#4

726 49 0
                                    

"Jangan terlalu bencikan sesuatu kerana sesuatu itulah akan terjadi pada diri sendiri"

MISI MEMIKAT CRUSH?

HANI HUMAIRAH
TENGKU AIDEN IZHAM
RISYA AMIESYA
ZAHARUL AMMAR

-HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN-

"Dik ngah balik dulu. Kau belajar baik baikk tau. Byebye ". "Byebye. Nak salam sikit" aku menghulurkan tangan kepada angah dan disambut baik olehnya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku di dalam bilik pejabat. Tinggallah aku sendiri.... takut!

"Assalamualaikum" salam diberi oleh seorang perempuan yang cantik dan aku yakin itulah cikgu yang aku tunggu tunggukan. "Waalaikumsalam "sahutku perlahan. "Ha! Kak Syira,datang pun. Ni Ruby nak minta tolong ni"tutur perempuan yang menguruskan kemasukan ke dalam sekolah ini tadi

"Nak minta tolong apa Ruby?"cikgu Syira sudah berkerut dahi. "Ni Ruby nak minta tolong bawa pelajar baru ni masuk dalam kelas dia. Kebetulan pula Ruby rasa kelas tu kelas Kak Syira. Tu yang Ruby panggil kak Syira ke sini"panjang lebar keterangan itu diberi. "Ouh.. pelajar tu kelas apa? " soal cikgu Syira bagi memastikan . " 4 Diamond? ".  "That's right. Jadi mana pelajarnya?"soalan itu membuat aku rasa aku tidak pernah wujud di situ. Sadisss

"Tu.. pelajarnya" kak kerani itu memuncungkan mulutnya ke arah aku. " yang itu ye? Serious ke ni? Pelajar bertudung labuh?  Teruja pulak akak dapat pelajar macam ni" entah kenapa aku rasa pelik. Cikgu ni tak pernah tengok pelajar perempuan pakai tudung labuh dekat sini? Ouh! okay faham. Sekolah elit katakan.

"Kan kak. Tapi nak cakap sikitlah kak. Abang kepada pelajar tu hensem kak. Pilot pulak tu. So hot" part aku nak gelak. Angah kau memang awesome.  Aura kau terkena pulak dekat kak kerani sekolah. Ni jadikan novel best ni. 'Isteriku kerani sekolah'. Al-maklumlah drama melayu kan macam tu.

"Ishh,apa pulak kau Ruby dah lah akak nak masuk kelas dulu. Assalamualaikum ". "Hehehe, Waalaikumsalam "kelihatan cikgu Syira mendekati aku. "Kamu pelajar baru ye?"soal cikgu syira kepada aku.  Aku mengangguk. "Okay jom ikut saya" sekali lagi aku mengangguk sebelum bangun dari tempat duduk dan mengikut cikgu syira

'Besarnya' tanpa sedar aku memuji sekolah yang bakal aku duduki. Tanpa sedar aku sudah dihadapan kelas yang aku huni. Tentera di bahagian atas pintu "4 Diamond ". Aku terus masuk ke dalam kelas. Kebetulan kelas itu yang tadinya bising dengan pelbagai bunyi menjadi diam.

Kebetulan sangattttt!. Mereka saling berbisik sama sendiri

"Bangun semua"jerit seorang lelaki. "Assalamualaikum cikgu Syira " salam diberi "Assalamualaikum cikgu Syira" dan diikuti pelajar di dalam kelas itu. "Waalaikumsalam . Okay baik cikgu nak bagitahu kepada kamu semua kita ada pelajar baru".

"okay hani silakan perkenalkan diri"bisik cikgu Syira.  Aku mengangguk dan melangkah ke hadapan. "Assalamualaikum. Hai korang. Saya Hani Humairah pelajar baru dekat sini. Berasal dari Pahang, Cameron highlands. Harap dapat tunjuk ajar kepada saya" perkenalan diriku yang ringkas.

Mereka mula berbisik sekali lagi kecuali lelaki yang duduk di hujung kelas yang membaca riak mukanya. Matanya tertumpu kepada aku seketika kami bertentangan mata. Mata cukup tajam menikam pandangan aku terhadapnya. Aku menundukkan pandangan mata aku mengelakkan bertentangan mata sekali . Takut!

"Okay Hani kamu boleh duduk disebelah kanan Aisyah" ujar cikgu Syira dengan jari ibu jarinya menunjuk ke arah tempat duduk kosong bersebelahan seorang pelajar perempuan. Aku mengangguk sekali lagi dan berlalu mengisi tempat kosong itu. "Hai! Aku Aisyah and  you're Hani that's right? " sapaan  perempuan yang bernama Aisyah .  Aku mengangguk.

MISI MEMIKAT CRUSH?Where stories live. Discover now