Bab 6

6.2K 214 4
                                    

" Ini rumah baru awak, tempat ni selesa, selamat. Nanti saya bawa awak tengok sekeliling, kat belakang ada pantai. Awak duduk sini kejap, saya nak naik kebilik. Saya nak tukar baju kejap. Nanti saya hendak keluar beli pakaian awak. Kejap lagi nurse Zaiton datang teman awak disini. Nanti saya kembali, kita masak makan sama, macam satu family. Azzan duduk sini. Saya buka TV" Nadya membukA TV, terkejut Azzan bila mendengar suara dari TV. .

"Hope gambar Three Blind Mice is fine for you. Saya naik atas kejap. Bagai tiada reaksi brother duduk dihadapan TV di pegang remote.

Pantas Nadya mandi dan menyalin baju. Nadya turun semula dilihat brother sedang tidur diatas sofa, Nadya naik diambil selimut menyelimut badan brother.

" Kak Ton, Nadya nak beli baju dekat dia size L okay ke? Nadya beli t shrit dulu dengan sweat pants, nanti bila dia dah okay kita bawa dia pergi beli baju lagi. Kak Ton seluar dalam dia size apa, Nadya tak tahu"

" XL?"

"Besar Nadya. L okay kot?

"Nadya Renoma dalam box tu boleh?".

"Boleh, doktor tanya macam marka Kak Ton pulak. Beli je apa apa pun boleh. Dah pergi Kak Ton tunggu. "

".Kak ton injection kalau apa apa terjadi cucuk 5 saat dilembik terus, 1 jam baru dia akan pulih"

' Kak Ton okay, dah pergi."

Dua jam membeli di dalam Paragon, dibeli baju, seluar, men toiletries segala keperluan brother. Nadya singgah di Sam Grocery di beli keperluan rumah.

.........l

"Nadya dah balik, ambik angin tengahari kat belakang ni mengantuk Kak Ton pun. Suka dia duduk disitu udara panas angin laut segar. " Nadya senyum melihat brother leka melihat laut.

" Nadya singgah beli nasi di Tanjung Tokong nak masak takut tak sempat dinner bole masak "

" Nadya hidang lauk dulu, dia ada cakap? Ke apa apa"

" Dia cuba kata sakit dekat belakang, tunjuk dekat Kak Ton, Kak Ton sapu ubat. Kena suruh dia mandi sabun badan tu semua"

"Makan dulu."

" Lepas makan Kak Ton, balik dulu sebab anak saudara Kak Ton datang. Nadya hati hati."

" Insya Allah, Nadya nak hantar Azzan pergi counseling dengan Dr. Raymond, Uncle Ray boleh bantu dia"

"Mahal Nadya private hospital."

" Uncle Ray akan datang rumah. Okay dah siap, kejap Nadya pergi panggil Azzan"

" Hi, awak rasa selesa disini?" Brother hanya mengangguk kepala.

" Jom kita makan. Saya dah beli baju, seluar lepas makan awak kena mandi, badan kena bersih. Jom ikut kita makan"

Brother bangun mengikut Nadya keruang makan. Nadya tarik kerusi, brother duduk, berketar badan brother.

"Kenapa menangis Azzan? Sedih ya. Tak apa kita mula hidup baru ya, sekarang makan, Azzan nak ikan atau ayam ni"

" Ikan." Selera brother makan nasi ditambah berkali kali. Selepas makan Nadya menghidang buah dan ice cream habis semua dimakan brother. Nadya dan Nurse Zaiton merasa kasihan melihat brother makan.

"Nak lagi ice cream? Brother mengangguk.

" Terima kasih Kak Ton basuh semua pinggan ni, ni ada dishwasher lagi senang."

" Tak reti kak nak guna. Esok Nadya cuti lagi ke? "

" Nadya cuti dua minggu. Harap dapat bantu Azzan"

GILAWhere stories live. Discover now