#10

631 29 2
                                    

"Kadang-kadang diam lebih baik daripada berkata-kata"

MISI MEMIKAT CRUSH?

HANI HUMAIRAH
TENGKU AIDEN IZHAM
RISYA AMIESYA
ZAHARUL AMMAR

REHAT. Aku melangkah ke library . Tiada mood mahu menjamah makanan atau lebih tepat melihat wajah gembira 'dia'. Fikiran melayang ke kejadian minggu lepas. "Ahh! Hani kau dah kenapa asyik harapkan perkara yang takkan pernah berlaku."monolog aku sendiri

"Kau dah kenapa cakap sorang sorang ni huh?"tegur seorang dari belakang. Pantas aku berpaling. Zaharul? Dah lama aku tak nampak dia. Last aku jumpa dia pada hari pertama aku bersekolah di sekolah ni. Pastu dia terus pergi perkemahan K.Polis penaikkan pangkat sehingga minggu lepas.

Adalah juga aku terserempak dengan pelajar lain yang terlibat dengan perkemahan pulang ke sekolah pada hari aku terdengar perbualan abang Izham dengan cikgu. Tapi hairan aku tak nampak pula Zaharul. Tapi dengar kata Zaharul telah mendapat pangkat tinggi dalam perkemahan itu. Pangkat apa tu aku tak tau lah.

Al-maklumlah aku ni bukan suka jaga tepi kain orang.. Kain sendiri pun tak pandai jaga. Asek hilang kene curi dengan maling dalam rumah. Tau tau Angah pakai. Katanya'kain pelikat aku hilang,dah ni jer yang ada aku amek jelah'.. Haihh sadis hidup aku ni rupanya.

Namun mata aku terpaku pada bibirnya sedikit luka. Pergi perkemahan memang sampai macam ni erk?. "Woi!kau termenung dah kenapa?aku tanya ni asal kau cakap sorang sorang ?" suara memecahkan tenungan aku pada bibirnya.

"Kenapa dengan bibir awak Zaharul? Kenapa masa perkemahan ke?"soal aku tanpa pertanyaannya tadi. "Ermm.. Haah. Dah lah aku malas nak cakap pasal ni. Kau nak gi library kan?". "Haah" jawab ringkas aku. "Aku ikut kau. Dah cepat jalan" aku bagai lembu dicucuk hidung, mengikuti arahannya tanpa membantah

Sepanjang aku memilih buku dia sentiasa disebelah aku

Aku melabuhkan punggung aku setelah memilih buku mahu dibaca . Tempat sedikit tersembunyi dari orang lain. Seketika kerusi dihadapan aku ditarik dan diduduk. Zaharul menongkatkan kedua-dua tangannya di atas meja bagi menampung kepalanya yang diletakkan atas tapak tangannya. Merenung aku.

'Gupp..dah kenapa dengan mamat ni'. Gugup aku dibuatnya. Bibir yang kering mungkin kerana gementar melihat renungannya pada aku,aku jilat sedikit. Dapat aku lihat mata Zaharul membulat seketika sebelum kembali merenung mata aku

"Tak sangka jugak aku..kau ni buruk rupanya. Hodoh kau tahap melangit" ujarnya bersahaja dengan matanya masih renung mata aku. Bagai hati aku dipijak pijak mendengar ucapnya tadi. Hilang rasa gementar tadi kini bertukar geram dan marah.

"Jangan menilai saya dengan rupa saya yang sekarang. Saya ni hanya ciptaan Allah" balasku dengan begitu berani. Zaharul tersenyum sinis seketika memaling pandangannya pada belakang aku. Dia kelihatan sedang melihat seseorang yang dia kenali di belakang aku.

Jadi aku pun memalingkan pandangan aku ke belakang. Alangkah terkejutnya aku melihat abang Izham berwajah bengis. Sangat bengis. Perasaan takut pula menakluk diri aku. 'Ya Allah. Apa pula ujian untuk aku kali ni' bisik hati aku ketakutan

Langkah dibuka oleh abang Izham mendekati kami sangat pantas. Senior dan junior yang lain hanya menjadi penonton di situ. Aku? Sudah pucat habis. 'Apahal pulak kali ni'. "Hai abang senior.."tegur Zaharul selamba. Teguran Zaharul tidak dibalas dengan kata kata tetapi dengan sebuah jelingan tajam.

MISI MEMIKAT CRUSH?Where stories live. Discover now