Marco menjemput Dino dan Dulio ke rumahnya untuk mencuba set permainan yang bark dibeli olehnya.
"Cepat masukkan cakera padat,"arah Dino yang sudah tidal sabar.
Marco menghidupkan televisyen dengan alat kawalan jauh selepas cakera padat dimasukkan.Namun mereka ternampak hantu yang dasyat pads skrin.
" Wah,filem seram!Jom tengok filem dahulu sebelum bermain,"ajak Dulio
Dulio tidak mahu melepaskan peluang ini kerana dia ialah seorang peminat filem seram.Marco dan Dino terpaksa bersetuju dan menonton filem itu bersamanya.Dalam filem tersebut,hantu itu cuba membunuh mangsanya dengan cara yang cukup kejam.Babak mangsa yang bermuluran dengan jeritan yang sengsara sering muncul.
"Filem ini memang dasyat," kata Dulio
"Ya,jangan tengok lagi.Jom kita bermain."Marco dan Dino merungut kerana filem itu terlalu menjijikkan.
" Cis,kalian memang penakut,penakut.Nasib baik tak terkencing kat sini,kalau tak penat aku nak bersihkan bekas kencing kalian"ejek Dulio sambil tergelak
Marco mencuba menukar saluran dengan alat kawalan jauh tetapi gagal.Skrin itu tetap menayangkan filem hantu tadi.
"Televisyen ini sudah rosak agaknya."kata Marco.
" Apa kata kita cabut soket dahulu dan sambungnya semula?,"cadang Dino
Marco bergerak ke belakang televisyen untuk mencabut soket.Tiba-tiba dia tercegat lalu menoleh ke arah Dino dan Dulio dengan muka yang pucat.
"Mengapakah dengan awak?"tanya Dulio hairan akan perubahab Marco secara tiba-tiba.
" So..soket ini..ma..masih belum..lum..dipasang..sangkan la..lagii.."jawab Marco terketar ketar.
Mereka melihat ke arah televisyen dengan perasaan yang amat takut.Hantu itu sedang merenung mereka bertiga dengan mata yang tajam sambil mengilai.
~Sekarang siapa sebenarnya yang penakut~
Oh shit!
YOU ARE READING
WELCOME TO YOUR NIGHTMARE
HorrorBrave enough to read this ? Come, read some story. I promise it would be fun.