#1

1K 49 0
                                    

"Berusaha lebih keras untuk mendapatkan kehidupan yang  bernas"

MISI MEMIKAT CRUSH?

HANI HUMAIRAH
PUAN HAMIDAH 
ENCIK NIZAM 
HAIKAL ILHAM
HAIRUL ILHAM

"Taknaklah!"bentak aku apabila isu ini dibuka lagi. Bayangkan aku yang sudah elok bersekolah orang biasa biasa tiba tiba dipindahkan ke sekolah elit. Sekolah untuk orang kaya kaya. Macamlah aku tak tahu selalunya orang kaya ni sombong giler. Padahal kita sama jer pada Allah. Tetap hambanya.

"Pergilah sayang. Ibu nak tengok adik berjaya. Inilah peluang keemasan untuk adik dapat kejar cita cita kamu tu"tutur Puan Hamidah kepada anak bongsunya. " tapi ibu. Tak semestinya bersekolah di sekolah orang kampung tak berjaya. Kenapa adik kene sekolah dekat Kuala Lumpur sana. Lagipun, adik taknak berpisah dengan ibu"sayu sahaja aku meluah rasa,mahu ibu memahami kemahuan aku.

"Memang betul. Tapi kalau adik bersekolah disana peluang adik lebih besar. Kan adik kata adik nak berjaya macam Along dengan Angah kan? Jadi nilah masanya." Puan Hamidah mula memancing minat anak bongsunya dengan kejayaan anak kembarnya. Alhamdulillah. Anak yang pertama sudah berjaya menjadi doktor pakar bedah. Manakala anak keduanya pula, sudah berjaya menjadi juruterbang. Dia sangat bangga dengan segala kejayaan yang anaknya miliki kini.

"Benar adik kata ibu tu. Adik kalau nak berjaya macam Along dengan Angah ni mesti bersekolah yang selalu menjadi tumpuan orang yang high class sebab sekarang semua orang nak yang terbaik jer dik dah taknak yang biasa biasa. Pasal tempat tinggal? adikkan duduk dengan Along dan Angah bila bila masa jer kitaorang boleh bawa adik jumpa ibu" kini giliran anak sulung dalam keluarga itu iaitu Abang Haikal menyakinkan satu satunya adik perempuannya. Abang Hairul,anak kedua sekali gus kembar kepada Haikal yang dari tadi diam,mendengar kata kata Haikal hanya mengangguk tanda setuju.

"Tapi abang.. adik tak yakin adik boleh tahan dekat Kl sana tu. Adik ni sudah tak bergaya dan tak sepandai diorang. Pasti nanti adik akan jadi bahan ketawa mereka." Aku masih mempertahankan pendapat aku. "Dik.. dengar sini Angah nak cakap. Kau jangan terlalu pentingkan sangat pandangan diorang tu. Tak semua orang kaya jahat dik. Ada jugak yang baik. Angah cuma nak adik berjaya macam kitaorang okay?"ujar Abang Hairul yang dari tadi diam.  Hani terdiam. Bukan kerana terasa dengan abang keduanya itu. Walaupun abang yang kedua itu agak kasar sikapnya. Tapi abang yang keduanya yang paling dia manja daripada abangnya yang pertama.

"Baiklah, adik setuju tapi dengan satu syarat. Boleh?"aku mula menawarkan cadangan aku dan pasti mereka tidak berani menolak kerana mereka memang mahu aku bersekolah di sana. "Apa dia?"serentak mereka bertiga bersuara.  Aku tersenyum jahat

Well,nak sesuatu yang susah pasti dapat ganjaran yang besarkan?


ANGIN sepoi sepoi bahasa pada petang ini cukup menyenangkan Encik  Nizam yang sedang duduk dipangkin hadapan rumah,baru balik dari meninjau pekerja pekerjanya  menguruskan kebun sayur dan ladang strawberi milik keluarga. Bagaikan segala penat lelah hilang dibawa tiup sekali. "Bang minum bang" tegur Puan Hamidah dari dapur membawa dulang berisi seteko air kopi dan sepinggan pisang goreng. Encik Nizam yang tadi menghayati keindahan alam terbantut apabila mendengar teguran isteri kesayangannya lalu dibantu isterinya meletakkan dulang itu di atas pangkin.

