"Tidak perlu memilih dan tercari cari pasangan kita kerana DIA sudah menentukan siapa terbaik buat kita"
MISI MEMIKAT CRUSH?
HANI HUMAIRAH
ZAHARUL AMMAR
TENGKU AIDEN IZHAM
RISYA AMIESYA"Penat!!"jerit aku sambil
menghempas badan ke katil. Aku merenung syiling. Fikiran terus melayang menayangkan kejadian tadi.Flashback
"Tak pa..aku maafkan buat kali ni..tapi kalau tahu siapa bod*h..jangan menyesal pulak " ujarnya selamba tiada tanda dia sangat marah sebelum dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Aku masih takut terus diam
Kringggg!
Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. "Okay keluar ikut kelas. Bermula dengan kelas 4 Diamond"arahan diberi olehnya. Automatik pelajar kelas 4 Diamond bangun dari tempat duduk termasuk aku sendiri
"Jalan!"arahan seterusnya diberi lagi. Mereka membuka langkah keluar dari dewan. Aku mengikuti Aisyah dari belakang seketika aku menjeling sekilas kepadanya. Ya Allah! Dia pandang aku tidak berkelip mata.
Jujur aku katakan, perasaan bertentangan matanya kali bagaikan penuh makna dimatanya. Tapi aku tidak tahu mentafsirkan maksud itu. Aku perlu petunjuk lebih banyak. Tidak mahu tersalah ertikan
Aku menghampiri moto vespa putih milik aku. Mahu berehat dirumah. Helmet dipakai. Kunci motor di masukkan. Niat mahu menghidupkan motor tapi hati terasa diperhatikan. Pandangan dialihkan. 'Dia lagi?tapi kenapa dia?'
Tersenyum lebar dia melihat aku dari jauh. Kakinya berjalan mendekati aku. Pandangan pelajar lain dihiraukan. Peluh panik mula mengalir keluar dari hujung dahi yang sudah ditutupi oleh anak tudung dipakai oleh aku. 'Ibu!tolong adik bu. Adik janji adik nak belajar rajin rajin lepas ni' seraya itu aku mengalih pandangan ke bawah
"Hai Adik! Kita jumpa lagi"tegurnya masih tersenyum lebar. "Emm..hai abang Izham. Haah kita jumpalah lagi yelah satu sekolah katakan" tanpa sedar aku memerlinya. Abang Izham tertunduk malu. Namun begitu dia masih tersengih lalu ketawa kecil
"Nak balik dah?"soalnya menghilangkan rasa malu. "Haah nak balik dah"jawab aku senyum kecil. Enjin motor dihidupkan. "Okaylah kalau macam saya balik dululah abang Izham. Assalamualaikum "ujarku masih menundukkan pandangan dan berlalu pergi
"Waalaikumussalam"balas yang tidak dapat didengari
Endflashbasck
"Kenapa dia rajin betul dia tegur aku ni? Risau cik"monolog aku sendiri. Batal peluk aku peluk erat. "Takkan lah dia jatuh cintan cintun kat aku kot" diam aku seketika."tak tak tak..impossible! "
Tok tok tok
Mengeluh aku. ' ni mesti hidup nak menyusahkan orang '. Daun pinta dipulas. Terjengul wajah abang Hairul dihadapan pintu . Tersengih sengih. Sebel aku. Senyum tak beberapa ikhlas dipamerkan
"Wayang jum" ajak Angah. "Malaslah Ngah "aku memusingkan badan kaki melangkah ke katil semula. "Alah dik temanlah aku gi tengok wayang jum. Bosan ni" Angah mendekati aku yang berada di katil. "Angah ajaklah kawan kawan angah. Angahkan pilot takkan ada kawan kot"ujarku bersahaja
"Memanglah tapi kawan rapat aku tengah tak de kat dalam negara ni. Kawan yang tak berapa rapat ni aku malas nak mengajaklah. Menyampah" terselit perasaan geram dan aku dapat hidunya apabila wajah Angah masam mencuka
"Yelah yelah.. give me 10 minutes"bermalas malasan aku. "Pergi ehh..cantik! Aku tunggu dekat bawah tau" seiring itu Angah keluar bilik aku. Aku bangkit dari katil berlalu menutup pintu bilik. 'Now nak pakai baju apa? '
Gotcha!
