#9

567 34 0
                                    

"Mulut kata tidak mahu, hati kata mahu..(tiada sesiapa tahu kehendak hati sendiri kecuali kita sendiri )"

MISI MEMIKAT CRUSH?

HANI HUMAIRAH
TENGKU AIDEN IZHAM
ZAHARUL AMMAR
TAUFIQ AZLAN
RISYA AMIEYA

(SAMBUNGAN PROLOG)

Hati aku terasa berdebar debar walaupun riak aku seperti biasa selepas kejadian tadi. Kenapa dia menanyakan nama aku dan pergi terburu buru . Kerana fikiran aku terlalu penuh dengan soalan jadi aku mengambil keputusan mahu ke tandas

Hilang fokus? Ni lah jalan yang selalu menjadi iaitu mencari fokus ada di tandas...#buang masa

Langkah aku dimulakan dengan santai. Ingin menenangkan fikiran sahaja..namun langkah aku terhenti apabila terdengar perbualan ini

"Biar betul kamu ni Izham. Nanti kamu yang kene tempiasnya. Lagipun dia tu pelajar baru dalam sekolah ni "Ujar cikgu Haura dengan nada risau. "Betul cikgu. Saya yakin dengan keputusan saya. Saya nak dia jadi pasangan saya untuk perbarisan hari sukan sekolah tahun " setenang mungkin ujar abang Izham

"Baiklah kalau macam tu. Tolong suruh dia jumpa saya esok. Sebab sukan akan bermula pada minggu depan. Boleh Izham" akhirnya cikgu angkuh dengan cadangan abang Izham. "Boleh cikgu. Saya akan jumpa dia esok. Terima kasih cikgu. " sehabis itu dia melangkah ke arah aku. Sepantas kilat aku menyembunyikan diri aku disebalik dinding

Cikgu Haura terus hilang masuk ke dalam bilik guru. "Yahooo!! Yes..yes yes.. it's my decision! "Sorakan kegembiraan abang Izham dengan nada perlahan . Terkinja kinja menari kemudian terlompat.

Gembira betul!

Aku yang masih ditempat sembunyi,melihat dari jauh tersenyum sendiri namun senyuman itu pudar. Apabila teringat perbincangan tadi. "Betul cikgu. Saya nak dia jadi pasangan saya untuk hari sukan sekolah tahun ni ". Pasangan saya?. Melihat kegembiraan abang izham sudah pasti dia menyukai gadis itu

Untungnya jadi gadis itu..

Dengan perasaan sedih aku berpatah balik ke pusat sumber sekolah. Mood mahu menyiapkan addmath sudah ditiup angin. Kepala aku tertunduk,kaki melangkah dengan longlai. Mungkin abang Izham sudah mempunyai pengganti yang sempurna buatnya

Aku meninggalkan pusat sumber sekolah tanpa senyuman diwajah. Aku berjalan pantas ke parking motor yang khas disediakan oleh pihak sekolah. Sedang aku menghidupkan enjin motor. Perasaan aku terdengar seperti seseorang memanggil aku suara yang kurang jelas

"Hani..hani..hani..pandang sini" kini perasaan takut belenggu dihati aku. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Tiada siapa. Manakah datangnya suara itu? Tanpa membuang masa aku terus memecut laju motor. Walaupun dimata orang seperti kura kura. Ah! Janji aku terselamat dari suara itu.

Aku tinggalkan sekolah tanpa mencari arah suara itu datang... tapi hati aku terdetik 'suara tu macam aku pernah dengar '

(Tengku Aiden Izham)

Aku menjerit namanya dari bilik Mesyuarat yang terletak di tingkat atas berhadapan dengan parking motor. "Hani...hani...hani...pandang sini"jerit aku tanpa mengendahkan sesiapa akan melihat aku. Tapi makin aku panggil makin tergesa gesa ia mahu meninggalkan sekolah

MISI MEMIKAT CRUSH?Where stories live. Discover now