"Hish kamu Midah pun. Terkejut abang dibuatnya". " hehehe. Maaflah bang Midah bukan apa. Tengok abang termenung jauh jer. Apa yang abang fikiran?"soal Puan Hamidah terselit kerisauan terhadap suaminya itu." Tak ada apa yang awak perlu risaukan Midah. Abang tak fikir apa apa pun. Ni abang nak tanya macam mana dengan si Hani tu nak ke dia bersekolah di KL sana?"soal Encik Nizam pula. Puan Hamidah yang sedang menuang air kopi ke dalam cawan terdiam seketika sebelum  dihulurkan air kopi itu kepada Encik Nizam dan disambut baik

"Dia nak bang tapi.."terhenti tutur Puan Hamidah apabila mengenangkan syarat anak bongsunya tadi. Sungguh berat sekali sehingga keinginannya yang mahu menyekolahkan anaknya itu disana sedikit goyang. "Tapi apa Midah..apa yang buat awak yakin dengan keputusan nak sekolahkan Hani di sana?cuba bagitau abang" hairan Encik Nizam melihat isterinya itu. Bukan dulu isterinya terlalu mahu melihat anak perempuan itu sekolah di sana kini lain pula yang jadi.

"Macam ni bang. Hani setuju sekolah dekat sana tapi dia ada bagi syarat"." Dah tu apa syaratnya? "Encik Nizam  mencapai pisang goreng yang masih panas dan disuapkan ke dalam mulutnya. "Syaratnya...

Flasback

"Apa dia?"serentak mereka bertiga bersuara menanyakan tentang syarat itu." Adik nak sebulan dua kali balik kampung dan adik tak nak sama ada Along ataupun Angah hantar adik pergi sekolah"terjongket jongket kening sebelah kanan Hani."tapi adik naik apa pergi sekolah?" Soal Alongnya yang bingung mendengar syarat yang dikenakan. "Adik nak naik motor pergi sana. Okay cun?" Hani meluah hasratnya. Dia tahu mungkin nampak berat permintaannya itu tapi dia yakin ibu dan abang abangnya pasti akan menunaikan. "Haah?"terjerit ketiga tiga insan kesayangan dihadapan dia itu

Endflashback

"Tulah syaratnya.."Puan Hamidah kelihatan monyok sekali. Susah benar menunaikan hasrat hati anak perempuan dia itu. Sudah berjauhan kini ditambah pula kerisauan dihati." Apa susahnya setuju sahajalah syarat dia tu"dihirup pula air kopi." Berat abang permintaan dia tu. Midah risaukan dia nanti dekat sana. Kalau Along dengan Angah hantar dan ambil dia di sekolah tak pe lagi ni sampai nak pergi sana naik motor sendiri..haihh gusar saja hati Midah ni"keluhan dikeluarkan Puan Midah membuatkan Encik Nizam tersenyum

Dia amat faham dengan sikap isterinya yang cepat cemas apabila mengetahui ada perkara tidak baik berlaku kepada anak mereka. Terutama anak perempuan mereka yang sangat manja terhadap mereka. "Insyaallah Midah tak ada perkara buruk yang akan belaku. Kita serahkan sahaja kepada yang lebih berkuasa. Semoga Allah melindung anak anak kita walaupun dimana jua"ujar Encik Nizam mengenang hati isteri yang penuh kerisauan dihati.

"Baiklah abang kalau macam tu. Midah setuju untuk tunaikan syarat adik."Encik Nizam mengangguk kepala sahaja dan menyambung semula menjamu selera.





















So dah bermula hidup Hani Humairah di sekolah ternama. Vote and comment.. Siapa nak Author promote boleh bagitau kat komen tau.. byebye

Promote story!

The Definition Of Love_@MangiferaCaesia

Kejutan Cinta untuk Dia_@Cikhamster

Hero Cinta Saya!_@NurSyarafana026

MISI MEMIKAT CRUSH?Where stories live. Discover now