Dresser aku selongkar. Baju aku yang aku ingin kenekan aku letak di atas katil. Tuala milik aku capai . Mandi!. Segarkan badan . 'Angah nak ajak tengok cerita apa ehh' gumam aku . Kadang kadang aku rasa pelik. Angah ni tak de girlfriend ke? Asik terperap dalam rumah kalau tak kerja.
Lainlah kalau Along. Kawan adik sendiri dia caras. Kawan pulak syok kat abang kawan sendiri. Memang kenelah. Tunggu perempuan habis belajar jer tu. Lepas tu konfem aku dapat kakak ipar sebaya dengan aku. Tapi tak pelah janji aku kenal kakak ipar aku tu
Kes angah je lah. Sesiapa nak tawarkan diri kahwin dengan Angah? Pilot kot! Tak da siapa ke.. Nak gambar?
Yang kanan tu Along,yang kiri tu Angah. Sesiapa yang berminat boleh telefon ke 33808000 . Ceh! kau Hani jual abang nampak. Teruk!
Kembali kepada cerita
Bedak ku tempek dimuka. Gincu aku colet sedikit. Biar bibir aku tidak kelihatan pucat. Cukup bagi aku. Setelah puas dengan penampilan. Aku keluar dengan memegang smartphone sahaja. Malas mahu ber handbag bag bagai.
Aku lebih selesa berlenggang kangkong. My style. Kedengaran bunyi enjin kereta sudah dihidupkan. Angah sudah berada diluar rumah. "Cepatlah dik!aduh lembab betullah"rungut Angah masuk ke dalam tempat duduk pemandu
"Dah lah ajak orang teman dia pastu nak marah marah pulak. Jap lah" aku mengambil kasut kegemaran aku lalu ku sarungkan di kaki. Seraya sahaja aku masuk ke dalam kereta,pintu ditutup. Kereta terus bergerak keluar dari perkarangan rumah.
Skip!
Sesampai sahaja aku di sebuah Shopping complex . Entah kenapa Hati aku terdetik,aku akan terjumpa seseorang. Tapi siapa? Semoga orang tu yang aku suka. "Dik jum lah apa lagi termenung tu"ujar Angah menekan alarm kereta. Aku mengangguk
Kaki aku mengikut jejak angah tanpa sebarang kata dikeluarkan. Hati masih risau. Aku yakin aku kan terserempak dengan orang yang aku kenali. "Dik kau gi dulu tempat wayang tu pilih citer yang nak ditengok. Aku nak gi toilet jap. Bye!"
What!?aku sorang sorang..aku bermimpi ke?tolong!
Keadaan aku sekarang bagai hidup dibumi asing. Aku jarang ke tempat macam ni. Aku perlahan lahan mendekati tempat pilih cerita wayang . Menilik setiap gambar. Kungfu Yoga? Macam best jer. Bolehlah ni. Mahu sahaja aku mencari kelibat Angah.
Seorang lelaki berpakaian sedondon dengan aku mendekati aku. Seingat aku Angah tak pakai baju sedondon dengan aku. Aku menilik wajahnya penuh ketelitian. Terbuntang mata aku . Dia?! Dia ni spy aku ke?
"Hai adik! Jumpa lagi kita. Sedondon pulak tu rasa macam jodoh jer. You look so beautiful . Tak sia sia abang pergi tengok wayang hari ni. "ujarnya penuh nada gembira. "Ohh hai abang Izham.."
Sekarang aku patut gembira ke apa?
siapa dia ni sebenarnya? Kenapa hati aku rasa teruja? Perasaan ni kali pertama aku dapat rasakan. Bersamanya?Sorry lama tak update! Bz bz sangat. Insyaallah Author akan kerapkan lagi update
Sorry kalau boring.bm bi error memanjang
Vote and komen tau. Muah papai!
YOU ARE READING
MISI MEMIKAT CRUSH?
RandomAku Hani Humairah. Student form 4 kelas pertama.Bersekolah disekolah elit.Seorang yang biasa biasa.Tak terlalu kaya tapi tak jugak terlalu miskin. Simple girl.Minat dekat seorang senior yang terlalu famous.Abang Izham. Mr.pelesitnya. Minat macam ma...