sebab Ramli baik tak macam Hamzah"
Nadya mengangguk kepala terus masuk kedalam cell. Brother sedang tidur. Nadya melihat airmata brother mengalir.
" Brother," Nadya memgambil tisu dari poket jaket nya di sapu airmata brother.
"Kak Ton, dia selalu ke menangis?"
" Ada juga."
" Brother, awak okay ke? Buka lah mata awak bagi saya lihat. Mata awak sakit ke, rasa gatal"
Brother diam." Saya rimas dengan rambut dia. Ada nasi makan ni sedap ada ayam"
" Biar lah doktor, dia akan makan nanti." Nadya dan nurse Zaiton keluar, pertama kali Nadya mendengar suara tangisan brother yang kuat.
" Kak Ton, dia pernah menangis macam ni?"
" Ada. Tapi tak selalu."
" Mungkin dia sakit kot?"
" Tak tahu, sebab dia tak pernah cakap'
" Hmmm... saya nak balik dulu. Kak Ton balik jam 11 ke?"
" Ya. Apa apa suruh nurse malam call saya"
Aku kena bantu brother, kasihan apa masalah kamu, siapa keluarga kamu.
Sepanjang perjalanan balik ke Tanjung Bunga, otak Nadya asyik memikir keadaan brother.
YOU ARE READING
GILA
RomanceAsal usul tak ketahui.. Dari mana dia datang. Siapa dia? Kenapa dia jadi macam tu? Apa yang menyebabkan dia Gila? Aku tak ada jawapan.