Lima bulan berbulan....
" Nak pergi mana?"
" Kan malam ni, I have dinner."
"Tak boleh keluar, kan janji nak pergi for movie?"
" Please malam ni penting, esok I cuti kita boleh pergi"
" Jangan sentuh nak pergi kan, pergi lah. I know who am I to you"
" Please jangan macam ni. Paling lambat pun dua jam, janji I balik sebelum 11, i dah record gambar kita boleh tengok sama" Nadya hendak sentuh Azzan. Pantas Azzan menepis tangan Nadya terus naik keatas.
Nadya menarik nafas, melihat Azzan naik keatas. Nadya mencapai bag dan kunci kereta terus keluar.
----------------------------------------------------------
"Lawa sungguh baju doktor. Tapi kenapa muka masam ja"
" Azzan buat perangai tak bagi Nadya datang. Nadya pulak sibuk lupa nak cakap dengan dia pasal dinner ni, dia pergi beli movie tiket nak ajak Nadya tengok wayang malam ni. Nadya nak keluar tadi merajuk terus naik"
" Kak Ton tengok Azzan dah bertambah sihat. Tambah kacak, dia masih makan ubat lagi"
" Uncle Ray tak nak bagi ubat dekat dia. Dia dah macam biasa. Nasib baik Uncle Raymond banyak bantu. Kaunselling pun dah tak perlu lagi. Nadya dah boleh pantau Azzan sendiri. Cuma dia kerap merajuk. Nadya sekarang tak boleh tengok lelaki cemburu ke apa pun tak tahu lah."
" Dia dah cerita pasal latar belakang dia?"
" Tak, Nadya kan cuti 3hari, Nadya nak pujuk dia. Nadya tak sabar nak tahu dia siapa pada Dr Balan. Dah sampai masa."
" Kak Ton nak tanya jangan marah, hal peribadi Nadya"
" Nadya tak pernah marah kak Ton, semua pun Nadya bagitau kak ton"
" Kak ton tengok, Nadya dengan Azzan macam ada perasaan antara satu sama lain. Nadya suka Azzan?"
" Dah masuk lima bulan dengan dia tinggal sekali, ya Kak Ton Nadya suka Azzan. Yang Nadya takut siapa dia kepada Dr. Balan."" Suka maksud cinta?"
" Ya kak Ton. Nadya cinta Azzan amat sayang. Dia lelaki kedua terbuka pintu hati Nadya selepas bekas suami Nadya. Tapi Nadya takut hubungan ni tak kemana"
" Nadya kenal dulu dengan wan, nenek Azzan. Kenal Azzan"
" Sampai masa Nadya akan suruh dia pulang"
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Sebaik sampai dirumah, terkejut Nadya melihat Azzan diluar rumah, dibawa bag bersama. Selepas meletak kereta Nadya menghampiri Azzan.
" Nak kemana ni? Dengan bag bag semua. Berdiri dekat pokok poko ni tak ada serengga boleh kena gigit."
YOU ARE READING
GILA
RomanceAsal usul tak ketahui.. Dari mana dia datang. Siapa dia? Kenapa dia jadi macam tu? Apa yang menyebabkan dia Gila? Aku tak ada jawapan.