#5

729 36 0
                                    


"Jangan terlalu yakin dengan sesuatu perkara itu tidak akan terjadi ,kerana berkemungkinan besar perkara itulah akan memakan diri"

MISI MEMIKAT CRUSH?

HANI HUMAIRAH
TENGKU AIDEN IZHAM
ZAHARUL AMMAR
HAIKAL ILHAM
HAIRUL ILHAM


Tersenyum lebar aku ,sambil memerhati setiap langkah dia. 'Gadis si tudung labuh ' itu. Sudah lah cantik comel, lemah lembut pulak tu tambah  lagi dengan menjaga pandangan mata . Gembira hati dia melihat gadis itu. Dapat dia rasa dihati seperti berbunga bunga

Dari pagi tadi dia sudah menyedari kehadiran gadis itu apabila terlihat gadis itu mengikut cikgu Syira. Hatinya mula berkeras mahu tahu  siapakah gerangan gadis yang satu satunya bertudung labuh disekolah ini. Demi melunaskan hasrat dihatinya, dia terus mengikuti gadis itu sehinggalah gadis itu masuk ke dalam  salah sebuah kelas dan dia tahu kelas apa yang gadis itu akan menghuni

Kelas 4 diamond

"Ohh Hoii!punyalah aku cari kau merata dunia, dekat sini rupanya. Kau tengok apa tu ? Ada hantu ke?" Tegur Aleif . "Kepala kau!,Hishh kau ni! Sebok je lah dengan hal aku?"rungut aku berlalu meninggalkannya menuruni tangga

"Izham!tunggulah aku. Kau ni aku nak cakap pun tak boleh "ujar Aleif. Izham menoleh ke belakang dapat dia lihat Aleif segak berbaju serba biru sepertinya. Pengawas katakan. "Apa dia?" Mendatar sahaja suaranya. Malas mahu melayan karenah manusia di hadapannya itu.

"Cikgu Saidi cari kau lah ngek. Sebab tu aku macam orang gila cari kau"menggeleng dia melihat Izham. Kalau dulu dia mencari Izham macam orang hilang arah kerana lelaki itu sentiasa menimbulkan masalah atau menjadi sebab utama pelajar perempuan bercakaran sesama sendiri

Tapi bukan kini

Kini Izham sudah berhenti dari segala kegiatannya yang lama dan menjadi pengawas atas permintaan guru disiplin sekolah sendiri dan terus menjadi ketua pengawas katanya 'kalau ketua pengawas dari orang yang  diminati ramai pasti ramai cuba menjadi baik kerana mereka tidak mahu hero malaya mereka tahu perangai buruk mereka'

Ceh!,namun kerja cari mencari rakan rapat masih diteruskan atas urusan lain. Bukan lagi urusan disiplin tapi urusan tanggungjawab dia sebagai ketua pengawas. "woi!Cikgu Saidi dekat mana?"soal aku kepada Aleif yang mengelamun selepas menggeleng kepala

"Ah!terkejut tita tau"gurau Aleif. "Bod*h ke kau gile geli aku . Dah cepatlah cakap cikgu Saidi kat mana "tutur aku terselit rasa geram. "Alah takyalah marah marah. Cikgu Saidi ada jer dekat bilik guru tu."sehabis saja aku memula langkah ke bilik guru

Pintu bilik guru aku tolak perlahan mata ligat mencari cikgu Saidi. Mata aku terhenti seketika apabila terpandang seorang gadis bertudung labuh bersama cikgu Haura. 'Dia!tapi kenapa dia jumpa cikgu Haura? kemusykilan 'gumam izham dalam hati. "Eh kamu izham datang pon meh sini "terangkat bahu aku sedikit apabila cikgu Saidi muncul dihadapan aku

"Ye cikgu. Cikgu ada apa cari saya?"soal aku kepada cikgu Saidi. "Ni cikgu nak suruh kamu kumpulkan orang orang kamu berjaga di dewan. Bukan apa saya rasa orentasi akan berakhir awal. Jadi saya nak kamu tolong kawal junior form 4 boleh?"ujar cikgu Saidi lalu menyuapkan karipap ke dalam mulutnya

Abis terkeluar! Hahaha. Jahat lagi rupanya aku ni

"Boleh cikgu. Ada apa apa lagi cikgu?"soal mahu kepastian. Cikgu Saidi menggeleng kepala. "Terima kasih". "Sama sama cikgu. Saya pergi dulu". "Baiklah" aku melangkah keluar seketika aku menoleh dia sudah tiada di situ. Persoalan tadi mula bermain di fikiran. Langkah aku beralih arah ke cikgu Haura

Kringggg!

