First of all . Saya mohon maaf zahir batin sebab dah lama tak update. Ini kerana kesibukan saya teramatSecond, bad news: (
Saya mohon maaf lagi sekali sebab saya tak boleh siapkan novel ini kerana saya ada masalah peribadi.Tapi,
Saya akan bagi plot cerita ini. Jadi korang akan tetap tahu apa akan terjadi pada Hani Humairah, Tengku Aiden Izham, Zaharul Ammar,Risya Amiesya, and Twin brother. Okay?
Plot cerita
Permulaan.
Hani diminta berpindah sekolah dan rumah dari Pahang ke Kuala Lumpur,mengikuti abang kembarnya.Atas permintaan En. Nizam dan Pn. Hamidah iaitu ibu bapa kepada Hani serta abang - abangnya, Haikal dan Hairul maka Hani turutikannya akan tetapi diberi syarat atas setiap permintaan mereka.Dengan perasaan terpaksa, Hani bersiap sedia untuk berpindah. Pada masa itu, rakan-rakannya iaitu Nina dan Fiqah bertemu dengan Hani bagi perjumpaan terakhir sebelum Hani berpindah. Hani juga sempat bergurau senda tentang guru,(Cikgu Fahmi) yang menjadi rebutan pelajar perempuan disekolah lama. Gurauan itu adalah rancangnya mahu mengenakan rakan baiknya,Fiqah yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan guru tersebut diam - diam . Dalam pada masa yang sama, Nina turut mempunyai niat tersendiri yang lain bertemu dengan Hani iaitu ingin meluahkan rasa rindu terhadap kekasihnya iaitu abang kepada Haikal.
Tiba sahaja dirumah abang-abangnya, Hani meminta bantuan daripada abangnya,Hairul untuk mengangkat beg baju miliknya. Bilik tidur yang serba lengkap mampu menambat hati. Pada petangnya, abang-abang Hani,membawa Hani untuk membeli motosikal untuk dibawa ke sekolah barunya. Hani memilih motor vespa.
Perkembangan
Pada hari pertama persekolahan, Hani membawa motornya manakala abangnya, Hairul memandu kereta. Selesai sahaja urusan pendaftaran, Hairul meminta diri untuk pulang manakala Hani menunggu masa untuk dia dimasukkan ke dalam kelas barunya. Hani merupakan pelajar tingkatan 4 yang sangat pandai dan satu-satunya pelajar bertudung labuh. Dia dimasukkan ke dalam kelas pertama. Cikgu Syira,iaitu guru kelas baru menunjukkan jalan masuk ke dalam kelasnya, 4 diamond. Tanpa sedar, ada seseorang yang memerhatinya dari jauh.Waktu rehat, Hani telah diganggu oleh Rakan-rakan sekelasnya iaitu Risya Amiesya dan lain. Risya mengejeknya yang memakai tudung labuh seperti kelambu. Tetapi, gangguan itu dihentikan oleh seorang lelaki yang merupakan rakan sekelasnya juga.Lalu, kedatang seorang lelaki berpakaian kemas lagak seperti pengawas sekolah. Menasihati mereka tidak berada didalam kelas. Risya terus menayangkan aksi gediknya terhadap abang senior itu yang bernama Izham. Aksi gedik Risya mendapat layanan tidak acuh terhadapnya membuat Risya berang lalu membaling kesemua barang Hani ke papan putih dan berlanggar bahu dengan abang Izham ketika berlalu pergi. Hani mengutip semua barangnya dan dibantu abang izham
Tengku Aiden Izham memerhati kelibat gadis bertudung labuh memasuki kelas 4 diamond.
Hati bagai berbunga-bunga. Sedang dia leka memerhati gadis itu,dia disapa oleh rakannya, Aleif yang mahu menyatakan hasrat guru Saidi mahu berjumpa dengan Tengku Aiden di bilik guru. Membuatkan Tengku Aiden teringat tentang dirinya dahulu sebagai pelajar yang nakal. Tanpa sedar, Hani melintas dihadapannya yang turut mahu ke bilik guru.Dibilik guru, Tengku Aiden perasan kelibat gadis si tudung labuh itu, hati bagai mahu mendekatinya namun dia mengusir perasaan itu. Setelah diberi arahan oleh cikgu Saidi, dia meminta Aleif dan Farhan mengumpul pengawas sekolah yang bertanggungjawab untuk bertugas di dewan dan berlalu pergi. Semasa dia menunggu kedatangan rakan-rakannya, dia telah disapa oleh pelajar perempuan yang meminati namun diedahkan setelah melihat rakan-rakannya menghampiri .
Tengku Aiden Izham sebagai ketua pengawas sekolah telah memberi arahan menyelesaikan masalah bising di dalam dewan selepas berjumpa dengan cikgu Sarah. Selesai sahaja ,dia melakukan sesuatu peringatan kepada pelajar di dalam dewan.
YOU ARE READING
MISI MEMIKAT CRUSH?
RandomAku Hani Humairah. Student form 4 kelas pertama.Bersekolah disekolah elit.Seorang yang biasa biasa.Tak terlalu kaya tapi tak jugak terlalu miskin. Simple girl.Minat dekat seorang senior yang terlalu famous.Abang Izham. Mr.pelesitnya. Minat macam ma...