Mati langkah aku mendengar loceng berbunyi.'Tak da razaki kalik nik'  Aku berpatah balik tak mahu terlewat. Aku keluar daripada bilik dapat aku lihat Aleif dan Farhan berborak. Good ! Ada jugak kegunaan dua mangkok hayun kemek ni.".If, han sini jap. "

"Apahal?"soal Farhan berdiri sebelah Aleif. "Aku nak kau kumpulkan budak pengawas kita yang BOLEH PAKAI turun ke dewan. Sekarang! " tegas aku memberi arah. Sengaja aku tekan perkataan 'boleh pakai'.  Pengawas ni kadang kadang ada juga tak leh pakai. Sebok dok amek kesempatan.

Kalau amek kesempatan dok ngorat orang lain tak pa lah lagi. Ni tak terkinja kinja, tersotong sotong,tergedik gedik dengan aku. Hashtag aku rimas!. Farhan dan Aleif mendengar arahan aku terus menuju ke block akademik.Takut. Mereka sudah tahu aku sudah mula mengeluarkan mood tak berapa baik.

Aku terus berlalu ke dewan. Bising. Kelibat cikgu Sarah aku dekati. Satu satunya cikgu yang tak pernah keluar suara dengan kuat. Lembut sahaja. Tapi bukanlah type aku. Bini orang kot. "Ha. Izham kamu tolong cikgu. Maaflah cikgu ni macam biasa. Tolong cikgu ye. Cikgu ada kerja sikit nak selesai untuk orentasi esok. Kamu esok tolong cikgu sekali ye.

Aku menangguk. Sebenarnya tidak dengar pun apa yang cikgu Sarah cakap. Ye kan jer lah. Cikgu Sarah berlalu .Bahu aku ditepuk perlahan dibelakang. 'Akhirnya datang juga  mangkuk mangkuk tingkat  disayangi'. Aku menoleh. "Lah mangkuk tandas awam rupanya."Ujarku perlahan

"Hai abang Izham!"tergedik gedik tiga perempuan dihadapan aku. "Ehm.Hai"aku mengoyak senyuman terpaksa. "Oh gosh!cute nya suara dia. Makin melting aku"bisik mereka sesama sendiri. "Ye nak apa?"soal aku.
"Upss. Sorry abang Izham. Bukan apa kita orang jumpa abang Izham sebab nak minta  number abang jer. Yelah mana tahu ada apa apa urusan kan." Wajah mereka aku pandang tajam. Urusan? Lawak hambar apakah ini

"Maaflah abang tak bagi number abang tanpa sebab yang munasabah " tutur aku menayangkan senyum sinis sebelum aku terpandang Aleif Farhan and the geng. Ni jadinya kalau tegur sebab nak menggedik.  "Apasal lambat?"soal aku sedikit meninggi tanpa nada bergurau.

Diorang tertunduk. "Sekarang aku nak korang ambil tempat masing masing. Dalam kiraan 10 dewan masih bising. Taulah korang apa yang aku buat." Mencicit mereka masuk ke dalam dewan dan kira pun bermula

1(bising)

2(bising)

3(bising)

4(bising)

5(-bising)

6(terdiam)

"Good"ujar perlahan sambil berjalan masuk ke dalam dewan dan naik ke atas pentas. Mikrofon aku capai. "Okay guys!  Sekarang aku diarahkan jaga korang. Cikgu Sarah ada hal. Jadi korang tanggungjawab aku. Aku tak nak satu bunyi pun keluar dari mulut korang. Kalau korang buat juga sorry to say anggap je lah korang buat drama tak berbayar."

Butang aku tolak ke bawah. Off. Mikrofon aku letak. "Pikir kau bagus?!".Baru sahaja aku mahu turun dari pentas terhenti mendengar suara itu. Menempah maut nampak. Mata beralih kepada setiap wajah, mencari gerangan yang sudah lama hidup. "Siapa yang bab* sangat tu!"jerkah aku. Tapi mata tertumpu  pada gadis itu. 'Gadis bertudung labuh'

Kelihatan gadis itu seperti ketakutan?. Mata kami bertembung,pantas dia menundukkan pandangannya. Aku cuba menyembunyikan senyuman. Aku suka sangat bertentang mata bersamanya. Aku berlagak biasa. "Tak pa aku maafkan kali ni tapi bila aku tau siapa bod*h tu.. jangan menyesal pulak"

Aku masukkan tangan ke dalam poket seluar. Control macho sikit. Aku malas nak tunjuk sisi hantu aku atau sebab dia?

Perasaan apa sedang aku rasa sejak melihat dia kali pertama?


































Sorry sangat! Lambat update. Internet ni main nyorok nyorok pulak kerjanya. Author ni pening nak cari ceruk mana entah.

Sorry bm&bi error memanjang!

New chapter!

MISI MEMIKAT CRUSH?Where stories live. Discover now